Sudah lebih tiga minggu saya dan keluarga saya bertungkus lumus mencari perabot baru. Almari, set bilik tidur, rak buku, rak barangan dapur, permaidani dan membeli lampu2. Rupanya home makeover ni memang memenatkan!
Apa yang saya pelajari dari home makeover ini?
1. Mesti ada peruntukkan wang yang lebih dari apa kita ingin belanja. Pelikkan? Tapi perlu ada duit lebih kerana bila2 masa sahaja kita akan membeli sesuatu 'that goes along with a particular furniture'.
2. Jarakkan sedikit masa antara membeli perabot dan lampu. Ini kerana untuk masukkan perabot baru, perlukan di kosongkan rak dan almari lama dan perlu mencari cara untuk melupuskannya. So, bila perabot baru datang, bolehlah terus disusun elok-elok. Manakala pemasangan lampu pula akan membuat rumah tampak agak bersepah disebabkan ada kerja-kerja drilling dinding dan sebagainya.
3. Dapatkan perabot yang harganya berpatutan. Mahal tidak semestinya cantik. Ini kerana ia harus disesuaikan dengan perabot-perabot yang lain di dalam rumah kita. 'It needs to fit into the ambience and current arrangement of furnitures'.
4. Mesti sihat. Kalau tak sihat memang susah. Ini kerana home makeover memerlukan kita mengangkat, mengemas, mengusun dan sebagainya. So kenalah sihat. :)
Jika anda menjangkakan akan membuat home makeover, pastikan anda ikut tip-tip diatas. Semoga berjaya dan gembira!!
by Michael Rose 2012
No comments:
Post a Comment