Saya tertarik dengan show
motivasi oleh Mario teguh, yang telah merevolusikan konsep motivasi. Terdapat
seorang penonton di studio yang menanyakan soalan berikut..
‘Adakah wanita itu dipilih atau
memilih’?
Apa yang sangat mengagumkan saya
adalah jawapan Mario Teguh. Kedengarannya sangat ringkas dan logika, tetapi
memberikan makna yang sangat dalam sehinggakan berjaya membetulkan pemikiran
stereotype mana-mana lelaki.
Seperti yang kita selalu dengar
dan perhatikan, lelaki akan berkata mereka yang akan memilih wanita dan bukan
sebaliknya. Yang membuatkan saya sependapat dengan Mario Teguh ialah apabila dia
mengatakan bahawa ‘ Bukan wanita yang anda pilih, tapi pantaskanlah diri anda
untuk di pilih wanita-wanita terbaik’. Apa maksudnya?
Sangat mudah. Jadikanlah diri
anda seperti wanita yang anda ingini. Jika anda mengimpikan wanita-wanita yang
baik dan hebat, anda siapkan diri anda menjadi baik dan hebat. Mana munkin diri
anda seorang lelaki yang tidak berusaha untuk memajukan diri dari perlbagai
sudut mendapat wanita yang terbaik dari segi amalan Agamanya, pendidikannya,
penampilannya, tutur katanya, kesantunannya, kelembutannya, kariernya,
tanggungjawabnya dan ketabahannya dan seterusnya?
Pendek kata, analogi yang paling
mudah ialah, masakan bila kita membelah epal, separuh lagi kelihatan seperti
nenas? Pasti epal di gandingkan dengan epal. Jika anda tidak bersetuju, saya
tidak memaksa anda bersetuju kerana misi saya menulis ialah untuk membawa para
pembaca dan diri saya untuk membuka minda dan bermuhasabah diri. Pesanan ini
juga adalah untuk diri saya sendiri.
Jika mana-mana lelaki mengatakan
mereka mudah untuk memilih maka mereka tidak perlu bersusah payah membangunkan
diri mereka, itu amat menggelikan hati. Ini kerana wanita-wanita terbaik mahukan
anak-anak yang mempunyai bapa-bapa yang mampu dari segi mengadakan
keperluan-keperluan asas dan kehendak. Maka untuk mampu, para bapa haruslah
terdiri daripada jenis manusia yang terbaik dari segi amalan agamanya, mencari
rezekinya dan kesantunan dan keperibadiannya.
Wallahualam.
Written by Michael Rose 2012
No comments:
Post a Comment