Check out my Ebook & other Digital Products

Showing posts with label putus cinta. Show all posts
Showing posts with label putus cinta. Show all posts

Tuesday, December 19, 2017

Sayangi dan hormati diri anda dalam mendapatkan jodoh. Inginkan sedikit motivasi jodoh? Dapatkan Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia by Suffiya Rose hari ini!

Handmade bracelets by Maysmerized.com


Didalam entri kali ini, saya ingin bercerita mengenai betapa pentingnya untuk menyayangi diri sendiri dahulu. Kemudian, barulah kita boleh sayang orang lain. Apa maksud sayang diri sendiri dahulu?

Maksudnya ialah:-
1. Dalam mengenali bakal jodoh, anda tidak berkompromi apabila melibatkan isu Pegangan Agama, Prinsip hidup dan nilai-nilai murni yang ibu bapa anda terapkan dalam diri anda.
Sebagai contoh, anda seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang anda tidak akan terpikat dengan lelaki yang merokok, tetapi ketika anda berkenalan dengan calon jodoh anda, anda menerima dia walaupun dia perokok tegar atas alasan takut tidak ada lelaki lain yang akan hadir dalam hidup anda. Nah, disini sudah terdapat satu 'Contradiction' atau suatu yang bertentangan sedang berlaku. Prinsip anda mahukan yang tidak merokok, tetapi anda menerima calon jodoh anda seorang perokok. Satu lagi contoh, jika anda seorang yang pemurah dan mahukan calon anda juga seorang yang pemurah. Tetapi apabila anda berkenalan dengan calon yang dirasakan sesuai, dia seorang yang sangat kedekut. Bila keluar makan, anda sahaja yang belanja atau dia minta anda belikan itu ini. Nah, ini sudah ada suatu elemen bertentangan dengan prinsip anda. Mengapa saya katakan menyayangi diri bermaksud anda tidak berkompromi apabila melibatkan prinsip hidup? Apabila anda berkompromi, anda akan sentiasa berasa susah hati dan gelisah dek kerana sidia calon yang dirasakan sesuai tidak menepati prinsip hidup anda. Ya, anda boleh teruskan perkenalan dan mungkin anda akan menikah dengan sidia, tetapi anda harus ketepikan prinsip hidup anda.

Isu Pegangan Agama pula adalah suatu isu yang sangat sensitif. Di Malaysia, jika yang non-Muslim ingin berkahwin dengan Muslim, mereka harus memeluk Islam dahulu, barulah boleh berkahwin. Jika anda sedang bercinta dengan non-muslim dan sudah memasuki tahun yang ke-5, sidia belum ada tanda-tanda untuk memeluk Islam. Apa yang anda tunggu lagi? Sudah jelas, sidia belum bersedia kerana ingat, pertama Allah lah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang mencariNYA, kedua, jika sidia bersedia dan bersungguh-sungguh, tahun pertama perkenalan lagi sidia sudah memulakan usaha untuk menikah dengan anda. Jika anda masih menunggu, anda tidak menyayangi diri anda. Titik. Jauh sekali menghormati diri anda. Selagi sidia melihat yang anda sanggup tunggu walau tanpa kepastian, selagi itulah dia akan berdolak dalih. Sebenarnya, andalah yang  tidak menyayangi dan menghormati diri anda dan keluarga anda sendiri.

Ingatlah, anda berhak untuk dinikahi atau menikahi sidia yang betul-betul menghormati anda dengan mengajak anda berkahwin dan seterusnya ingin meyintai anda dengan penuh tanggungjawab. Benar, sidia mungkin akan memeluk Islam dan anda boleh menikah dengan sidia. Tetapi anda harus kuat dan sabar 500% dalam mendidiknya tentang Islam dan menjalani kehidupan berumahtangga dengannya.

