Pernahkah anda mengalami sesuatu situasi, mendapat sesuatu atau bekerjasama dengan orang yang paling anda benci?
Pernahkah anda terfikir mengapa anda menarik apa yang anda benci?
Nah, itulah apa yang di maksudkan dengan hukum tarikan yang dikupas di dalam buku Law of Attraction dan The Secrets, anda HANYA menarik apa sahaja yang anda fokuskan, minda dan hati kita tidak memahami samada kita menyukai atau membenci sesuatu, yang minda dan hati kita fahami adalah SUBJEK yang sentiasa berada di dalamnya.....
Saya rajin juga mengambil tahu tentang bagaimana hati dan minda memberi
kesan kepada apa yang kita alami. Rupanya penulis
kepada Law of Attraction dan The Secrets sebenarnya menceritakan semula tentang
kekuasan DOA dan TAWAKKAL.
Dia memberitahu bahawa kita hanya perlu memfokus kepada apa yang kita mahukan, dalam erti kata lain ia mengajak kita untuk berdoa untuk apa sahaja hajat kita.
Didalam buku-buku tersebut, ia menceritakan bagaimana apa yang kita fokuskan akan datang kepada kita perlahan-lahan. Walaubagaimanapun, penulis-penulis itu mengatakan yang mendengar dan memakbulkan adalah alam semesta, bukan Pemilik alam semesta tersebut. Mereka tersebut tidak menyedari bahawa yang memakbulkan adalah Tuhan sekelian alam, Allah subhanawataala.
Pernahkah anda berdoa untuk sesuatu yang ada sangat inginkan, tetapi anda berhenti untuk berdoa lagi untuk sesuatu itu kerana anda menunggu terlalu lama sehinggakan anda terlupa tentang doa tersebut? Tiba-tiba, tanpa dijangka, doa anda dimakbulkan Allah?
Saya juga baru sahaja memahami, bahawasanya semasa kita mula berdoa, diibaratkan kita sudah memetik suisnya, sebaik sahaja ia dipetik, apa yang didoakan akan datang, cuma masa, bila, bagaimana hanya diketahui oleh Allah. Saya juga memahami bahawa 'timing' atau masa yang doa kita dikabulkan oleh Allah adalah masa yang TERBAIK. Yang pasti, selama ini saya pasti diri anda dan saya juga telah mendapat apa yang dihajati selama ini.
Pernahkah anda berfikir yang apa kita doakan selama ini, bukan sahaja Allah makbulkan, tetapi Allah memberi yang lebih hebat dan yang lebih sesuai dengan keadaan kita, masa kita dan sifat-sifat kita?
Saya sentiasa mengagumi Allah kerana selama ini DIA memberikan yang lebih baik dari apa yang saya doakan.
Didalam buku-buku tersebut itu juga memberitahu bahawa kita haruslah bersabar dan memberi masa untuk sesuatu yang kita minta itu mekar atau matang. Bukankah ini bermaksud kita harus bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada walaupun doa belum dimakbulkan?
Percayalah yang anda akan mendapat apa yang anda hajati. Itulah yang cuba disampaikan oleh buku The Secrets dan Law of Attraction. Rahsianya adalah keyakinan mutlak dan pengharapan yang tidak pernah putus terhadap kekuasan Tuhan sekelian alam...Allah subhanahuwataala...
Itu sahaja ulasan buat masa ini, nantikan ulasan-ulasan baru....terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca ulasan ini...
Dari pengemis ilmu, Rosita Michael
Check out my Ebook & other Digital Products
Sunday, July 10, 2011
Friday, July 1, 2011
3 ways to be happy
1. Love Allah
Look at the stars, the moon and the sun,
hanging clouds in the sky and the fields where you run
the best is to look at yourself, your fingers, your face,
fascinated by our tongues, the ability to taste
every living thing is designed with precision
living in harmony that is our mission
2. Be Grateful of what you have
Air, water, clothes and food
yet we tend to complain and have no mood
we live everyday having everything we needed
nothing less nothing exceeded
3. Take care of your love ones
Love your dad, your mum,your siblings
honouring, respecting, and caring
be there for one another
cherish each other...
simple tips by Rosita Arman Michael, Hak terpelihara 2011
Look at the stars, the moon and the sun,
hanging clouds in the sky and the fields where you run
the best is to look at yourself, your fingers, your face,
fascinated by our tongues, the ability to taste
every living thing is designed with precision
living in harmony that is our mission
2. Be Grateful of what you have
Air, water, clothes and food
yet we tend to complain and have no mood
we live everyday having everything we needed
nothing less nothing exceeded
3. Take care of your love ones
Love your dad, your mum,your siblings
honouring, respecting, and caring
be there for one another
cherish each other...
simple tips by Rosita Arman Michael, Hak terpelihara 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)