Check out my Ebook & other Digital Products

Thursday, November 25, 2010

Kisah pokok mangga gemuk berbajakan kotoran...

cuba kita bayangkan....sedang kita berjalan2 kita terlihat sebuah pokok mangga yang dari jauh buahnya melayut-layut, magga yang gemuk2 saiznya dan kekuningan warnanya....wahhh kita tentunya terpikat untuk menghampiri kerana ingin melihat dengan lebih dekat lagi.....

setelah mendekati kita dapati pokok tersebut terletak berdekatan dengan sebuah longkang yang mana airnya berwarna hitam dan berbau busuk...rupanya air itu datangnya dari pembentungan yang tidak sempurna yang mana airnya mengalir dengan laju.....

rupanya pokok mangga yang kita lihat mangganya kekuningan dan kegemukan tadi mendapat khasiat dan vitamin dari bahan2 kotor......tetapi yang peliknya pokok itu semakin menjadi2 buah magganya, semakin kotor airnya, semakin gemuk mangganya....

cuba kita kaitkan dengan kehidupan manusia dengan kisah pokok mangga gemuk tadi...

pernah tak kita tertanya2 kenapa orang yang tidak mengikut hukum2 ALLAH menjadi semakin kaya dan kaya, semakin rakus dan alpa, semakin jahat dan selalu menganiaya? kita tertanya2 kenapa semakin seseorang itu jauh dari ALLAH, semakin banyak kekayaan dan kenikmatan dunia dia dapat?

jawapanya sama dengan kisah si pokok mangga gemuk tadi......memang seseorang itu menjadi semakin kaya dan kaya walaupun melupakan ALLAH, kerana sangat mudah untuk ALLAH memberikan kekayaan kepadanya mana2 hambaNYA, tapi kita harus ingat sumber pokok mangga gemuk itu didapati dari air kotor...begitulah diibaratkan orang yang melakukan kemungkaran tetapi terus terusan mendapat nikmat adalah seperti pokok mangga gemuk yang mendapat air atau baja dari bahan2 kotor...memang sentiasa gemuk dan banyak mangganya...tapi tetap dari sumber kotor...

oleh itu, takpelah kalau pokok mangga itu tak gemuk tapi buahnya sederhana sahaja, tetapi ianya mendapat air yang bersih ataupun di bajakan dengan kasih sayang oleh tuannya...

the moral of the story.....kita fikirlah sendiri...hehehehehe...alkisah untuk hari ini...


Hakcipta Terpelihar Rosita Arman Michael 2010

1 comment: