Check out my Ebook & other Digital Products

Saturday, April 22, 2017

Tanya Allah tentang Jodoh? Yakinlah jodohmu memang ada...

Illustration by Rosie Michael , Copyright 2017

Assalammualaikum para pembaca semua,

Entry ini adalah rentetan dari entry sebelum ini yang memberitahu akan kemunculan ebook bertajuk Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia (Panduan para pencari belahan jiwa).

Yang berikutnya adalah antara penceritaan prebiu buku tersebut. Dimulakan dengan 'problem statement' yang biasa dirasakan oleh mereka-mereka yang sudah lama menanti dipertemukan dengan jodoh masing-masing.

 ----------------------------------------------------------------------------

‘Apa yang aku rasa sementara menanti jodoh yang tak kunjung tiba..’

Umur semakin meningkat,
Jodoh belum nampak kelibat,
Bercinta berkali-kali,
Bagai nak rak tapi tidak ada yang menjadi..

Asyik ulang kesilapan yang sama
Sampai rasa menyampah dan putus asa..
Dah macam-macam usaha
Di katakan pula sebagai tidak mencuba..
Bila dah suka, sidia tidak berkenan
Bila diminati, kita pula malas nak layan..

Penat menanti, bingung dan bosan..
Namun jauh disudut hati, sentiasa mengharap jodoh ditemukan…

Jodoh itu…
Adakah dinanti, dikejar atau dicari?
Jika dinanti, mengapa tak kunjung tiba?
Jika di kejar, mengapa jauh larinya?
Jika dicari, dimana tempatnya?

Penat, sakit hati dan bosan…
Itu 3 rasa didalam perasaan..
Cuma, sementara menunggu datangnya jodoh..
Ada baiknya berdoa disulami tingginya harapan..
Kerana, bagaimana mungkin yang baik akan datang?
Jika perasaan sentiasa sedih dan tertekan?  



-Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia (e-ISBN 9789671485002)-

***************************************************

Kesimpulannya, para pencari belahan jiwa atau jodoh seringkali diselubungi rasa kecewa dan marah, sehingga ada yang berputus asa untuk berkahwin kerana belum bertemu dengan yang berkenan dihati.

Jika anda ada rasa berputus asa untuk bertemu jodoh, jangan! Ini kerana disaat anda mula berdoa, jodoh anda sudah menuju kearah anda, yang tidak diketahui adalah bila dan dimana. 

Ebook ini memberikan satu 'list' tindakan dan usaha yang boleh anda gunakan untuk berbahagia dalam perjalanan anda menuju jodoh anda. 

Penulis boleh dihubungi di email suffiyarose2017@gmail.com
Instagram #jodohquotes

Setiap email pasti akan dilayan dan di balas secepat mungkin.

Nantikan entry seterusnya.

Terima Kasih Semua Para Pencari Belahan Jiwa!



Suffiya Rose
Enjoy!Kembara Bertemu Bahagia.
Copyright 2017

Illustrasi 
Rosie Michael Copyright 2017




3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Syukur bila ada yang faham dan beri semangat macam ni.kadang-kadang terfikir juga sampai bila kann nak bertemu jodoh .tapi bila kita yakin dengan janji tuhan.semua dicipta berpasangan.lambat atau cepat cuma masa yang tentukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zaida diatas sokongan anda. Saya ucapkan tahniah kerana Zaida tetap yakin dengan janji Allah. Saya doakan Zaida akan bertemu jodoh tidak lama lagi..Amin ya Rabb..

      Delete