Check out my Ebook & other Digital Products
Showing posts with label tip cari jodoh. Show all posts
Showing posts with label tip cari jodoh. Show all posts
Thursday, June 10, 2021
Kecoh pasal Jodoh? Lelaki kalau pandai pasti mahukan calon isteri yang juga pandai!
Assalammualaikum pembaca semua, sudah lama saya tidak menulis baru inilah saya terpanggil untuk menulis tentang isu jodoh.
Sejak akhir-akhir ini, kecoh tentang untuk mencari jodoh, perlu menjadi 'bodoh-bodoh' sedikit.
Saya pun tersilap tafsir pada mulanya, tetapi saya faham setelah cuba memahami konteks nasihat yang diberikan. Maklumlah saya ni manusia😆.
Apabila kita hendak memberikan pendapat tentang jodoh, haruslah berhati-hati sebab ianya adalah antara topik paling sensitif.
Jika anda berkahwin pada usia muda katalah 20an, bagaimana mungkin anda boleh menasihatkan wanita 30an, 40an dan 50an yang masih lagi mencari jodoh? Anda tidak mungkin dapat melihat dari kacamata wanita yang sudah lama mencari tetapi belum bertemu jodoh pujaan hati.
Bagaimana mungkin wanita yang sudah 30an-50an itu faham akan konsep bodoh-bodohkan diri mereka sedangkan seumur hidup mereka, sudah terbiasa pandaikan diri dalam mencari ilmu dan mencari rezeki?
Bagaimana mungkin anda boleh membuatkan mereka faham jika apa yang mereka alami selama ini adalah kekecewaan demi kekecewaan manakala anda bertemu jodoh begitu mudah dan cepat?
Setiap orang jodoh dia itu tidak lambat atau cepat, tetapi hanyalah waktu yang tepat.(petikan dari ebook enjoy!kembara bertemu bahagia by suffiyarose)
My point is, orang lebih cenderung mendengar nasihat dari orang yang senasib dengan mereka kerana jika orang yang tidak senasib akan kelihatan seolah menghakimi mereka.
My point also, jika kita tidak melalui pengalaman kehidupan wanita yang belum Bertemu Jodoh ini, nasihat kita perlulah berbalik kepada Al-Quran dan Hadith, bukan berdasarkan pengalaman dan pendapat kita.
Saya bukan cerdikiawan atau pahlawan atau Ustazahwan, tetapi saya faham sangat bagaimana nak buat ‘bodoh-bodoh’ sewaktu berkenalan dengan suami saya dulu.
Umur saya 37 dan suami 42 semasa kami menikah. Kami lebih tua dari Tok Kadhi yang nikahkan kami😆.
Ketika berkenalan dengan dengan suami saya (orang Singapore), something in me went 'hmmm aku macam kenal orang ni tapi dimana ye?'
Lepas 2 minggu berkenalan, suami saya pun melamar saya. Kenapa? Sebab both of us sebelum jumpa each other, kami telah lama berdoa secara spesifik agar apabila ditemukan jodoh, haruslah disegerakan dan tidak mahu sebarang 9 atau 11 dulang hantaran. Both of us had the same mindset, needs and wants.
Semasa berkenalan wanita kena buat ‘bodoh-bodoh’ kenapa? Supaya lelaki itu dapat merasakan yang dia di perlukan didalam hidup wanita tersebut. Of course wanita itu memang berdikari dari segala segi, tetapi dengan bakal suami, maksudnya wanita haruslah mendengar, acknowledge dan bertindak dengan sebaiknya. Pada sayalah sebaiknya tidak digunakan terma ‘bodoh-bodoh’, sebaiknya lah kan , guna terma 'rendah hati' iaitu kita hormati pendapat dan nasihat lelaki yang bakal menjadi suami kita itu nanti.
Setelah berkahwin, isteri buat ‘bodoh-bodoh’ bukan bermaksud jadikan diri bodoh, tetapi mendengar cakap suami in a respectful manner. But of course suami tak boleh jadi bodoh sebab para isteri ini sebenarnya adalah orang yang paling bijak. Kenapa? Kita tahu bagaimana untuk berkata-kata dengan baik agar suami kita mendengar kata kita.
