Check out my Ebook & other Digital Products

Showing posts with label patah hati. Show all posts
Showing posts with label patah hati. Show all posts

Friday, August 11, 2017

Baru Putus Cinta? 7 sebab mengapa anda harus bersyukur Alhamdulillah!!



Anda baru putus cinta, anda berada di tahap paling sedih dalam hidup anda. Tidak lalu makan, tidak lalu berkawan, tidak mahu bekerja, tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Anda kaku, tidak bermaya, anda benci kepada dunia dan sesiapa yang bahagia. Anda benci sidia dan anda benci diri anda. Ini adalah antara apa yang anda rasakan bukan? Saya sarankan berilah peluang kedua kepada diri anda. Bersyukurlah dan katakan Alhamdulillah.


Pasti anda tertanya-tanya kenapa perlu ALHAMDULILLAH syukur apabila putus cinta?

Jawapannya anda sudah ketahui tetapi anda buat-buat tidak tahu atau anda menafikan sepenuhnya.


Pertama,
Jika anda berniat dan mengimpikan mendapat jodoh yang soleh atau solehah, percintaan anda yang lepas adalah punca terhalangnya impian anda. Bagaimana mungkin anda boleh mendapatkan seorang yang meletakkan Allah didalam setiap tindak tanduknya sedangkan anda gila bercinta tanpa ingatkan Allah? Bersyukurlah anda sudah berhenti melakukan maksiat. Bagaimana anda boleh bertemu dengan sidia impian hati anda jika cara anda mendapatkannya hanya mengundang kemarahan Allah swt?



Kedua,
Anda sudah menjangkakan sidia akan meninggalkan anda. Jangan tipu diri sendiri. Tanda-tanda sudah kelihatan tetapi anda masih menafikan. Tanpa sebarang pesan, sidia terus pergi begitu sahaja tanpa rasa kasihan kepada anda. Anda menafikan cara sidia melayan anda, anda menafikan cara dia bercakap dengan anda, anda menafikan cara dia tidak melakukan sebarang usaha atau, jika ada nampak sangat separuh hati. Bersyukurlah anda tidak diherdik atau dimalukan dikhalayak ramai lagi. Bersyukurlah anda tidak dikasari lagi, bersyukurlah anda tidak perlu berusaha setiap masa untuk membuat sidia bahagia.


Ketiga,
Anda menggilai sidia sehingga anda buta mata dan hati. Ketahuilah bahawa, walaupun mata anda buta kerana terlalu mencintai, hati anda sentiasa nampak. Hati anda nampak akan bendera-bendera merah yang kelihatan pada dirinya. Tabiatnya, rutin hariannya dan prinsip hidupnya sangat berbeza dengan anda.


Keempat,
Teman rapat dan ahli keluarga sudah memberi amaran. Amaran tentang bagaimana sidia tidak secocok dengan anda, tidak sekufu atau tidak sepadan. Tidak secocok dan sepadan kerana anda seorang yang kemas, tetapi sidia seorang yang selekeh. Anda seorang yang mementingkan kebersihan, tetapi sidia mereput dalam kemalasan. Anda seorang yang bertungkus lumus untuk memenuhi kewajipan solat 5 waktu, walau berat anda tetap berusaha untuk menjadi Muslim yang mengamalkan Islam sebaiknya. Tetapi sidia selalu memperlekehkan dan memilih-milih untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Tidak sekufu pula selalunya dari sudut status. Anda datangnya dari golongan pertengahan yang kerjanya seperti hamba, kais pagi makan pagi, kais petang kadang-kadang tidak makan. Sidia pula, dari golongan bangsawan, petik sahaja jari, segalanya boleh didapati. Bersyukurlah anda tidak perlu lagi sentiasa menjelaskan mengapa sidia begitu begini kepada teman rapat dan keluarga. Anda tidak perlu lagi menerangkan mengapa sidia sombong sana sini.


Kelima,
Bersyukurlah kerana anda memang tidak berkenan dengan ibu bapanya dan ahli keluarganya. Ada sahaja yang tidak kena dengan diri anda, penampilan anda, pertuturan anda, kereta yang anda bawa, pelajaran anda yang tidak begitu 'up to their standard' dan sebagainya. Anda tahu ibu sidia tidak berkenan dengan anda juga. Selalunya perasaan tidak berkenan atau berkenan itu berlaku dua hala. Jika anda merasakannya, ibu bapa dan keluarga sidia juga sama.


Keenam,
Ibu bapa anda juga tidak berkenan dengan sidia. Mereka merasakan sidia sedang mengambil kesempatan atau apa sahaja sebab yang menyebabkan hati mereka tidak tenang. Benar, ada juga perhubungan yang berlangsung sampai ke anak cucu walaupun terdapat tentangan dari ibu bapa, tetapi mereka sentiasa tanpa henti berusaha untuk mengambil hati dengan melakukan pelbagai perkara untuk ibu bapa mereka. Memanglah bagus, tetapi memenatkan.


Ketujuh,
Nah! Anda boleh memperbetulkan usaha selari dengan niat anda. Jika anda mahu bertemu jodoh secepat mungkin, anda boleh mula memperbaiki diri dari pelbagai sudut, mental, emotional, spiritual dan fizikal.


