Check out my Ebook & other Digital Products

Thursday, January 19, 2012

Tanya Allah tentang jodoh, jawapan ada dalam bentuk kata hati dan bahasa alam


Bagi yang belum ada jodoh dan menginginkannya, sandara/i… mulai sekarang harus bersedia dan yakin diri saudara/i itu mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
Harus sedia menerima pilihan terbaik di sisi Allah. Hati dan fikiran yang terbuka atas keyakinan dan penyerahan total pada Allah SWT.
Ketika benar-benar sudah bersedia, sentiasalah menyedari Allah bersama keyakinan bahawa Allah sedang dalam memproses pertemuan dengan jodoh saudara/i dan seterusnya dinikahkan.
Untuk mendapatkan jodoh seperti yang diinginkan, saudara/i harus menjadi seperti apa yang saudara/i inginkan.
Inginkan yang baik, sikap saudara/i juga harusnya baik. Ingin dipercayai, saudara/i juga harus menjadi orang yang dipercayai…. dan seterusnya apa jua yang saudara/i inginkan.
Saudara/i harus bersedia menerima pilihan Allah kerana bersedia ini menjadikan saudara/i orang yang dipercayai Allah. InshaAllah akan disatukan nanti saudara/i dengan jodoh saudara/i.
Bersedialah…. siap!! Saya menunggu jemputan meraikan perkahwinan saudara/i. 100% yakin pada Allah.
Dipetik dari www.fuadlatip.com

Tengahari tadi sewaktu selesai menunaikan solat zuhor berjemaah di masjid kelana jaya, saya ternampak sebuah buku yang dijilid rapi bertajuk 'i love Allah'. Lalu sepantas kilat tangan mencapai dan terus membaca isi kandunganya.
saya memang peminat tegar buku2 motivasi,  dan selalu ingin mengambil tahu tentang siapakah pakar2 motivasi terkini dan bagaimana cara memberikan inspirasi dan memotivasikan para pelajar saya. Tetapi nama Fuad Latip belum pernah saya dengar dan berasa kagum setelah mula membaca tulisan beliau tentang bagaimana berkomunikasi secara berterusan dengan Pencipta kita akan membuat kita kekal dalam memotivasikan diri kita.
Kita manusia biasa, apabila di uji barulah mula berdoa dan merintih serta merayu meminta pertolongan dari Allah. Apabila pulang dari seminar2 atau bengkel motivasi barulah ada adrenalin rush untuk berubah, jiwa berkobar2 dan meronta2 mahukan perubahan samada dalam diri sendiri atau pelajaran, hubungan kekeluargaan ataupun pekerjaan. Tetapi yang amat biasa berlaku setelah  berubah, ianya hanya sementara. Oleh itu Fuad Latip menegaskan bahawa adalah amat penting untuk terus bermotivasi dalam perubahan ialah 'CONSTANT COMMUNICATION WITH ALLAH'. 
Pasti ramai yang tertanya2 bagaimana hendak berkomunikasi dengan Allah dan mengapa?
Bagaimana? Dengan bercerita, berbual2 dengan Pencipta kita. Allah pasti tahu apa yang berada didalam hati kita tapi kita haruslah secara sedar bercerita untuk menunjukkan kesungguhan kita memerlukan Allah disetiap ketika.

Tatkala membaca lebih lanjut tulisan Fuad Latip, saya dengan sepantas kilat memahami dan seakan2 pernah terfikir tentang apa yang di kupas dan dikongsikan didalam tulisan beliau.
Sebagai contoh berkomunikasi dengan Allah, pasti anda tertanya2 takkan kita bercakap sendirian? Jangan risau, cakaplah didalam hati anda. Bukankah selama ini kita sentiasa ber 'mind-chat' dengan diri kita? itu yang di tekankan oleh Fuad Latip. Agak menggelikan hati kerana saya sendiri telah lama mengamalkan kaedah ini dimana saya sentiasa bercerita tentang perasaan dan tentang segalanya pada Allah. Paling saya suka semasa memandu kereta, baring2 di atas katil, juga semasa menonton tv, pelikkan?
Contoh apabila saya bercerita pada Allah, saya selalu kata begini 'Ya Allah, Engkau telah berikan aku segala2nya dan aku sangat bersyukur. Tapi kadang2 aku sedih jugak sebab aku belum lagi berumahtangga, aku sentiasa berusaha Ya Allah dan Kau tahu yang aku sangat bersungguh2 dalam usaha aku. Tapi kan Ya Allah, aku faham akan takdir Kau Ya Allah, sebelum ini aku tau aku jugak belum bersedia, tapi sekarang aku sudah bersiap sedia, oleh itu temukanlah aku dengan jodoh yang beriman yang Kau telah takdirkan untuk aku, aku yakin dengan doa ku Ya Allah'.
Di dalam buku FuadLatip itu juga saya ingin kongsikan satu doa dengan pembaca sekalian. Doa ini adalah untuk orang macam saya yang masih lagi berusaha untuk bertemu jodoh. 

