Seringkali kita bertanya diri kita, bila jodoh aku nak sampai?
Umur semakin meningkat, jodoh masih tidak nampak kelibat...
Rakan taulan kebanyakannya sudah berumahtangga.
Yang kita? Masih menanti sidia tiba.
Cuma tidak diketahui siapa, bila dan dimana dia akan tiba. Kita selalu bertanya kepada Allah s.w.t, tapi belum mendapat jawapannya. Buktinya? Kita masih menanti.
Tapi, cuba kita fikirkan....mengapa harus bertanya Allah bila jodoh tiba? Lebih baik jika kita fokus kepada bagaimana hendak memperbaiki diri.
Baiki dan perkasakan keperibadian.
Jaga mulut, telinga, mata dan hati.
Siasat apa yang kita fokuskan sehari-hari?
Apa yang kita tulis dan post di FB?
Apa yang kita doa setiap kali?
Adakah kita benar-benar sudah bersedia untuk ditemukan jodoh? Bagaimana reaksi kita? Bagaimana persediaan kita?
Ingat, jodoh bila dia sampai, dia sampai dengan laju. Segalanya berjalan lancar dengan persetujuan dalam pelbagai aspek.
Oleh itu, jika anda masih menantikan kedatangan jodoh anda, pastikan anda sudah bersedia dari segi mental. Ini kerana jika anda sudah mempersiapkan mental, segala yang lain boleh dihadapi dan diatasi kerana anda tahu apa yang anda mahu dan capai.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Memang benar pendapat seseorang bergantung kepada pengalaman hidupnya ataupun pemerhatiannya. Apa yang saya tulis datang dari pengalaman hidup saya yang bertemu jodoh pada usia menghampiri 40 tahun. Oleh itu saya berasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi pengalaman kembara bertemu bahagia saya dengan para pembaca. Saya ingin berkongsi sedikit panduan kepada para pencari belahan jiwa.
Nantikan entry seterusnya. Saya akan 'highlight' kan antara kata-kata hikmah yang ada didalam e-book saya.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ebook saya, bolehlah anda menghantar email kepada suffiyarose2017@gmail.com. Anda juga boleh melayari instragram saya dengan #jodohquotes dan Pinterest SuffiyaRose.
Terima kasih!
Suffiya Rose Copyright 2017
No comments:
Post a Comment