Sebab itulah saya terbitkan ebook tentang pengembaraan jodoh yang bertajuk Enjoy! Kembara bertemu Bahagia, panduan secara Islamik tentang kembara jodoh.
Ianya ditulis untuk berkongsi tip-tip bagaimana untuk kekal bahagia sementara menanti jodoh tiba. Saya mahu memberitahu wanita yang masih single tetapi mahu bertemu jodoh agar kekal hopeful not hopeless (kekal mengharap dengan doa).
Saya bukan seorang motivator, tetapi saya faham mengapa ramai wanita marah bila dikatakan perlu act ‘sedikit bodoh’ untuk dapat jodoh.
Pada dasarnya, motivator atau sesiapa sahaja perlu faham apa itu jodoh. Dalam ebook saya, saya simpulkan jodoh adalah :-
Persetujuan dua hati
(Dua2 will do what it takes to make it happen)
Penyatuan matlamat
(Dua-dua mempunyai matlamat yang sama)
Kesesuaian peribadi
(Tenang bila berada disisi)
Keputusan muktamad
(Dua2 bersetuju)
Last but not least, endorsement dari Allah Subhanawataala.
Jika tiada salah satu elemen diatas, takdelah jodoh nya walau pun setelah buat ‘bodoh-bodoh’.
Terima kasih kerana sudi membaca. Penulisan diatas adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya. Setiap dari kita memiliki pendapat berbeza. 😊
Saturday, December 23, 2017
Dapatkan motivasi jodoh di #jodohquotes dan produk digital artworks di FB Suffiya Rose Books and Designs hari ini!
If you're looking for Motivational Quotes on Islamic mannered of finding love, checkout IG #Jodohquotes and #Islamicquotesndesigns
All of the illustrations and digital artworks are done by Suffiya Rose Books and Designs. Checkout our FB page to look for ebooks and customised wordings. You can order your desired designs by messaging us on fb or ig.
See you there!
Suffiya Rose Books and Designs.
![]() |
| FB Suffiya Rose Books and Designs |
![]() |
| Cover ebook yang baru |
Didalam ebook diatas, anda akan ketahui cara untuk selalu berbahagia sementara ditemukan jodoh. Pastikan anda ingin bertemu jodoh diatas sebab musabab yang betul. Jangan sekali-kali ingin menikah kerana ditekan orang lain, berasa malu kerana semua kawan sudah berkahwin atau untuk membalas dendam.
Betulkan niat, jodoh sebenar akan terpikat. Ingat, bertemu jodoh itu satu pengembaraan, bukan perlumbaan.
-Suffiya Rose, penulis Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia.-
Hakmilik terpelihara 2017.
Thursday, November 16, 2017
Tunggu punya tunggu, lelaki itu kahwin lain? Sayangilah diri sendiri dahulu.
![]() |
| Tunggu punya tunggu, si dia tidak berikan jawapan. ..tahu-tahu dia kahwin wanita lain.. |
Saya terpanggil menulis entri tentang masih ada wanita yang masih single diluar sana yang sanggup menyeksa diri. Mengapa?
Mereka sanggup menyeksa diri dengan menunggu dan terus menunggu tanpa sebarang jawapan dari si lelaki. Di bawa berbual setiap hari sudah, dirayu sayang setiap hari sudah, dibawa berjalan setiap minggu sudah, di bawa bermain tennis dan badminton sampai bengkak tangan dan kaki pun sudah. Di bawa makan di kedai mamak sudah, dibawa ke majlis perkahwinan orang lain pun sudah. Tetapi bila ditanya bila nak menikah?
Si lelaki menjawab, 'KITA LIHATLAH DAHULU, KITA TENGOK KEMANA PERHUBUNGAN INI AKAN MEMBAWA KITA'. Jawapan standard atau tipikal lelaki yang ingin mempunyai teman part-time yang tidak perlu diberikan wang belanja bulanan, yang tidak perlu bertanggungjawab 24 jam sehari, yang tidak perlu bertanggungjawab untuk mempercepatkan pernikahan kerana wanita yang berpaut kepada mereka sanggup menunggu sampai bila-bila..
