Check out my Ebook & other Digital Products

Tuesday, December 13, 2011

Menu Sihat- Kari Ayam tanpa minyak, santan dan MSG

Menu untuk 3-4 orang


Bawang besar 2 biji dan bawang putih 3 ulas (di kisar halus)
Serbuk kari (untuk daging ayam atau daging) 3-4 sudu besar
Air asam jawa- satu sudu besar
Garam secukup rasa
1 sudu besar gula kasar atau gula perang


Air 1-2 cawan
Daging ayam- potong kecil atau besar ikut kesukaan anda.
Kentang 2-3 biji, ikut kesukaan anda.
Sebatang serai
Daun Ketumbar

Cara memasak:-

1. Bancuhkan serbuk kari, bawang yang dikisar dengan 2-3 cawan air.
2. Masukkan kedalam periuk dan hidupkan api yang sederhana besar, apabila mula menggelegak tukar kepada api sederhana kecil.
3. Biarkan selama 20 minit, jangan lupa untuk kacau kuah kari tersebut setiap 5-7 minit.
4. Masukkan daging ayam dan kentang dan biarkan selama 10 minit dengan api yang sederhana kecil, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan sebatang serai dan daun ketumbar, kemudian biarkan kuah dan ayam masak selama 10 minit lagi.


Nota: Jika anda perhatikan menu ini memerlukan masa memasak yang agak lama. Ini adalah kerana bahan-bahan seperti bancuhan bawang yang dikisar dengan serbuk kari masih lagi mentah jika tidak ditumis dengan minyak. Oleh itu, masa antara 20-30 minit diperlukan untuk memasak bahan-bahan untuk kuah diatas api yang sederhana kecil. Juga, jika kuah terlalu sedikit, bolehlah ditambahkan air dan sedikit garam.


Selamat Mencuba!



Hakmilik terpelihara Rosita Arman Michael 2011