Pendek kata, beranikan diri untuk berdiri diatas prinsip diri anda. Prinsip yang mengutamakan Allah SWT, menyayangi dan menghormati diri anda. Barulah sidia yang sebenarnya jodoh anda akan terpikat. Jika dia lari kerana anda mengutamakan prinsip hidup anda, nah... dia memang bukan milik anda. Sidia yang di tetapkan Allah sedang dalam perjalanan menghampiri anda. Jika dialah orangnya, dia pasti tunggu.



2. Sayangi diri anda juga bermaksud menghormati diri anda. Bagaimana?

 a. Anda mengutamakan Allah SWT. Utamakan bermaksud, apabila anda keluar dengan calon jodoh anda, anda sentiasa ingat apa yang dilarang dan yang dianjurkan Allah swt. Yang dilarang adalah tidak berdua-duaan sambil merayu cinta dan belaian. Memang anda sedang dalam perkenalan, mungkin anda berfikir bagaimana hendak mendapatkan suami jika itu tak boleh ini tak boleh. Ingat, hati jodoh anda dalam genggaman Allah. Hatinya milik Allah SWT, oleh itu anda tidak perlu 'impress' kan si calon jodoh anda itu. Hanya perlu IMPRESS ALLAH SWT, si dia pasti akan terpikat.
Oleh itu, untuk hatinya terpikat, jadilah Muslimah atau Muslimin yang ikut perintah Allah, barulah sidia akan terpikat kerana dia merasakan anda sangat serius apabila melibatkan penjagaan kehormatan diri anda. Jika sidia ada Allah SWT dalam hatinya, dia tidak akan mungkin mengomel 'Alah itu tak boleh, ini tak boleh'. Jika sidia memang mencari suri hati Muslimah atau sura hati Muslimin yang baik, pasti dia akan kagum dengan prinsip anda yang mementingkan kehormatan.


b. Hormati diri juga dilihat dari cara anda bertutur. Bahasa yang anda gunakan sangat penting. Saya tidak merujuk kepada bahasa Melayu, cina, Inggeris atau Tamil. Tetapi saya merujuk kepada adab dalam berbahasa.

Kata Mario Teguh 'Bahasa adalah penanda kelas'.

Bermaksud, walau anda berkereta mewah, walau memakai tudung berharga RM 200 sehelai, walau bergelang emas berlian batu zamrud, walau bertelekung jenama,tetapi jika anda tidak memiliki bahasa yang baik, anda tidak ber kelas , 'you're just not classy'.

Bahasa anda menunjukkan akhlak anda, menunjukkan samada anda menghormati diri anda dan orang lain atau tidak. Ada wanita atau jejaka yang jelita dan kacak, tetapi apabila berbicara, Masha Allah tidak menghormati kerana kata-kata atau intonasi sombong yang dikeluarkan dari mulut mereka. Ada orang yang tidak begitu jelita dan kacak, tetapi tutur kata mereka MashaAllah cantik dan berbahasa. Jika anda memang seorang yang mementingkan adab yang baik, bagaimana mungkin anda akan terpikat dengan sidia yang tidak baik adabnya? Jika anda terpikat sekalipun, anda mungkin dipilih Allah untuk mendapatkan pahala dalam mengubah sidia menjadi orang yang lebih baik dari segi akhlak dan budi bahasanya, Wallaua'lam.


Sayang dan hormati diri penting kerana ianya akan menumbuhkan rasa kagum dihati jodoh anda yang sebenar. Rasa kagum akan membuatkan sidia yang sebenar ingin menikahi dan dinikahi anda, kerana dia tahu anda akan menyayangi keluarga yang bakal dibina dan saling menghormati antara satu sama lain dalam mengemudi alam perkahwinan nanti.

Mungkin pendapat anda berbeza kerana anda melalui pengalaman yang berbeza. Pendapat anda hak anda. Saya sekadar berkongsi kisah yang boleh di baca untuk dijadikan teladan dan peringatan. Yang baik kita kongsikan, yang buruk dijadikan teladan. Wallua'lam.


Yang ikhlas,
Suffiya Rose
Penulis Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia.


*****************************************************************

Anda baru putus cinta?
Baru ditinggalkan kekasih?

Bacalah ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia by Suffiya Rose untuk mengubat hati anda.

