Check out my Ebook & other Digital Products

Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Tuesday, November 24, 2020

Doa belum dimakbulkan? Jom kita kaitkan dengan tabung.

 

Assalammualaikum semua,

 Setelah sekian lama saya mula menulis kembali. Alhamdulillah dengan kesibukan memeriksa kertas exam para pelajar yang beratus-ratus, pelbagai lagi amanah yang harus saya siapkan, saya ada sedikit masa terluang untuk menulis di sini.

Akibat penutupan border, saya dan anak saya telah 8 bulan tidak bertemu dengan suami saya. Setiap hari saya memujuk anak saya dan hati saya agar bersabar dan sentiasa berdoa tanpa henti. Saya mengajar anak saya agar berdoa selalu supaya dapat bertemu dengan ayahnya tidak lama lagi. Kerinduan yang melampau hanya dapat diredakan dengan doa. Hati kita Allah SWT yang pegang. Jika sentiasa bersedih, hati kita dan badan kita letih. Sebab itulah doa membawakan harapan dan seterusnya doa menenangkan jiwa.

Tetapi, setelah berbulan-bulan berdoa, masih belum Allah SWT makbulkan. 

Kita sedia maklum untuk doa dimakbulkan, kita haruslah menguatkan usaha mendekati Allah dan melakukan apa yang disukaiNYA dan bukan apa yang dimurkaiNYA.

Tetapi, hati ini tertanya-tanya setelah berdoa bertubi-tubi dan melakukan apa yang Allah suruh, mengapa belum dimakbulkan?

Satu hari saya terfikir, cuba kita lihat bagaimana tabung duit itu digunakan. Setiap hari kita mengisi tabung denga duit tidak kira berapa amaunnya, mungkin RM 1, RM 10, 50sen atau 10sen. Tidak kiralah berapa tetapi jika kita tetap memasukkan duit tanpa henti, ia akan penuh satu hari nanti.

Mengapa saya samakan dengan tabung? Setiap manusia itu tabungnya berlainan saiz, ada orang tabungnya besar tapi dia isi jumlah banyak setiap hari, maka cepatlah tabung nya penuh. Ada orang tabungnya saiz kecil tetapi disebabkan dia isi duit hanya sekali sekala, maka lambatlah tabungnya hendak dipenuhi.

Ada orang yang tabungnya besar walau dia isi setiap hari, ia memakan masa yang lama hendak dipenuhi. Cuba bayangkan jika dia berhenti menabung? Maka tabungnya tidak akan pernah penuh.

Sudah tentu tiada siapa tahu saiz tabung kita melainkan Allah SWT. Sebab itu lah ada orang doa bertahun-tahun, setelah 15 tahun berkahwin dan berdoa barulah Allah berikan zuriat. Ada orang doa agar bertemu jodoh, contohnya seperti saya berdoa 10 tahun barulah Allah makbulkan doa saya apabila saya berkahwin di usia menghampiri 40 tahun. 

Sebenarnya Allah memakbulkan doa-doa kita, cuma cepat, lambat atau dimasa yang Allah tahu terbaik untuk kita.

Sehingga keluarga saya disatukan semula, saya akan sentiasa berdoa tanpa henti. Saya juga mendoakan famili-famili yang terpisah akibat penutupan border ini tidak kita di Malaysia, Singapura atau Brunei agar cepat disatukan, Amiiiiin Ya Rabb.

 

Sehingga entry yang seterusnya, Assalammualaikum.

 

Ditulis oleh Michael Rose @ Suffiyarose

Author Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia.

 



 

 

 

IG Jodohquotes dan Motivasi Muslim

FB & Youtube Suffiyarose Books and Design

 



 


 

Thursday, June 22, 2017

3 Panduan Kenali Siapa Jodohmu.


Adakalanya, anda yang baru berkenalan dengan seseorang yang dirasakan calon yang sesuai masih berasa ragu-ragu jika calon itu orangnya.


Tempoh perkenalan melibatkan pertukaran maklumat yang penting untuk dianalisa samada anda serasi dan sepadan dengan siDia. Setiap maklumat amat penting, tidak kira samada maklumat asas atau remeh tentang siDia. Maklumat-maklumat tersebut boleh menjadi red flags atau green light pada anda.


Disini, terdapat 3 panduan yang boleh anda gunakan untuk mengetahui jika sicalon yang sedang anda kenali tu benar-benar orangnya. Panduan-panduan ini datangnya dari Penulis yang bukan seorang Ustazah atau pakar motivasi, tetapi seorang yang telah melalui pelbagai pengalaman suka duka dalam pencarian jodohnya sehingga bertemu suaminya pada usia menghampiri 40 tahun.


Yang Pertama... Dengarkan Kata Naluri dengan bertanyakan pada Allah s.w.t.

 

illustration by Rosie Michael

Yang Kedua... Perhatikan usaha-usaha dan tindakannya.

Untuk wanita, usaha lelaki dapat dikenalpasti diawal perkenalan lagi.
Samada dia beriya-iya atau bersahaja selamba..

Untuk lelaki, usaha wanita dapat dikenalpasti dijawapan-jawapannya..
Samada dia beriya-iya atau sentiasa menunjukkan keraguannya..
 

 

Yang Ketiga...Perhatikan dan kenalpasti Nilai-nilai, pendirian, prinsip, pegangan dan kepercayaan calon jodoh tersebut.