DOA UNTUK KEKASIH

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannga jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah cukup Engkau sahaja yang menjadi pemelihara ku
Didunia dan diakhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian
Didunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia dapat sama2 membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah


Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan didunia dan kebahagiaan diakhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin…amin…ya rabbal alamin….


Baru-baru ini saya bukan sahaja ditinggalkan seminggu sebelum majlis pertunangan saya, malah difitnah pula. Alangkah hebat ujian Allah, saya menerima hakikat bahawa tiada jodoh antara saya dan dia. Cuma yang amat menyedihkan adalah cara dia memutuskan pertunangan dan juga tuduhan yang dilemparkan. 

Benarlah kata Fuad Latip, Allah memberikan tanda dan jawapan melalui dua cara, KATA HATI KITA dan BAHASA ALAM. Minda saya kata pasti boleh didalam meneruskan perhubungan dengan lelaki yang telah meninggalkan dan memfitnah saya, tetapi kata hati sentiasa berasa sebaliknya. Apabila ada percanggahan antara hati dan minda, jiwa menjadi tidak tenang. Saya amat menyayangi lelaki tersebut tetapi jiwa tidak pernah tenang semasa bersama dia.

Sekarang apa yang saya pelajari dari peristiwa yang saya lalui? saya harus sentiasa BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH, merayu dan merintih, mengadu dan bertanya tentang apa sahaja pada ALLAH. Pasti ada jawapannya, bagaimana? Pabila hati berasa sangat menginginkan atau tidak menginginkan setelah kita bertanya pada Allah.

Kepada sesiapa yang pernah melalui peristiwa kejam yang saya lalui ini, bersabar dan berceritalah dengan Allah, hati pasti menjadi tenang.....

**************************************

Fast forward ke Oktober 2017, pengalaman yang telah saya lalui dengan manusia yang membuat saya patah hati telah menjadikan saya manusia yang lebih baik. Saya telah menerbitkan ebook tentang motivasi jodoh yang bertajuk Enjoy! Kembara Bertemu Jodoh.


Tujuan ebook ini ditulis.
Niat utama saya adalah untuk 'reach-out' kepada seberapa ramai para pencari belahan jiwa atau pencari jodoh diluar sana supaya tetap yakin dan berbahagia dalam pencarian.
Pencarian tentang apa?
Tentang Jodoh, ADA atau TIADA?
Bagaimana?
Saya menggalakkan pembaca mengikuti panduan-panduan yang telah di 'highlight' kan  untuk kekal optimis, positif dan bahagia sementara menanti jodoh tiba.

Siapa digalakkan untuk membaca?
A.  Para pencari belahan jiwa atau jodoh, yang selalu bertanya soalan-soalan yang mengganggu  minda dan jiwa. Antaranya,
Siapa jodohku?
Memang ada atau tidak ada jodohku ini?
Jika ada, kenapa tidak kunjung tiba?
Bila jodohku sampai?
Haruskah aku mencari atau menanti?
Apakan tujuan untuk mendapatkan jodoh?
B. Para pencari belahan jiwa yang lelah dalam pencarian, pelbagai usaha dijalankan tetapi masih gagal sehingga ada perasaan putus asa.
C. Mereka yang masih Single yang memilih untuk merahsiakan pencarian jodoh kerana tertekan oleh pendapat orang sekeliling.

Apa transformasi atau faedah yang bakal pembaca dapat setelah membaca buku ini?
A. Memahami dan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang menggangu minda dan jiwa.   
B. Tindakan atau strategi yang boleh membantu mendapatkan atau menemukan jodoh.
C. Para pencari jodoh menjadi semakin tenang, yakin diri dan tahu apa yang harus dilakukan dan tidak patut dilakukan.
                      
Apa kelainan ebook ini?
   i. Style Penulisan dan bahasa yang digunakan ringkas tetapi padat dan sampai kepada pembaca;
  ii. Penulis telah mencuba panduan-panduan yang diketengahkan dan telah berjaya dalam penemuan jodohnya;
 iii. Penyampaiannya santai dan terselit humor ringan;
 iv. Pembaca dapat merasakan yang penulis memahami situasi mereka kerana penulis sendiri pernah mengalama masalah yang sama;
v. Terdapat kata-kata hikmah atau quotes tentang jodoh yang dipenuhi illustrasi lukisan tangan yang menarik.

