Niat
‘Setiap
sesuatu itu tergantung pada niat’
Nabi
Muhammad s.a.w
Apa yang harus anda
lakukan sebelum memandu kereta? Mestilah anda akan hidupkan enjin dahulu dengan
menggunakan kunci kereta. Pasang niat adalah seperti hidupkan enjin kereta.
Kepada mereka yang
beragama Islam, kenapa bila kita berpuasa kita tidak berasa lapar dan dahaga?
Malah lebih ligat dan lebih kuat kudrat kita dalam menjalankan aktiviti
seharian kita. Kita boleh bekerja, berbelanja di bazaar dan memasak pelbagai
juadah. Hebat bukan?
NIAT bukan sahaja
bertindak sebagai menghidupkan enjin kereta, tetapi ia sebenarnya bertindak
sebagai suis. Bila kita berniat dengan adab yang sepatutnya, kita telah
menghidupkan suis. Iaitu
menghantar arahan ke seluruh sel dalam badan agar mula untuk tidak minum dan
makan.
Bermula dengan niat,
seluruh anggota badan memahami arahan dan mula untuk menjaga mulut, mata,
telinga, hati, minda, tangan, kaki dan jiwa agar mendapat puasa penuh. Setiap
hari berpuasa adalah satu perperangan yang sengit, dan elemen yang memastikan
kita memenangi perperangan tersebut adalah NIAT, dan kita memasang niat dengan
cara sedar dan menginginkannya. Adakah anda perasan apabila bukan bulan
Ramadan, katakana anda terlupa makan tetapi badan berasa lemah, tangan mula
menggeletar kerana kelaparan. Kita tidak berniat untuk menahan makan. Begitulah
pentingnya niat.
Info wow!
Hati menghubungkan 100 trillion sel didalam badan kita satu persatu!
|
Bayangkan, angan-angan
tanpa niat selama lebih kurang 8 tahun, apa yang saya fikirkan pada waktu itu?
Ramai antara kita pasti pernah memulakan atau melakukan kerja-kerja menguruskan
badan, tetapi tidak berjaya. Mengapa? Ini kerana kita tidak betul-betul berbual
dengan diri kita dan ambil tahu apa yang kita benar-benar mahukan. Kita keliru,
kita mahu kurus tapi tidak mahu bersenam. Kita mahu kurus tetapi makan nasi
briyani atau makanan segera 2-3 kali seminggu.
Oleh itu, wujud perperangan
antara nafsu makan dengan niat. Saya juga mengaku, bukan mudah untuk kurangkan
makan kerana terkadang saya jatuh tersungkur dek keinginan makan makanan sedap.
Tetapi, yang pastinya apabila saya betul-betul menghidupkan suis untuk berubah,
seluruh badan saya dengan akurnya mengikut arahan niat di hati saya.
Anda pasti pernah bertemu dengan kawan-kawan
atau mempunyai ahli keluarga yang sedemikian, tindakan tidak selari dengan apa
yang mereka inginkan. Adakah mereka sentiasa menghidupkan dan mematikan suis?
Anda sendiri berasa keliru dan juga ada perasaan menyampah. Hakikatnya, ini
adalah kerana mereka tidak benar-benar cuba menghidupkan suis yang dikenali
sebagai NIAT. Apa yang mereka cuba hidupkan hanya angan-angan untuk menampakkan
diri mereka ‘cool’.
Realitinya juga, kita
suka menyebut-nyebut tentang perubahan. Tanpa disedari, ramai antara kita
bersifat seperti tin kosong. Bunyi sangat kuat apabila di ketuk kerana sudah
kehabisan biskut atau apa sahaja isi kandungan tin itu. Oleh itu, NIAT haruslah
di sebut di mulut, di tetapkan didalam hati kerana hanya dengan itu ia akan di
janakan dalam bentuk tindakan dan dapat dilihat dengan jelas perubahannya.
Satu lagi kehebatan niat
ialah apabila kita sudah tetapkan di hati dan diminda, niat itu akan jadi
kenyataan walaupun kita belum memulakan sebarang tindakan. Sebagai contoh, anda
telah berniat untuk membelikan sebuah hadiah kepada rakan atau ahli keluarga
anda, tetapi anda tidak cukup duit untuk membeli hadiah yang sesuai . Tiba-tiba
satu hari ada rakan anda teringat untuk membayar balik wang yang anda pinjamkan
kepadanya, betapa seronoknya hati anda kerana sekarang anda dapat membeli
hadiah yang anda inginkan.
Didalam ruang Info Wow diawal topik
niat ini, ianya mengiyakan sebuah hadis. Rasullullah s.a.w bersabda:-
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul
daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya
daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.
Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada
Nu'man bin Basyir)
Sekarang kita boleh
fahami apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad. Hati yang menyambungkan setiap
satu sel di badan kita dan jika hati itu rosak, sel-sel yang disambungkan juga
akan rosak kerana ia berkait antara satu sama lain.
Saya berkelulusan didalam
bidang Pengurusan Hartanah dan bekerja sebagai Eksekutif Penilaian Harta dari
tahun 1998 sehingga 2004. Walaupun begitu, pada masa itu saya sudah mula
menyimpan hasrat dan niat bahawa satu hari nanti saya akan dapat menjadi
seorang Pengajar. Semua bermula apabila saya
terpaksa menawarkan khidmat menjadi cikgu selama sehari disebuah sekolah
menengah di Petaling Jaya pada tahun 1995. Ketika itu saya didenda oleh pihak
kolej kediaman di Universiti tempat saya belajar kerana tidak memenuhi syarat
untuk mendapat bilik kediaman. Pengalaman tersebut telah membuka minda dan hati
saya tentang keseronokan profession mengajar.
Pada tahun 2004, saya
patah hati kerana tidak berjaya melepasi temuduga terakhir untuk melayakkan
saya mendapat lesen Penilai Harta.Tiba-tiba terdetik kembali niat yang telah
lama saya pasang suatu masa dahulu, maka saya mulakan langkah untuk mengubah
kerjaya kepada seorang Pengajar.
Niat untuk berubah sudah
dipasang, maka seterusnya saya harus fokus ke satu bidang mengajar dan saya
memilih untuk mengajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment