Check out my Ebook & other Digital Products

Showing posts with label sidia jodohku?. Show all posts
Showing posts with label sidia jodohku?. Show all posts

Saturday, August 5, 2017

Adakah lelaki itu jodohmu? Lihat tindakan dan usahanya.-Suffiya Rose-



Bagaimana mungkin lelaki itu dapat membahagiakanmu jika setiap usaha kau yang harus mulakan dahulu?

#jodohquotes

by Suffiya Rose.



Kepada wanita-wanita di luar sana pasti ada yang mengalami masalah seperti diatas.

Jika anda yang bersungguh-sungguh berusaha melakukan pelbagai perkara untuk membahagiakan lelaki yang anda cintai, tetapi sidia bersahaja tanpa sebarang usaha. Yakinlah, anda akan terpaksa berusaha 500% lebih lagi sekiranya anda mengahwininya. Sidia langsung tidak menghormati anda dan berlagak seolah-olah anda lah yang terhegeh-hegeh mengejar cintanya. Sedangkan sidia, jika anda berani bertanyakan soalan seperti bila hendak masuk meminang atau bila ingin menikahi anda, kemungkinan besar jawapan sidia selamba dan menangguh-nangguh.

Tinggalkan lelaki seperti ini kerana sidia hanya mahu menjadikan anda teman part-time, bukan full-time.

Dalam Islam, Cinta adalah tanggungjawab. Muslimin yang baik pasti akan bertanggungjawab terhadap Muslimah yang dicintai dengan menikahinya secepat mungkin. Kasih sayang dan cinta harus disulami dengan tanggungjawab dari segi menanggung apa sahaja keperluan.

Jika lelaki itu memberikan jawapan seperti " kita bercintalah setahun dua dulu, barulah kita tengok kemana perhubungan ini akan membawa kita". Cepat-cepatlah anda tinggalkan lelaki seperti ini.

Mengapa? Pada akhirnya wanita juga yang akan rugi. Buktinya? Jika si lelaki mempunyai ramai kenalan dan teman wanita, dia dipanggil dengan panggilan yang cantik bunyinya seperti kasanova, romeo atau playboy. Cuba perhatikan apa panggilan yang dilemparkan kepada wanita yang memiliki sifat yang sama? Perkataannya yang digunakan sangat buruk bunyinya. Cuba anda fikirkan apa perkataan-perkataan yang selalu di gunakan oleh masyarakat terhadap wanita yang sering bertukar pasangan atau berpeleseran dengan lelaki? Teruk kan bunyinya?

Oleh itu, jika anda menghormati diri anda, menghormati Islam sebagai pegangan hidup anda, menghormati ibu bapa anda yang telah bersusah payah membesarkan anda dengan sebaiknya, anda ada pelajaran, ada sedikit harta, rupa paras anda kemas dan cantik. Carilah lelaki yang menyayangi anda kerana Allah. Apa maksudnya? Sidia sayang anda kerana Allah dengan ingin menikahi anda tanpa bertangguh-tangguh.

Semoga anda bertemu jodoh anda tidak lama lagi.



By Suffiya Rose
















Saturday, April 22, 2017

Tanya Allah tentang Jodoh? Yakinlah jodohmu memang ada...

Illustration by Rosie Michael , Copyright 2017

Assalammualaikum para pembaca semua,

Entry ini adalah rentetan dari entry sebelum ini yang memberitahu akan kemunculan ebook bertajuk Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia (Panduan para pencari belahan jiwa).

Yang berikutnya adalah antara penceritaan prebiu buku tersebut. Dimulakan dengan 'problem statement' yang biasa dirasakan oleh mereka-mereka yang sudah lama menanti dipertemukan dengan jodoh masing-masing.

 ----------------------------------------------------------------------------

‘Apa yang aku rasa sementara menanti jodoh yang tak kunjung tiba..’

Umur semakin meningkat,
Jodoh belum nampak kelibat,
Bercinta berkali-kali,
Bagai nak rak tapi tidak ada yang menjadi..

Asyik ulang kesilapan yang sama
Sampai rasa menyampah dan putus asa..
Dah macam-macam usaha
Di katakan pula sebagai tidak mencuba..
Bila dah suka, sidia tidak berkenan
Bila diminati, kita pula malas nak layan..

Penat menanti, bingung dan bosan..
Namun jauh disudut hati, sentiasa mengharap jodoh ditemukan…

Jodoh itu…
Adakah dinanti, dikejar atau dicari?
Jika dinanti, mengapa tak kunjung tiba?
Jika di kejar, mengapa jauh larinya?
Jika dicari, dimana tempatnya?

Penat, sakit hati dan bosan…
Itu 3 rasa didalam perasaan..
Cuma, sementara menunggu datangnya jodoh..
Ada baiknya berdoa disulami tingginya harapan..
Kerana, bagaimana mungkin yang baik akan datang?
Jika perasaan sentiasa sedih dan tertekan?  



-Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia (e-ISBN 9789671485002)-

***************************************************

Kesimpulannya, para pencari belahan jiwa atau jodoh seringkali diselubungi rasa kecewa dan marah, sehingga ada yang berputus asa untuk berkahwin kerana belum bertemu dengan yang berkenan dihati.

Jika anda ada rasa berputus asa untuk bertemu jodoh, jangan! Ini kerana disaat anda mula berdoa, jodoh anda sudah menuju kearah anda, yang tidak diketahui adalah bila dan dimana. 

Ebook ini memberikan satu 'list' tindakan dan usaha yang boleh anda gunakan untuk berbahagia dalam perjalanan anda menuju jodoh anda. 

Penulis boleh dihubungi di email suffiyarose2017@gmail.com
Instagram #jodohquotes

Setiap email pasti akan dilayan dan di balas secepat mungkin.

Nantikan entry seterusnya.

Terima Kasih Semua Para Pencari Belahan Jiwa!



Suffiya Rose
Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia.
Copyright 2017

Illustrasi 
Rosie Michael Copyright 2017