Tentang Penulis
Seorang Pensyarah yang telah bertemu jodoh sewaktu umurnya menghampiri 40 tahun. Memahami dilemma dan kesulitan para pencari belahan jiwa. Penulis ingin berkongsi pengalaman dan tindakan yang patut dan tidak patut diambil supaya kembara pencarian jodoh sentiasa membahagiakan.

6. Cara Pembelian ebook ini.
1. 'Like' FB page Suffiya Rose Books and Designs dan click sign-up atau email terus kepada penulis di suffiyarose2017@gmail.com, juga boleh terus whatsapp ke 0166734867;
2. Buat pembayaran dan emailkan bukti pembayaran;
3. Penulis akan emailkan ebook tersebut.
4. Enjoy!
7. Harga ebook adalah RM 15.00 (Malaysia), $5 (Singapura dan Brunei)
 Copyright Suffiya Rose 2017
All Rights Reserved.


  







8 comments:

  1. I agree... God will always listen to our story no matter how good or bad it is... I also experience the same case as you and it hurt me a lot to know that the person you love doesn't have the same thinking as you... But now I understand what you are trying to say and I will move on... Thank you very much, missy...

    Cheryl

    ReplyDelete
  2. Thanks cheryl, let's keep to ourselves ....thanks for reading...

    ReplyDelete
  3. Sy pn mempunyai masalah yg sama. Kekasih sy akan berkhawin dengan pilihan keluarga.. Hampir 3 tahun sy menunggu dan inilah yg sy dpt. Hanya allah yg tahu betape hancurnya hati sy. Sy sedang mencari kekuatan untuk menghadapinya... Sy lemah...sy x kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear anonymous,

      awak kuat sebenarnya, teruskan berdoa dan minta kekuatan dari Allah, Allah pasti tolong....

      macammana saya tahu? sebab saya telah melaluinya. saya bangkit kerana hidup saya ini milik Allah dan saya teruskan berdoa tanpa henti agar Allah menemukan saya dengan jodoh belahan jiwa saya. Sekarang saya sudah berumahtangga dengan seorang manusia yang sangat baik hatinya dan tingkah lakunya. Rupanya Allah memang telah mempersiapkan seorang jodoh yang terbaik untuk saya. Perbezaan antara suami saya dengan bekas kekasih saya itu seperti langit dan bumi. Saya malu pada Allah kerana pernah menangisi ditinggalkan bekas kekasih saya sedangkan Allah telah menyediakan manusia hebat menjadi suami saya.

      Maksud saya disini, jika kita ditinggalkan atau di khianati kekasih, biarkan dia pergi kerana dengan kepergian dialah, belahan jiwa peribadi indah akan mendatangi kita....Aaaameen Ya Waddud...

      Delete
  4. saya bt mcm yg sis buat...berharap sgt Allah mudahkan jalan-jalan saya utk memiliki jodoh dunia akhirat sy. Pernah ade serius r/ship tp ibu bapa lelaki xrestu..pedih sgt. Msh bhrp ade keajaiban yg Allah berikan utk sy.

    ReplyDelete
  5. mcm mane agaknye kalu kita dh kawen...suami kita plak tau2 dh kawen lain....kita kecewa sgt2....sampai kita rase dh x bahagia....asyik begaduh.....sama mcm awak..hari ini minda saya berkata saya mampu teruskan walau dalam kecewa ....tp jiwa saya sll rasa x tenang....dan x pernah lagi bahagia..dgn nya...cuma sy paksa diri...utk bahagia bila tiba giliran sy.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ada Allah, dan kita tahu kita sentiasa diuji, Su diuji sebegitu dan bergantung pada Su untuk menjadi lebih kuat atau lebih lemah, semuanya pilihan. Suami Su sudah tidak boleh diubah, tetapi minda dan jiwa Su adalah milik Su. Jangan dipersiakan dengan ratapan kekecewaan yang berpanjangan. Sentiasa berbual dan mengadu pada Allah, terus terusan berdoa semoga kebahagiaan menjadi teman rapat Su. Kebahagiaan adalah milik Su, bukan kerana diberikan oleh suami Su, tetapi diberikan oleh Allah, mintalah dan bahagiakanlah diri untuk anak2. Bila fokus Su berubah, hidup Su pasti akan berubah...InshaAllah boleh!

      Delete
  6. Saya pun mengalami mslh yg sama dgn puan...5 thn berkwn...dh berjnji mcm2 akhirnya dia putuskn hbngn kami dgn pelbgai alasan
    Tak sampai setahun putus, dia nikah dgn org lain...

    remuk dan hncurnya hati ni Allah je yg tau. Terasa diri ini tak dihargai lngsung..

    tpi sya yakin...semua yg berlaku ni pasti ada hikmahnya dan Allah sdg aturkn yg terbaik utk sya...

    dgn keyakinan ini sya cuba tabahkan hati dan mencari kekuatan diri...

    ReplyDelete