Check out my Ebook & other Digital Products

Showing posts with label ebook jodoh malaysia. Show all posts
Showing posts with label ebook jodoh malaysia. Show all posts

Thursday, January 4, 2018

Hand-Lettering + Floral Wreath Illustrations with Rosita Michael (Suffiya Rose Books and Desings)



Pens, more pens!



Hand-lettering doesn’t require any talent, you only need to start and practice.
There is a saying that ‘You don’t have to be great to start, but you have to start to be great’.
So now is your chance to learn Hand lettering and personalise your cards and posters for your loved ones.
So, what will you learn in this workshop?
1. The fundamentals of hand lettering;
2. How to style-up your Alphabets
3. Variations of lettering
4. Wreath illustrations
On top of that, you will get a Free Guidebook and Practice Sheets.
Not to forget, materials and light refreshments are provided.
Thanks and hope to see you in my workshop.
Ms. Rosita Michael
Date: 21st January 2018
Venue : USJ 18, Subang Jaya.
Time : 2.30pm to 5.30pm
Fee : RM 95.00
Assalammualaikum semua,
Anda tidak memerlukan bakat untuk menulis tulisan cantik, anda hanya perlu memulakan dan berlatih untuk menulis. Jika anda Ingin menulis kad dan Poster untuk mereka yang tersayang, marilah daftar ke kelas saya hari ini.
Apa yang akan anda pelajari?
1. Asas penulisan tulisan cantik
2. Cara pelbagaikan style abjad
2. Cara pelbagaikan perkataan
3. Lukisan gelung bunga
Anda akan di berikan buku panduan menulis dan helaian kertas latihan dengan percuma.
Bahan-penulisan di sediakan untuk kegunaan ketika didalam kelas. Jamuan ringan juga di sediakan.
PM untuk daftar hari ini😀😀😀🌹
Puan Rosita Michael





Want to join our classes? Suffiya Rose Books and Desgns

Saturday, August 5, 2017

Adakah lelaki itu jodohmu? Lihat tindakan dan usahanya.-Suffiya Rose-



Bagaimana mungkin lelaki itu dapat membahagiakanmu jika setiap usaha kau yang harus mulakan dahulu?

#jodohquotes

by Suffiya Rose.



Kepada wanita-wanita di luar sana pasti ada yang mengalami masalah seperti diatas.

Jika anda yang bersungguh-sungguh berusaha melakukan pelbagai perkara untuk membahagiakan lelaki yang anda cintai, tetapi sidia bersahaja tanpa sebarang usaha. Yakinlah, anda akan terpaksa berusaha 500% lebih lagi sekiranya anda mengahwininya. Sidia langsung tidak menghormati anda dan berlagak seolah-olah anda lah yang terhegeh-hegeh mengejar cintanya. Sedangkan sidia, jika anda berani bertanyakan soalan seperti bila hendak masuk meminang atau bila ingin menikahi anda, kemungkinan besar jawapan sidia selamba dan menangguh-nangguh.

Tinggalkan lelaki seperti ini kerana sidia hanya mahu menjadikan anda teman part-time, bukan full-time.

Dalam Islam, Cinta adalah tanggungjawab. Muslimin yang baik pasti akan bertanggungjawab terhadap Muslimah yang dicintai dengan menikahinya secepat mungkin. Kasih sayang dan cinta harus disulami dengan tanggungjawab dari segi menanggung apa sahaja keperluan.

Jika lelaki itu memberikan jawapan seperti " kita bercintalah setahun dua dulu, barulah kita tengok kemana perhubungan ini akan membawa kita". Cepat-cepatlah anda tinggalkan lelaki seperti ini.

Mengapa? Pada akhirnya wanita juga yang akan rugi. Buktinya? Jika si lelaki mempunyai ramai kenalan dan teman wanita, dia dipanggil dengan panggilan yang cantik bunyinya seperti kasanova, romeo atau playboy. Cuba perhatikan apa panggilan yang dilemparkan kepada wanita yang memiliki sifat yang sama? Perkataannya yang digunakan sangat buruk bunyinya. Cuba anda fikirkan apa perkataan-perkataan yang selalu di gunakan oleh masyarakat terhadap wanita yang sering bertukar pasangan atau berpeleseran dengan lelaki? Teruk kan bunyinya?

