Check out my Ebook & other Digital Products

Showing posts with label hartanah. Show all posts
Showing posts with label hartanah. Show all posts

Wednesday, February 10, 2021

Shah Real Property Consultants- Mari berkenalan dengan Firma Penilai dan Agen Hartanah Berdaftar di Subang Jaya.

Assalammualaikum para pembaca sekalian. Entri kali ini saya ingin kongsikan tentang perkhidmatan penilaian dan pemasaran hartanah yang di tawarkan oleh syarikat dimana saya bekerja yang dikenali sebagai Shah Real Property Consultants. Syarikat ini berpengkalan di Subang Jaya dan di miliki oleh Encik Idzwan Izuddin Shah.
Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan menilai hartanah anda samada untuk pelbagai tujuan diantaranya re-financing, pengambilan balik tanah, percukaian dan insurans, atau untuk menjual dan membeli hartanah, bolehlah hubungi kami.
Firma penilaian dan agen hartanah ini telah memulakan operasi pada tahun 2019. Walaubagaimanapun, Penilai Berdaftar yang memiliki firma ini adalah merupakan Penilai yang sudah berkecimpung dalam industri ini selama lebih 18 tahun (awam dan swasta).
Saya pula adalah Penilai Percubaan yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Agen Hartanah, Penaksir dan Pengurus Hartanah dan nombor pendaftaran saya adalah PV 504.
Jika ada mempunyai sebarang pertanyaan tentang hartanah dari pembelian, penjualan dan penilaian, boleh lah menghubungi Shah Real Property Consultants di talian 03-5889 6314. Atau boleh layari FB Page @srpropertyconsult dan IG @sr.property.consultants. Anda juga boleh bertanya kepada saya dan saya akan cuba menolong anda.

Friday, September 27, 2019

Pengalaman sebagai Pensyarah Luar INSPEN

INSPEN adalah singkatan bagi Insitut Penilaian Negara.

Saya mempunyai pengalaman mengajar kursus Sijil hingga ke Sarjana dalam bidang Pengurusan Hartanah dan Pengurusan Perniagaan. Bidang saya adalah lebih kepada gabungan Pengurusan Strategik Perniagaan dengan Pengurusan Harta Tanah. Saya juga pernah mengajar di Brunei Darussalam selama 2 tahun. Negerinya makmur dan tidak stress bekerja disana.

Saya mula mengajar di INSPEN pada Julai lalu dan saya amat terkejut apabila mengetahui bahawa pelajarnya sangat ramai. Ini adalah pengalaman saya yang pertama mengajar pelajar yang jumlahnya melebihi 90 orang pada satu-satu masa. Kesemua pelajar separuh masa yang saya ajar adalah mereka yang sudah lama bekerja dan berkecimpung dalam industri jual beli hartanah. Hampir kesemua adalah Perunding Hartanah berdaftar dangan Lembaga Penilai, Penaksir dan Agen Hartanah.

Saya amat gemar mengajar pelajar-pelajar yang sudah memiliki pengalaman bekerja. Ini kerana saya suka perkongsian pengalaman dalam industri sesama pelajar dan Pensyarah. Mereka bukan sahaja menerima ilmu dari saya, saya juga banyak belajar dari mereka. Ianya adalah dua hala. Untuk sesebuah kelas yang dinamik, harus ada aliran ilmu dari dua hala. Semangat dan tenaga Pensyarah juga bergantung kepada semangat yang di hasilkan oleh para pelajar.

Saya juga suka mengajar pelajar lepasan SPM. Mereka memiliki kelebihan mereka sendiri. Walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja, mereka amat berdedikasi didalam melengkapkan tugasan yang diberikan.

INSPEN adalah tempat yang sesuai untuk sesiapa yang ingin menimba ilmu dan memiliki kelulusan didalam bidang Pengurusan Hartanah. Yuran nya amat berpatutan dan pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum dan datang dari pelbagai latar belakang.

Untuk pelajar sepenuh masa, mereka disediakan hostel dan diberikan elaun makan setiap bulan.
Nah, dimana lagi boleh kita cari kelebihan sebegini? Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.inspen.gov.my

Bagi kursus-kursus separuh masa, pensyarah-pensyarahnya terdiri daripada mereka yang sudah lama berkecimpung didalam industri hartanah samada penilaian, penaksiran, perniagaan dan agensi hartanah. Mereka merupakan Penilai Berdaftrar, Trainer Industi dan Agen Hartanah Berdaftar.

Sebagai Pensyarah luar INSPEN, saya amat bertuah kerana diberikan peluang untuk mengajar disana dimana saya telah menimba pelbagai ilmu didalam mengajar pelajar-pelajar yang amat ramai. Mereka sangat berpengalaman dan sangat bersemangat didalam mencapai cita-cita mereka. Saya amat suka melihat kerja berpasukan mereka. Subjek yang saya ajar amat relevan kepada kerja harian mereka iaitu Principles and Practice of Marketing. Walaupun tugas harian mereka melibatkan kerja-kerja pemasaran dan mereka merasakan yang mereka tahu banyak perkara, tetapi dikelas mereka didedahkan dengan idea-idea serta teori-teori yang mereka rasakan baru dan mencabar. Tugas saya ialah mengajar topik-topik yang relevan dengan sillibus dengan mengaitkan setiap idea dan teori kepada tugas harian perunding hartanah dan industri hartanah itu sendiri.

Selain mengajar Part-time, saya juga menjalankan kelas-kelas Personal Branding for Real Estate Negotiators serta English Pronunciation for Real Estate Negotiators. Ianya lebih kepada mengenali diri dan produk demi mengetahui cara bagaimana untuk menjalankan kerja-kerja pemasaran perkhidmatan Perunding Hartanah. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di link ini @embizresourse www.facebook.com/embizresource/



Sekian buat masa ini, nantikan entri yang akan datang.

by Michael Rose