Mari kita lihat pula, di waktu menunggu setahun, dua tahun, tiga tahun atau 10 tahun, tiba-tiba silelaki menikah dengan orang lain, apa terjadi kepada wanita yang menunggu? Terjun pokok petai lah jawabnya. Menangis sehingga bengkak mata hampir buta. Mengapa wanita sanggup menunggu tanpa jawapan pasti tentang masa depan bersama? Jawapannya memang banyak, tetapi yang saya boleh fikirkan adalah kerana wanita itu takut kehilangan lelaki yang dikenalinya selama 5 tahun itu dan dia takut jika dia tidak dinikahi.
Oleh itu, kenapa pula wanita itu takut kehilangan dan sanggup diperlakukan seperti dia diperbuat dari kayu atau besi?
Jawapannya, si wanita itu tidak menyayangi dirinya dahulu. Ia tidak bermaksud yang wanita itu mementingkan dirinya sendiri. Tetapi ianya bermaksud, apabila wanita menyayangi dirinya dahulu, dia tidak akan menunggu begitu lama. Dia tidak akan sentiasa menenangkan dirinya dengan berkata 'TIDAK APA, AKU HARUS BERI DIA RUANG, BIARLAH, NANTI DIA PASTI AKAN MENGAJAK AKU MENIKAH. AKU TIDAK MAHU MENEKAN DIA KERANA APA AKAN TERJADI KEPADAKU JIKA AKU TERLALU MEMAKSA?
Apabila lelaki itu merasakan yang dia dipaksa, sebenarnya dari awal lagi dia tidak mahu menjadikan wanita itu isterinya. Hanya teman dikala sunyi dan menjaga imej yang menunjukkan dia tidak pernah sendiri.
Bagaimana mungkin apabila seorang lelaki bertekad untuk menikahi seorang wanita merasakan usahanya itu suatu paksaan?
Bak kata pepatah melayu yang amat saya kagumi,
Hendak seribu daya...
Tak hendak seribu dalih..
Oleh itu, wahai wanita diluar sana, sayangilah diri anda dahulu...
Jika si dia masih tiada jawapan setelah setahun berkenalan, bergeraklah bersendirian kerana bersamanya dosa berlipat ganda, dosa mata, dosa telinga, dosa sentuhan. Apabila anda berpacaran setiap pergerakan, setiap pertuturan, setiap sentuhan menjurus kepada dosa. Hebatnya Islam, apabila menikah, setiap perkataan, setiap pandangan dan sentuhan di beri ganjaran pahala dan ketenangan didalam jiwa. Anda pilih, untuk tenang dalam kemaksiatan atau tenang dalam pernikahan. Saya bukan Ustazah tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi pesanan baik sesama kita. Saya ingin berkongsi maklumat kepada wanita diluar sana yang alam percintaan adalah satu fantasi, alam pernikahan adalah alam realiti...
Sayangilah diri anda dengan jangan ditunggu lelaki yang tidak mahu..
Dapat diketahui dari kata-kata dan tingkah laku..
Usahanya tidak kelihatan tapi masih minta ditunggu...
Bergeraklah dan berusaha lebih hebat lagi mempersiapkan diri untuk jodoh yang sebenarnya...
Janganlah mengkhianati jodoh anda yang telah disediakan Allah..
Berusaha dari segi hebatkan hubungan dengan Allah The Almighty,
hebatkan hubungan dengan ibu bapa dan diri sendiri...
Oleh itu, anda yang masih single dan masih menantikan untuk ditemukan dengan jodoh anda, ingatlah satu perkara, bagaimana mungkin anda akan bertemu yang soleh jika cara anda mendapatkan jodoh mengundang kemarahan Allah? Jadilah wanita yang baik, saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk menjadi baik. Orang yang baik tidak bermaksud tidak melakukan dosa, tetapi lebih kepada sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Untuk siapa? Untuk Allah.
Hati lelaki 100% dipegang oleh Allah. Oleh itu, mintalah kepada Allah agar hati lelaki yang mencintaiNYA terpaut kepada anda dan mengajak anda menikah tidak lama lagi.Aminnnn Ya Rabbal Alamin
Hamba Allah,
-Suffiya Rose-
Penulis Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Jodoh,
Panduan para pencari belahan jiwa...
![]() | |
| Buku ini sesuai untuk mereka yang masih single. Berminat untuk mendapatkannya? Email suffiyarose2017@gmail |
Subscribe to:
Posts (Atom)





