Check out my Ebook & other Digital Products

Wednesday, September 20, 2017

Jodoh sampai tanpa diduga dan dengan lajunya! Kenali Author Suffiya Rose, Penulis ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia











Setelah bertahun-tahun saya berdoa dan berusaha memperbaiki diri, barulah Allah datangkan jodoh saya. Suami saya melamar saya hanya setelah 2 minggu mengenali saya. Diwaktu itulah baru saya memahami yang janji Allah itu pasti. Jika kita berdoa tanpa henti dan meletakkan segala keyakinan kita pada Allah, doa kita pasti Allah makbulkan. Bayangkan saya dilamar di waktu perkenalan yang amat singkat dengan suami saya. Saya menggeleng kepala kerana tidak percaya. Betul lah kata orang, pabila Jodoh tiba, ia tiba dengan lajunya.

Saya seorang penulis yang masih baru didalam dunia penulisan. Saya bukan seorang Ustazah, bukan seorang Pakar Motivasi atau Celebriti yang baru sahaja kembali mengamalkan Islam secara total dan menjadi viral. Saya seorang Pensyarah yang masih belajar erti kehidupan dan saya baru mengajar selama 12 tahun.

Saya hanya seorang pencinta Ilmu yang gemar mengumpul buku-buku lama dan alat tulis.

Saya baru menerbitkan ebook saya sendiri. Dari penulisan, pengeditan, melukis illustrasi dan menjalankan pemasaran. Dulu saya tidak pandai semua ini. Tetapi saya amat bertuah mempunyai adik dan adik ipar yang sangat berpengetahuan dalam ilmu produk di internet. Saya merupakan Generasi X dan saya belajar dari mereka yang dari Generasi Y dan bergerak dari situ, saya dapat melengkapkan karya saya dengan baik.

Ebook pertama saya adalah tentang motivasi jodoh. Saya ingin berkongsi apa yang telah saya pelajari, apa yang perlu diamalkan dan apa yang perlu dielakkan dalam pengembaraan bertemu jodoh.

Saya menulis dari pengalaman bertemu jodoh diusia menghampiri 40 tahun. Bertahun-tahun lamanya saya berusaha dan sentiasa gagal. Rupanya, usaha haruslah betul dan mengikut Syariat Allah, barulah boleh bertemu jodoh.

Saya menulis ebook Enjoy! Kembara Bertemu Jodoh berlandaskan ajaran Islam dan saya amat menggalakkan anda mengamalkannya. Disebalik perhubugan sebelum pernikahan yang amat mengujakan, sebenarnya mengundang kesepian, kesedihan dan kesengsaraan. Mengapa? Apabila kita bergelumang dengan dosa didalam melayari perhubungan yang haram, hati sentiasa tidak tenang. 

Saya berharap tip-tip yang saya hamparkan didalam ebook saya akan memberikan manfaat yang mendalam dan menyentuh hati para pembaca. Saya ingin mengajak para pembaca supaya sentiasa berbahagia dan bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menjalani hidup 'single'. Ini kerana, Jodoh datangnya dengan tanggungjawab yang besar kerana ganjaran yang Allah berikan juga besar. Oleh itu, bergembiralah dalam mempersiapkan diri sebelum ditemukan dengan jodoh anda nanti.

Ingat,
Bertemu jodoh itu satu pengembaraan,
Bukan satu perlumbaan..

-Suffiya Rose-


Suffiya Rose Copyright 2017
Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia
E-isbn 9789671485002
FB Suffiya Rose Books and Designs
Instagram : #jodohquotes and #islamicwayoflove

Sunday, September 10, 2017

Motivasi Jodoh di dalam ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia by Suffiya Rose

435 likes and counting! Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia by Suffiya Rose.



About the Ebook

Anda sedang menantikan untuk bertemu jodoh? Sesekali berasa lelah dan hampir putus asa? Jom dapatkan ebook ini dengan segera! Ianya akan membantu anda untuk senantiasa berbahagia sementara bertemu jodoh!
Anda akan ketahui panduan-panduan yang akan membuat anda selalu berhati senang dan tenang. Juga, anda akan mengetahui cara untuk kenali personaliti dan sifat-sifat jodoh anda nanti.
Penulisan ebook ini ringkas, padat, ada unsur humor serta 'Quranic Law of Attraction' dan paling penting ianya sampai ke hati anda!
Selepas membaca, anda akan bertanya "Mengapa buku motivasi jodoh sebegini tidak berada dipasaran dari dulu lagi?"

Dapatkan ebook ini sekarang dan anda akan ketahui bahawa 'Bertemu Jodoh itu satu Pengembaraan, bukan Perlumbaan!"
-Suffiya Rose-


Dapatkan ebook ini pada harga mampu milik hanya RM 15.00. 
Hadiahkannya untuk diri anda, teman rapat dan ahli keluarga yang lain.


About the Author

Saya seorang penulis yang masih baru didalam dunia penulisan. Saya bukan seorang Ustazah, bukan seorang Pakar Motivasi atau Celebriti yang baru sahaja kembali mengamalkan Islam secara total dan menjadi viral. Saya seorang Pensyarah yang masih belajar erti kehidupan dan saya baru mengajar selama 12 tahun.

Saya hanya seorang pencinta Ilmu yang gemar mengumpul buku-buku lama dan alat tulis.

Saya baru menerbitkan ebook saya sendiri. Dari penulisan, pengeditan, melukis illustrasi dan menjalankan pemasaran. Dulu saya tidak pandai semua ini. Tetapi saya amat bertuah mempunyai adik dan adik ipar yang sangat berpengetahuan dalam ilmu produk di internet. Saya merupakan Generasi X dan saya belajar dari mereka yang dari Generasi Y dan bergerak dari situ, saya dapat melengkapkan karya saya dengan baik.

Suffiya Rose Copyright 2017
Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia
E-isbn 9789671485002
FB Suffiya Rose Books and Designs
Instagram : #jodohquotes and #islamicwayoflove

ini adalah mukasurat depan yang baru