Anda akan ketahui 25 idea untuk selalu bahagia dalam menanti jodoh tiba, 6 perkara perlu dilakukan untuk mendapatkan jodoh dan terdapat cara untuk menarik jodoh impian anda.





cover ebook enjoy! kembara bertemu bahagia yang baru














Wednesday, October 25, 2017

Apa maksudnya bila wanita yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang keji untuk wanita yang keji?


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)....".
An-Nur, Ayat 26, The Noble Quran.

Ayat diatas menjelaskan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.
Lelaki dan wanita yang baik tidak bermaksud mereka yang tidak pernah berbuat dosa, tetapi, wanita dan lelaki yang baik adalah mereka yang sentiasa berusaha menjadi baik.

Kita manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. Paling penting ialah kita mestilah selalu siasat diri. Jika kita terlajak dari landasan Allah, kita bertaubat. Jika kita semakin lalai dari menjalankan ibadah, kita kembali semula kepada Allah dengan taubat. Orang yang baik sentiasa berusaha siasat diri dan betulkan diri. Sebagai contoh, ada masanya kita susah sangat hendak menunaikan solat subuh. terlajak tidurlah, terlupa alarm clock lah, sudah bangun tapi tidur semula dan sebagainya.

Lelaki yang keji untuk wanita keji. Apa maksudnya?
Mungkin anda berfikir terdapat juga lelaki yang jahat, tetapi berkahwin dengan wanita yang baik. Ada juga wanita yang keji dan jahat tetapi berkahwin dengan lelaki yang baik. Mungkin itu caranya Allah hendak memberikan syurga kepada lelaki dan wanita yang baik yang berjodoh dengan yang keji. Waahu'alam. Seperti kisah Siti Asiah yang bersuamikan Firaun yang kejam dan mengaku dirinya sebagai Tuhan. Asiah yang kekal beriman kepada Allah walau diseksa sehingga mati. Tetapi, Asiah lah antara penghulu wanita di dalam syurga yang mewakili wanita-wanita yang teraniaya bersuamikan lelaki yang durjana.

Yang keji berjodoh dengan yang keji kerana masih mengamalkan cara hidup yang keji, tidak bertaubat dan tidak mahu mendekatkan diri dengan Penciptanya. Bangga dengan kemungkaran dan kemaksiatan, bangga dengan harta benda yang masih dinikmati walaupun membenci Tuhan. Inilah keji yang dapat saya fikirkan. Mungkin definasi anda tentang keji berlain dari saya, itu hak anda.

Paling penting, jika anda menginginkan seorang suami yang beramal soleh, beriman kepada Allah dengan cara yang Allah suruh, berbuat baik dengan ibu bapa, keluarga dan manusia yang lainnya, anda haruslah menjadi seperti siapa yang anda mahukan. Be the person you want to be with.

Anda mahukan isteri yang solehah dan berakhlak baik, anda haruslah mulakan dulu menjadi lelaki soleh. Jaga mata, jaga maruah, jaga solat dan jaga akhlak, barulah wanita idaman anda akan ditemui. Jika anda masih bergelumang dengan maksiat tetapi mengimpikan wanita solehah, sepertinya orang yang bekerja di tempat pembuangan sampah dan mahu beribadat di masjid, tetapi enggan mandi membersihkan diri dan mengambil wudhu. Cuba fikirkan. Oleh itu mandilah dulu dengan bertaubat berniat tidak ulangi kesilapan, slowly but surely menjadi muslim yang lebih baik. Barulah wanita idaman anda akan mula bergerak kearah anda.

Wallahu'alam.


Penemuan Jodoh itu satu pengembaraan, bukan perlumbaan.
-Suffiya Rose-
Copyright 2017
*********************





Friday, August 11, 2017

Baru Putus Cinta? 7 sebab mengapa anda harus bersyukur Alhamdulillah!!



