Monday, July 9, 2012

Jahit tudung sendiri..

Saya tidak berapa menggemari tudung instant kerana 'awning' nya mudah rosak. Malah, it menampakkan muka sipemakai seperti ditumbuk :) ,  pernahkah anda berfikir sedemikian juga? Jika anda bukan peminat tegar tudung instant seperti saya, jahitlah tudung sendiri jika anda boleh...

cubaan pertama Alhamdulillah berjaya...


Jenis fabrik yang saya gunakan adalah kain cotton. Tudung ini saya jahit tanpa adanya 'awning'. Cukup sekadar menjahit hujung tudung dan menggosok rapi. Nah, inilah tudung idaman saya yang saya impikan selama ini...

cubaan kedua..

Tudung ini adalah daripada fabrik jenis cotton crepe. Saya jahit di bahagian hujung juga dan gosok dengan rapi. Bahagian hujung tudung boleh diselimpangkan, atau dipinkan tanpa diselimpangkan...


cubaan ketiga..

Cubaan ketiga juga seperti yang sebelumnya, boleh dipinkan begitu sahaja. Ketiga-tiga tudung ini saya boleh katakan bersaiz antara M dan L, tidak singkat dan labuhnya menepati kehendak pemakaian hijab didalam Islam...


saje nak share...


by Michael Rose 2012



3 comments:

  1. Replies
    1. i will try to post something on 'how to make' the tudung in my pictures. Thanks for browsing!
      Delete

      Delete
  2. Salam..boleh share tutorial? Kt mn beli kain cotton crepe?

    ReplyDelete