Oleh itu, jika anda menghormati diri anda, menghormati Islam sebagai pegangan hidup anda, menghormati ibu bapa anda yang telah bersusah payah membesarkan anda dengan sebaiknya, anda ada pelajaran, ada sedikit harta, rupa paras anda kemas dan cantik. Carilah lelaki yang menyayangi anda kerana Allah. Apa maksudnya? Sidia sayang anda kerana Allah dengan ingin menikahi anda tanpa bertangguh-tangguh.

Semoga anda bertemu jodoh anda tidak lama lagi.



By Suffiya Rose
















Wednesday, July 26, 2017

Bersiap sedialah, jodohmu sampai bila-bila masa sahaja!

Bertemu jodoh itu satu pengembaraan, bukan perlumbaan- Suffiya Rose, Author of Ebook Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia



 Tidak perlu bertanya Bila jodohku sampai? Anda tidak akan pernah boleh mengawal bila, siapa dan dimana akan bertemu jodoh. Apa yang anda boleh kawal ialah persiapan diri anda dari segi mental, fizikal, emosional dan paling penting kerohanian anda. 

Anda akan 'menarik' jodoh yang sebenar setelah anda betul-betul bersedia. Bagaimana anda tahu anda bersedia? Tanya Allah dan anda akan dapati adakah hati anda berasa berat dan gelisah atau tenang dan bahagia? Perhatikan apa kata hati anda.

*************************************************** 

Anda sedang menantikan untuk bertemu jodoh? Sesekali berasa lelah dan hampir putus asa? Jom dapatkan ebook ini dengan segera!

Ianya akan membatu anda untuk senantiasa berbahagia sementara bertemu jodoh! Anda akan ketahui panduan-panduan yang akan membuat anda selalu berhati senang dan tenang. Penulisannya ringkas, padat, ada unsur humor, 'Quranic Law of Attraction' dan paling penting ianya sampai ke hati anda!
Selepas membaca, anda akan bertanya "Mengapa buku  motivasi jodoh sebegini tidak berada dipasaran dari dulu lagi?"
Dapatkan ebook ini sekarang dan anda akan ketahui bahawa 'Bertemu Jodoh itu satu Pengembaraan, bukan Perlumbaan!"
-Suffiya Rose-





If you :-
1. Need some good motivation on staying positive and optimistic on finding your soulmate; and
2. Want to find answers to mind-boggling questions on the matter of Jodoh/Soulmate, 
Then, this is the Ebook for you!

It is in PDF format, newly published ebook written in Bahasa Malaysia, filled with lovely hand-drawn illustrations with motivating and inspiring relationship/Jodoh quotes. It's light, injected with light humor and lots of illustrations.

Readers are encourage to follow the journey of the book by applying the actions provided in it. Reders will feel calm and at ease after reading the book, that is for sure!

The Author, Suffiya Rose is a Lecturer and has been lecturing for the past 12 years in Business Management field. Found her soulmate when she was approaching 40 years of age. She wants to share her experience on what are the things that will make you happy and optimistic while waiting for your soulmate.


Saturday, July 8, 2017

Ketahuilah tentang Jodoh yang amat memotivasikan di dalam ebook bertajuk Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia, e-ISBN no. 9789671485002




Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia, Panduan Para Pencari Cinta Belahan Jiwa e-ISBN no. 9789671485002


Anda sedang menantikan untuk bertemu jodoh? Sesekali berasa lelah dan hampir putus asa? Dapatkan ebook ini dengan segera!

Ianya akan membantu anda untuk senantiasa berbahagia sementara bertemu jodoh! Anda akan ketahui panduan-panduan yang akan membuat anda selalu berhati senang dan tenang. Penulisannya ringkas, padat, ada unsur humor, 'Quranic Law of Attraction' dan paling penting ianya sampai ke hati anda!
Selepas membaca, anda akan bertanya "Mengapa buku  motivasi jodoh sebegini tidak berada dipasaran dari dulu lagi?"
"Memang aku belum bertemu jodoh dan aku tidak tahu siapa, bila dan dimana akan aku jumpa. Tetapi apa yang boleh aku kawal adalah mind-set dan perasaan sementara menunggu jodohku sampai"
Dapatkan ebook ini sekarang dan anda akan ketahui bahawa 'Bertemu Jodoh itu satu Pengembaraan, bukan Perlumbaan!"
-Suffiya Rose-



