Monday, November 8, 2010

senyuman saya tak berapa manis...

alkisah aku pergi ke kedai ingin membeli kasut idaman, kasut idaman dijual di kedai Bata...bukan vincci, taichi, kuaci, ataupun nichi.... dan jangan salah sangka Bata asalnya bukan dari Meru Klang, tapi Republik Chech...

setelah puas membelek kasut idaman selama 5 minit....aku memanggil promoter kedai tersebut...sambil tersenyum 45 sen, dia mengambil kasut bersaiz 6 1/2, aku pun dengan gumbiranya membawa kasut tersebut sambil menuju ke kaunter pembayaran....tapi aku disambut dengan muka Cashier yang juga aku rasa merupakan owner branch Bata tersebut seiras muka Arnold tak reti nak eja dikala bertarung aksi ngeri...

maka dengan selambanya aku memberikan cadangan....
'apsal muka masam jek? apa kata senyumlah sikit'...
tiba2 dia menjawab jawapan yang membuatkan aku tak terkejut langsung......
' senyuman saya tak berapa manis'
aku menjawab ' tak salah kalau senyum, tak manis takpe asalkan senyum'...
dengan selamba dia tetap dengan muka selenga dia....

nak aku sambung perbualan tersebut...akan menampakkan yang aku tak faham bahasa malaysia...maklumlah konon2 bahasa malaysia perkataannya panjang2, maka nak di pendekkan  aku bertuturlah bahasa Omputih...

oleh itu...kesimpulan cerita aku ni sebenarnya hendak memberitahu tentang tingkah laku dan cara berkomunikasi oran2 yang bekerja di kedai2, tak kisah kedai kasut ke, kedai baju ke, apa kedai sekalipun...mereka melayan pelanggan seperti 'kalau nak beli, beli jelah, tak yang nak pegang2, belek2, tanya2, senyum2, manja2...'...paling best semua pelanggan di anggap sebagai berpotensi untuk mencuri...tu pasal kita tengok barang...diorang tengok tangan kita...hehehehehehe

tapi prinsip aku senang jek...aku hanya akan kembali ke kedai atau membeli barangan di kedai yang mana jurujualnya pandai berkomunikasi dan mengambil hati....

apakah  perbezaan2 yang paling utama antara kedai2 yang menjual barangan yang sama?

1. Senyuman yang ikhlas;
2. Komunikasi yang pandai memikat hati pelanggan..

kalau sesiapa antara kamu berjumpa dengan orang yang kata 'senyuman saya tak berapa manis' maka jawablah dengan jawapan berikut...

' senyuman tak manis...tukar lah muka'- (jawapan kurang sopan)
'senyuman tak manis...tambah gula'- ( jawapan sopan lagi santun)

pilihan di tangan anda...  (^^;)v

3 comments:

  1. haha..tapi kalau tambah gula nanti dp kencing manis pula...lebih baik tambah sukrose,ia gula yg asli dn x ada kesan sampingan hikhik..bergurau..saya setuju dgn Prof..

    ReplyDelete
  2. thanks Len...hehehehe....betul jugak...kurangkan gula dalam pemakanan...lebihkan senyuman

    ReplyDelete
  3. hek3...mis an dah cite dalam class...huhuhu..

    ReplyDelete