Anda baru putus cinta, anda berada di tahap paling sedih dalam hidup anda. Tidak lalu makan, tidak lalu berkawan, tidak mahu bekerja, tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Anda kaku, tidak bermaya, anda benci kepada dunia dan sesiapa yang bahagia. Anda benci sidia dan anda benci diri anda. Ini adalah antara apa yang anda rasakan bukan? Saya sarankan berilah peluang kedua kepada diri anda. Bersyukurlah dan katakan Alhamdulillah.


Pasti anda tertanya-tanya kenapa perlu ALHAMDULILLAH syukur apabila putus cinta?

Jawapannya anda sudah ketahui tetapi anda buat-buat tidak tahu atau anda menafikan sepenuhnya.


Pertama,
Jika anda berniat dan mengimpikan mendapat jodoh yang soleh atau solehah, percintaan anda yang lepas adalah punca terhalangnya impian anda. Bagaimana mungkin anda boleh mendapatkan seorang yang meletakkan Allah didalam setiap tindak tanduknya sedangkan anda gila bercinta tanpa ingatkan Allah? Bersyukurlah anda sudah berhenti melakukan maksiat. Bagaimana anda boleh bertemu dengan sidia impian hati anda jika cara anda mendapatkannya hanya mengundang kemarahan Allah swt?



Kedua,
Anda sudah menjangkakan sidia akan meninggalkan anda. Jangan tipu diri sendiri. Tanda-tanda sudah kelihatan tetapi anda masih menafikan. Tanpa sebarang pesan, sidia terus pergi begitu sahaja tanpa rasa kasihan kepada anda. Anda menafikan cara sidia melayan anda, anda menafikan cara dia bercakap dengan anda, anda menafikan cara dia tidak melakukan sebarang usaha atau, jika ada nampak sangat separuh hati. Bersyukurlah anda tidak diherdik atau dimalukan dikhalayak ramai lagi. Bersyukurlah anda tidak dikasari lagi, bersyukurlah anda tidak perlu berusaha setiap masa untuk membuat sidia bahagia.


Ketiga,
Anda menggilai sidia sehingga anda buta mata dan hati. Ketahuilah bahawa, walaupun mata anda buta kerana terlalu mencintai, hati anda sentiasa nampak. Hati anda nampak akan bendera-bendera merah yang kelihatan pada dirinya. Tabiatnya, rutin hariannya dan prinsip hidupnya sangat berbeza dengan anda.


Keempat,
Teman rapat dan ahli keluarga sudah memberi amaran. Amaran tentang bagaimana sidia tidak secocok dengan anda, tidak sekufu atau tidak sepadan. Tidak secocok dan sepadan kerana anda seorang yang kemas, tetapi sidia seorang yang selekeh. Anda seorang yang mementingkan kebersihan, tetapi sidia mereput dalam kemalasan. Anda seorang yang bertungkus lumus untuk memenuhi kewajipan solat 5 waktu, walau berat anda tetap berusaha untuk menjadi Muslim yang mengamalkan Islam sebaiknya. Tetapi sidia selalu memperlekehkan dan memilih-milih untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Tidak sekufu pula selalunya dari sudut status. Anda datangnya dari golongan pertengahan yang kerjanya seperti hamba, kais pagi makan pagi, kais petang kadang-kadang tidak makan. Sidia pula, dari golongan bangsawan, petik sahaja jari, segalanya boleh didapati. Bersyukurlah anda tidak perlu lagi sentiasa menjelaskan mengapa sidia begitu begini kepada teman rapat dan keluarga. Anda tidak perlu lagi menerangkan mengapa sidia sombong sana sini.


Kelima,
Bersyukurlah kerana anda memang tidak berkenan dengan ibu bapanya dan ahli keluarganya. Ada sahaja yang tidak kena dengan diri anda, penampilan anda, pertuturan anda, kereta yang anda bawa, pelajaran anda yang tidak begitu 'up to their standard' dan sebagainya. Anda tahu ibu sidia tidak berkenan dengan anda juga. Selalunya perasaan tidak berkenan atau berkenan itu berlaku dua hala. Jika anda merasakannya, ibu bapa dan keluarga sidia juga sama.