****************************************************


Bagaimana mungkin anda dapat memulakan langkah dan menjadi seorang yang baru jika masih memegang erat kisah semalam? Si dia yang semalam milik orang lain. Bukan milik mu. Lepaskan kisah semalam yang menyakitkan. Bagaimana hendak melepaskan?

Minta ampun dari Allah..

Maafkan diri anda..

Maafkan dan lepaskan sidia yang lalu..

Bersyukur sidia bukan milikmu,

Berusaha bahagiakan diri..

Sibukkan dengan kerja amal sana sini..

Sibukkan dengan mencari ilmu,

Bahagiakan diri dengan sayangi ayah dan ibu..

Lepaskan dan maafkan,

Supaya minda dan hati kau tenang..

Baru Kau dapat menjemput jodoh yang sepadan,

Datangnya si dia tanpa kau jangka,

Datang bersama kasih sayang dan harapan..

(Petikan dari ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia (mukasurat 62) by Suffiya Rose.)



Oleh itu, bersyukurlah dan ucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih menyayangi anda dengan membawa anda keluar dari perhubungan yang menyedihkan dan memilukan. 
Anda masih berpeluang untuk bertemu seorang yang hebat yang Allah sudah tetapkan untuk anda.
InshaAllah.

-Suffiya Rose-


*************************************************

Anda sedang menantikan untuk bertemu jodoh? Sesekali berasa lelah dan hampir putus asa? Jom dapatkan ebook ini dengan segera!

Ianya akan membatu anda untuk senantiasa berbahagia sementara bertemu jodoh! Anda akan ketahui panduan-panduan yang akan membuat anda selalu berhati senang dan tenang. Penulisannya ringkas, padat, ada unsur humor, 'Quranic Law of Attraction' dan paling penting ianya sampai ke hati anda!
Selepas membaca, anda akan bertanya "Mengapa buku  motivasi jodoh sebegini tidak berada dipasaran dari dulu lagi?"
Dapatkan ebook ini sekarang dan anda akan ketahui bahawa 'Bertemu Jodoh itu satu Pengembaraan, bukan Perlumbaan!"
-Suffiya Rose-

 
Anda boleh mendapatkan ebook ini pada harga RM 15 dengan membelinya dari blog ini. Di ruang sebelah kanan atas profil penulis, anda boleh terus click and membelinya atau anda boleh whatsapp terus kepada penulis di 016-6734867 atau email kepada suffiyarose2017@gmail.com.





















Saturday, April 22, 2017

Tanya Allah tentang Jodoh? Yakinlah jodohmu memang ada...

Illustration by Rosie Michael , Copyright 2017

Assalammualaikum para pembaca semua,

Entry ini adalah rentetan dari entry sebelum ini yang memberitahu akan kemunculan ebook bertajuk Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia (Panduan para pencari belahan jiwa).

Yang berikutnya adalah antara penceritaan prebiu buku tersebut. Dimulakan dengan 'problem statement' yang biasa dirasakan oleh mereka-mereka yang sudah lama menanti dipertemukan dengan jodoh masing-masing.

 ----------------------------------------------------------------------------

‘Apa yang aku rasa sementara menanti jodoh yang tak kunjung tiba..’

Umur semakin meningkat,
Jodoh belum nampak kelibat,
Bercinta berkali-kali,
Bagai nak rak tapi tidak ada yang menjadi..

Asyik ulang kesilapan yang sama
Sampai rasa menyampah dan putus asa..
Dah macam-macam usaha
Di katakan pula sebagai tidak mencuba..
Bila dah suka, sidia tidak berkenan
Bila diminati, kita pula malas nak layan..

Penat menanti, bingung dan bosan..
Namun jauh disudut hati, sentiasa mengharap jodoh ditemukan…

Jodoh itu…
Adakah dinanti, dikejar atau dicari?
Jika dinanti, mengapa tak kunjung tiba?
Jika di kejar, mengapa jauh larinya?
Jika dicari, dimana tempatnya?

Penat, sakit hati dan bosan…
Itu 3 rasa didalam perasaan..
Cuma, sementara menunggu datangnya jodoh..
Ada baiknya berdoa disulami tingginya harapan..
Kerana, bagaimana mungkin yang baik akan datang?
Jika perasaan sentiasa sedih dan tertekan?  



-Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia (e-ISBN 9789671485002)-

***************************************************

Kesimpulannya, para pencari belahan jiwa atau jodoh seringkali diselubungi rasa kecewa dan marah, sehingga ada yang berputus asa untuk berkahwin kerana belum bertemu dengan yang berkenan dihati.

Jika anda ada rasa berputus asa untuk bertemu jodoh, jangan! Ini kerana disaat anda mula berdoa, jodoh anda sudah menuju kearah anda, yang tidak diketahui adalah bila dan dimana. 

Ebook ini memberikan satu 'list' tindakan dan usaha yang boleh anda gunakan untuk berbahagia dalam perjalanan anda menuju jodoh anda. 

Penulis boleh dihubungi di email suffiyarose2017@gmail.com
Instagram #jodohquotes

Setiap email pasti akan dilayan dan di balas secepat mungkin.

Nantikan entry seterusnya.

Terima Kasih Semua Para Pencari Belahan Jiwa!



Suffiya Rose
Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia.
Copyright 2017

Illustrasi 
Rosie Michael Copyright 2017