Maklumbalas/Review Pembaca
 "Buku ini sesuai untuk semua lapisan umur, tidak kira yang sudah atau belum bertemu jodoh. Penyampaiannya menarik dan mampu mencuit hati pembaca dengan cara yang tersendiri. Apa yang Penulis hadapi, sebenarnya dilalui semua orang yang sedang mencari jodoh juga. Panduan-panduan yang ada memang betul-betul boleh diguna pakai. Saya tertanya-tanya mengapa waktu saya bujang dulu, tidak terdapat panduan-panduan yang menarik seperti yang ada didalam buku ini? Rugi kalau tak baca buku ni!
-Baiti H., Malaysia- 



" Penulisan yang paling jujur tentang jodoh yang pernah saya baca. Ebook ini menjawab pelbagai persoalan yang bermain diminda dan hati saya. Ringkas tetapi padat dan sampai ke hati pembaca. Terdapat juga quotes yang berilustrasi menarik dan original."
-Zayda.N, Registered Nurse, Malaysia-



"It's light, humour injected, faith evoking and debonair. I like it that the Author actually engaging with the reader eventhough the reader is monologue-ing the structured points." 
-Diana Osman, Physiotherapist, Singapura- 



1. Tujuan ebook ini ditulis.
Niat utama Penulis adalah untuk 'reach-out' kepada seberapa ramai para pencari belahan jiwa atau pencari jodoh diluar sana supaya tetap yakin dan berbahagia dalam pencarian.
Pencarian tentang apa?
Tentang Jodoh, ADA atau TIADA?
Bagaimana?
Penulis menggalakkan pembaca mengikuti panduan-panduan yang telah di 'highlight' kan  untuk kekal optimis, positif dan bahagia sementara menanti jodoh tiba.

2. Siapa digalakkan untuk membaca?
A.  Para pencari belahan jiwa atau jodoh, yang selalu bertanya soalan-soalan yang mengganggu  minda dan jiwa. Antaranya,
Siapa jodohku?
Memang ada atau tidak ada jodohku ini?
Jika ada, kenapa tidak kunjung tiba?
Bila jodohku sampai?
Haruskah aku mencari atau menanti?
Apakan tujuan untuk mendapatkan jodoh?
B. Para pencari belahan jiwa yang lelah dalam pencarian, pelbagai usaha dijalankan tetapi masih gagal sehingga ada perasaan putus asa.
C. Mereka yang masih Single yang memilih untuk merahsiakan pencarian jodoh kerana tertekan oleh pendapat orang sekeliling.

3. Apa transformasi atau faedah yang bakal pembaca dapat setelah membaca buku ini?
A. Memahami dan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang menggangu minda dan jiwa.
    
B. Tindakan atau strategi yang boleh membantu mendapatkan atau menemukan jodoh.
C. Para pencari jodoh menjadi semakin tenang, yakin diri dan tahu apa yang harus dilakukan dan tidak patut dilakukan.
                      
4. Apa kelainan ebook ini?
   i. Style Penulisan dan bahasa yang digunakan ringkas tetapi padat dan sampai kepada pembaca;
  ii. Penulis telah mencuba panduan-panduan yang diketengahkan dan telah berjaya dalam penemuan jodohnya;
 iii. Penyampaiannya santai dan terselit humor ringan;
 iv. Pembaca dapat merasakan yang penulis memahami situasi mereka kerana penulis sendiri pernah mengalama masalah yang sama;
v. Terdapat kata-kata hikmah atau quotes tentang jodoh yang dipenuhi illustrasi yang menarik.

5. Tentang Penulis
Seorang Pensyarah yang telah bertemu jodoh sewaktu umurnya menghampiri 40 tahun. Memahami dilemma dan kesulitan para pencari belahan jiwa. Penulis ingin berkongsi pengalaman dan tindakan yang patut dan tidak patut diambil supaya kembara pencarian jodoh sentiasa membahagiakan.

6. Cara Pembelian ebook ini.
1. Email terus kepada penulis di suffiyarose2017@gmail.com; atau WhatsApp ke +60166734867
2. Buat pembayaran dan emailkan/WhatsApp kan bukti pembayaran;
3. Penulis akan emailkan ebook tersebut.
4. Enjoy!
7. Harga ebook adalah RM 15.00 (Malaysia), $5 (Singapura dan Brunei)
 Copyright Suffiya Rose 2017
All Rights Reserved.

Facebook page : Suffiyarose Books and Design