Check out my Ebook & other Digital Products

Showing posts with label Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia. Show all posts

Thursday, November 26, 2020

Jom dapatkan ebook tentang motivasi jodoh bertajuk enjoy! kembara bertemu bahagia by suffiyarose

 

Ebook tentang kembara jodoh by Suffiyarose
Assalammualaikum semua,

Di entry kali ini saya ingin mempromosikan ebook saya yang bertajuk Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia.

Ebook saya ini akan disukai oleh pembaca-pembaca yang masih single. Mereka yang berusaha dengan cara yang diredhai Allah tetapi masih belum bertemu jodoh. Mereka yang memahami bahawa terdapat pelbagai cabaran dan kebahagiaan didalam penantian jodoh itu. 

Ebook saya ini juga ada diselitkan unsur-unsur humor atau jenaka. Pastinya, ebook saya ini straight to the point and straight to the heart. Ia menusuk hati dengan kata-kata yang ringkat, padat dan tepat ke hati. 

Saya mengajar cara-cara membahagiakan diri sementara menunggu jodoh tiba, mengenalpasti atau mengintai bagaimana orangnya jodoh anda nanti. 

Ebook saya ini adalah tentang panduan-panduan kembara jodoh cara Islamik. Tiada unsur-unsur menganjur kepada pacaran atau perkara-perkara yang mengundang murka Allah Lord of the Heavens and Earth. Oleh itu, saya kongsikan mengapa berpacaran itu menyebabkan semakin banyak perceraian pada zaman sekarang ini.

Jika anda berminat untuk membeli ebook saya ini, boleh lah message ke IG 

https://www.instagram.com/jodohquotes_dan_motivasimuslim/

Harganya RM 22.00 dalam bentuk PDF.

Snippet dari ebook enjoy! kembara bertemu bahagia by Suffiyarose.

Sunday, April 15, 2018

IG jodohquotes




Assalammualaikum semua,

Entri kali ini saya ingin bercerita tentang tiada siapa yang sempurna, oleh itu jangan diharapkan jodoh anda itu nanti sempurna orangnya. Yang pasti jodoh anda itu, sempurna untuk anda.

Sempurna untuk anda bermaksud dia dan anda saling lengkap melengkapi serta saling menutupi kekurangan masing-masing. Masing-masing mempunyai kelebihan yang membantu untuk melengkapkan dan membina asas perkahwinan yang kukuh.

Persamaan anda dan jodoh anda adalah pada pegangan dan prinsip hidup, kepercayaan dan nilai-nilai murni yang anda berdua pegang serta status ekonomi. Perbezaan kebiasaanya pada personaliti.

Inilah yang saya maksudkan dengan kesempurnaan anda dan jodoh anda.






Wednesday, September 20, 2017

Jodoh sampai tanpa diduga dan dengan lajunya! Kenali Author Suffiya Rose, Penulis ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia











Setelah bertahun-tahun saya berdoa dan berusaha memperbaiki diri, barulah Allah datangkan jodoh saya. Suami saya melamar saya hanya setelah 2 minggu mengenali saya. Diwaktu itulah baru saya memahami yang janji Allah itu pasti. Jika kita berdoa tanpa henti dan meletakkan segala keyakinan kita pada Allah, doa kita pasti Allah makbulkan. Bayangkan saya dilamar di waktu perkenalan yang amat singkat dengan suami saya. Saya menggeleng kepala kerana tidak percaya. Betul lah kata orang, pabila Jodoh tiba, ia tiba dengan lajunya.

Saya seorang penulis yang masih baru didalam dunia penulisan. Saya bukan seorang Ustazah, bukan seorang Pakar Motivasi atau Celebriti yang baru sahaja kembali mengamalkan Islam secara total dan menjadi viral. Saya seorang Pensyarah yang masih belajar erti kehidupan dan saya baru mengajar selama 12 tahun.

Saya hanya seorang pencinta Ilmu yang gemar mengumpul buku-buku lama dan alat tulis.

Saya baru menerbitkan ebook saya sendiri. Dari penulisan, pengeditan, melukis illustrasi dan menjalankan pemasaran. Dulu saya tidak pandai semua ini. Tetapi saya amat bertuah mempunyai adik dan adik ipar yang sangat berpengetahuan dalam ilmu produk di internet. Saya merupakan Generasi X dan saya belajar dari mereka yang dari Generasi Y dan bergerak dari situ, saya dapat melengkapkan karya saya dengan baik.

Ebook pertama saya adalah tentang motivasi jodoh. Saya ingin berkongsi apa yang telah saya pelajari, apa yang perlu diamalkan dan apa yang perlu dielakkan dalam pengembaraan bertemu jodoh.

Saya menulis dari pengalaman bertemu jodoh diusia menghampiri 40 tahun. Bertahun-tahun lamanya saya berusaha dan sentiasa gagal. Rupanya, usaha haruslah betul dan mengikut Syariat Allah, barulah boleh bertemu jodoh.

Saya menulis ebook Enjoy! Kembara Bertemu Jodoh berlandaskan ajaran Islam dan saya amat menggalakkan anda mengamalkannya. Disebalik perhubugan sebelum pernikahan yang amat mengujakan, sebenarnya mengundang kesepian, kesedihan dan kesengsaraan. Mengapa? Apabila kita bergelumang dengan dosa didalam melayari perhubungan yang haram, hati sentiasa tidak tenang. 

Saya berharap tip-tip yang saya hamparkan didalam ebook saya akan memberikan manfaat yang mendalam dan menyentuh hati para pembaca. Saya ingin mengajak para pembaca supaya sentiasa berbahagia dan bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menjalani hidup 'single'. Ini kerana, Jodoh datangnya dengan tanggungjawab yang besar kerana ganjaran yang Allah berikan juga besar. Oleh itu, bergembiralah dalam mempersiapkan diri sebelum ditemukan dengan jodoh anda nanti.

Ingat,
Bertemu jodoh itu satu pengembaraan,
Bukan satu perlumbaan..

-Suffiya Rose-


Suffiya Rose Copyright 2017
Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia
E-isbn 9789671485002
FB Suffiya Rose Books and Designs
Instagram : #jodohquotes and #islamicwayoflove