Keenam,
Ibu bapa anda juga tidak berkenan dengan sidia. Mereka merasakan sidia sedang mengambil kesempatan atau apa sahaja sebab yang menyebabkan hati mereka tidak tenang. Benar, ada juga perhubungan yang berlangsung sampai ke anak cucu walaupun terdapat tentangan dari ibu bapa, tetapi mereka sentiasa tanpa henti berusaha untuk mengambil hati dengan melakukan pelbagai perkara untuk ibu bapa mereka. Memanglah bagus, tetapi memenatkan.


Ketujuh,
Nah! Anda boleh memperbetulkan usaha selari dengan niat anda. Jika anda mahu bertemu jodoh secepat mungkin, anda boleh mula memperbaiki diri dari pelbagai sudut, mental, emotional, spiritual dan fizikal.


****************************************************


Bagaimana mungkin anda dapat memulakan langkah dan menjadi seorang yang baru jika masih memegang erat kisah semalam? Si dia yang semalam milik orang lain. Bukan milik mu. Lepaskan kisah semalam yang menyakitkan. Bagaimana hendak melepaskan?

Minta ampun dari Allah..

Maafkan diri anda..

Maafkan dan lepaskan sidia yang lalu..

Bersyukur sidia bukan milikmu,

Berusaha bahagiakan diri..

Sibukkan dengan kerja amal sana sini..

Sibukkan dengan mencari ilmu,

Bahagiakan diri dengan sayangi ayah dan ibu..

Lepaskan dan maafkan,

Supaya minda dan hati kau tenang..

Baru Kau dapat menjemput jodoh yang sepadan,

Datangnya si dia tanpa kau jangka,

Datang bersama kasih sayang dan harapan..

(Petikan dari ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia (mukasurat 62) by Suffiya Rose.)



Oleh itu, bersyukurlah dan ucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih menyayangi anda dengan membawa anda keluar dari perhubungan yang menyedihkan dan memilukan. 
Anda masih berpeluang untuk bertemu seorang yang hebat yang Allah sudah tetapkan untuk anda.
InshaAllah.

-Suffiya Rose-


*************************************************

Anda sedang menantikan untuk bertemu jodoh? Sesekali berasa lelah dan hampir putus asa? Jom dapatkan ebook ini dengan segera!

Ianya akan membatu anda untuk senantiasa berbahagia sementara bertemu jodoh! Anda akan ketahui panduan-panduan yang akan membuat anda selalu berhati senang dan tenang. Penulisannya ringkas, padat, ada unsur humor, 'Quranic Law of Attraction' dan paling penting ianya sampai ke hati anda!
Selepas membaca, anda akan bertanya "Mengapa buku  motivasi jodoh sebegini tidak berada dipasaran dari dulu lagi?"
Dapatkan ebook ini sekarang dan anda akan ketahui bahawa 'Bertemu Jodoh itu satu Pengembaraan, bukan Perlumbaan!"
-Suffiya Rose-

 
Anda boleh mendapatkan ebook ini pada harga RM 15 dengan membelinya dari blog ini. Di ruang sebelah kanan atas profil penulis, anda boleh terus click and membelinya atau anda boleh whatsapp terus kepada penulis di 016-6734867 atau email kepada suffiyarose2017@gmail.com.





















Monday, May 15, 2017

Apa yang harus dilakukan sebelum Jodoh sampai?

illustration by Rosita Michael




Memang anda belum bertemu jodoh, tetapi anda tidak pernah kurang kasih sayang keluarga dan teman-teman anda. Mengapa perlu bersedih hanya kerana belum bertemu dengan jodoh anda?
Sambil berusaha bersungguh-sungguh dan menunggu hasil penemuan jodoh kita, kita dapat menikmati kasih sayang ibu bapa dan adik beradik kita  secara total. 

********************************************************************************

Petikan dari ebook yang bakal muncul berjudul Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia by Suffiya Rose.
Penulis boleh dihubungi di suffiyarose2017@gmail.com


Copyright Suffiya Rose 2017