Ambil sedikit masa untuk berfikir, bukannya masa untuk berjalan-jalan dan berpacaran..
Cukup mengetahui Agamanya dari segi ilmu dan amalan, juga tabiat dan rutin hariannya.

Manusia bersatu kerana ada keserasian dan kebersamaan nilai-nilai, prinsip, pendirian dan kepercayaan dalam kehidupan kedua-dua belah pihak.

Hanya dengan mempunyai persamaan dari sudut persoalan pokok kehidupan, segala cabaran dan permasalahan akan lebih mudah untuk di selesaikan.
 

1. Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia.

2. Siasat siapa jodohmu.

Nantikan kemunculan 2 ebook diatas. 

Jika anda berminat, email kepada suffiyarose2017@gmail.com


Copyright Suffiya Rose 2017

All Rights Reserved.


Saturday, April 29, 2017

Jodoh itu cepat atau lambat? Prebiu ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia by Suffiya Rose

 
 
illustration by Rosita Michael


  


Assalammualaikum Para Pembaca sekalian,
Seperti yang saya janjikan, entry berikutnya adalah penceritaan disalah satu muka surat di dalam ebook bertajuk Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia by Suffiya Rose.

**********************************************************************
Cuba fahami, siapa kita untuk menghakimi jika seseorang itu belum bertemu jodoh?

Seseorang tidak boleh menentukan siapa yang bakal dinikahi atau menikahi kerana jodoh itu di ‘endorse’ oleh Allah s.w.t.

Memperhebatkan peribadi dan kasih sayang antara dirinya dengan Allah s.wt, keluarga, sahabat handai dan orang disekelilingnya adalah sesuatu dalam kawalannya. Dia tidak boleh memaksa seseorang itu menikahi atau dinikahinya.

Ada yang menikah diusia yang sangat muda,
Diragui akan keupayaan menyara hidup berkeluarga..
Ada yang menikah diusia yang dianggap sudah tua,
Diragui pula keupayaan untuk melahirkan anak-anak dan membina rumahtangga…
Kalau diteliti lebih dalam..
Yang menikah muda sudah dipilih Allah
Kerana sudah bersedia memikul tanggungjawab dibahu..
Walau belum bersedia, Allah tahu dia mampu..
Yang menikah lewat bukan melengah dengan sengaja..
Usaha setengah gila tetapi Allah tahu dia belum bersedia..


Sedutan dari ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia
Suffiya Rose Copyright 2017
suffiyarose2017@gmail.com

Saturday, April 22, 2017

Tanya Allah tentang Jodoh? Yakinlah jodohmu memang ada...

Illustration by Rosie Michael , Copyright 2017

Assalammualaikum para pembaca semua,

Entry ini adalah rentetan dari entry sebelum ini yang memberitahu akan kemunculan ebook bertajuk Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia (Panduan para pencari belahan jiwa).

Yang berikutnya adalah antara penceritaan prebiu buku tersebut. Dimulakan dengan 'problem statement' yang biasa dirasakan oleh mereka-mereka yang sudah lama menanti dipertemukan dengan jodoh masing-masing.

 ----------------------------------------------------------------------------

‘Apa yang aku rasa sementara menanti jodoh yang tak kunjung tiba..’

Umur semakin meningkat,
Jodoh belum nampak kelibat,
Bercinta berkali-kali,
Bagai nak rak tapi tidak ada yang menjadi..

Asyik ulang kesilapan yang sama
Sampai rasa menyampah dan putus asa..
Dah macam-macam usaha
Di katakan pula sebagai tidak mencuba..
Bila dah suka, sidia tidak berkenan
Bila diminati, kita pula malas nak layan..

Penat menanti, bingung dan bosan..
Namun jauh disudut hati, sentiasa mengharap jodoh ditemukan…

Jodoh itu…
Adakah dinanti, dikejar atau dicari?
Jika dinanti, mengapa tak kunjung tiba?
Jika di kejar, mengapa jauh larinya?
Jika dicari, dimana tempatnya?

Penat, sakit hati dan bosan…
Itu 3 rasa didalam perasaan..
Cuma, sementara menunggu datangnya jodoh..
Ada baiknya berdoa disulami tingginya harapan..
Kerana, bagaimana mungkin yang baik akan datang?
Jika perasaan sentiasa sedih dan tertekan?  



-Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia (e-ISBN 9789671485002)-

***************************************************

Kesimpulannya, para pencari belahan jiwa atau jodoh seringkali diselubungi rasa kecewa dan marah, sehingga ada yang berputus asa untuk berkahwin kerana belum bertemu dengan yang berkenan dihati.

Jika anda ada rasa berputus asa untuk bertemu jodoh, jangan! Ini kerana disaat anda mula berdoa, jodoh anda sudah menuju kearah anda, yang tidak diketahui adalah bila dan dimana. 

Ebook ini memberikan satu 'list' tindakan dan usaha yang boleh anda gunakan untuk berbahagia dalam perjalanan anda menuju jodoh anda. 

Penulis boleh dihubungi di email suffiyarose2017@gmail.com
Instagram #jodohquotes

Setiap email pasti akan dilayan dan di balas secepat mungkin.

Nantikan entry seterusnya.

Terima Kasih Semua Para Pencari Belahan Jiwa!



Suffiya Rose
Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia.
Copyright 2017

Illustrasi 
Rosie Michael Copyright 2017