Disatu-satu masa dalam hidup kita, pasti kita telah bertemu dengan seseorang yang sentiasa menyalahkan segala-galanya kecuali dirinya sendiri.
Ada seseorang yang saya kenali dulu yang sentiasa menyalahkan sesiapa sahaja dan apa sahaja. Tidak pernah walau sekali berkata 'mungkin silap saya' atau ' saya harus lebih berhati-hati'.
Kita ini manusia yang tidak lekang dari melakukan kesilapan. Jika kita bersungguh-sungguh menceritakan kesalahan atau keburukan orang lain, adakah itu bermaksud kita ini Bebas dari melakukan kesilapan?
Tapi orang yang sebegini akan kekal menyalahkan orang lain melainkan jika dia ingin bertaubat atau menjadi manusia yang lebih baik.
Yang paling penting, bertemu dengan orang yang sebegini akan membantu anda dalam memahami kehidupan dan mengambil iktibar dari kecacatan peribadi seseorang yang suka menceritakan kecacatan orang lain....
Jika anda pernah bertemu dengan orang yang sebegini, doakan dia menjadi manusia yang baik....
Wallahualam....
by Michael Rose 2012
salam..bg pendapat sy...sebagai manusia biasa memang kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..kalau dilistkan kesilapan yg pernah kita lalukan sedari kita kecil hingga saat ini pasti kita tidak akn percaya ape yg telah kita lakukan..& kalau ada yg bertanya kenapa kita membuat kesilapan itu pasti kita ada sebbnye...cantikkan peraturan ILLAHI..setiap yg berlaku pasti ada sebb mengapa ia berlaku... begitu juga denagn segala ciptaan-NYA yg diwujudkan dimuka bumi ini tidak pernah ada yg sia2..dan kadang kala tanpa mengetahui apa sebb yg sebenarnya dan hanya mendengar dari sebelah pihak ( ini kebiasaannya yg berlaku)kita mudah menuduh yg bukan2..hinggakan jauh didalam hati kita mesti pernah terdetik "teruk betulla perangai dia tu"...bukankah itu 1 doa???...dan persoalanya disini perlukah kita menjauhi insan seperti ini??? @ kita perlu mendekatinye???...jika ditanya kepada sy soalan ini..jwapan sy mudah..ye..sy akn mendekatinye dan akn menjadikan ia salah seorng dari sahabat sy.kenapa? kerana insan seperti ini sebenarnya memerlukan teman untuk berbicara,,jika kita menjadi sahabatnya, kita menasihatinya sikit demi sikit..jika tidak pasti SYAITAN akan bertepuk bersorak kerana kita sebagai muslim hnya melihat,mendengar,berdoa tp tdak membantu.....dan bukankah itu yg dipinta oleh AGAMA ISLAM agar kita kita tdak berpecah...memang ALLAH pernah bersabda "AKU TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU,JIKA MEREKA SENDIRI TIDAK MENGUBAHNYA" tp adakah kita tahu kenapa ALLAH menemukan kita dengan insan sebegini???...tdak perlu kita melihat mereka yg jauh tp renung pasti ada yg terdekat denagn kita juga adalah insan yg sebegini...ALLAH'HUAKBAR...
ReplyDeletesy minta maaf andainya komentar sy ini menbuat prof tdak setuju...sy hanya insan biasa yg melontar pendapat dari penceritaan pengalaman hidup SY sendiri...wasalam...
terima kasih diatas komentar anda. Jangan risau, tiada siapa yang boleh mengatakan pendapat siapa benar dan pendapat siapa salah. Macam yang anda katakan ianya berdasarkan pengalaman anda. Berkenaan dengan salah satu perkara yang saya tulis iaitu tentang seseorang itu tidak akan berubah melainkan dia benar2 ingin berubah dan bertaubat tul tak? saya juaga macam anda, saya tidak akan menjauhi orang macam ini melainkan orang tu yang sentiasa nak melarikan diri dari saya :) . apa2 pun orang yang cemerlang ialah yang selalu bermuhasabah diri, ini peringatan untuk diri saya dan anda juga....salam sayang dari saya..
Delete