Check out my Ebook & other Digital Products

Sunday, July 10, 2011

Anda menarik apa sahaja yang anda fokuskan..

Pernahkah anda mengalami sesuatu situasi, mendapat sesuatu atau bekerjasama dengan orang  yang paling anda benci?

Pernahkah anda terfikir mengapa anda menarik apa yang anda benci?

Nah, itulah apa yang di maksudkan dengan hukum tarikan yang dikupas di dalam buku Law of Attraction dan The Secrets, anda HANYA menarik apa sahaja yang anda fokuskan, minda dan hati kita tidak memahami samada kita menyukai atau membenci sesuatu, yang minda dan hati  kita fahami adalah SUBJEK yang sentiasa berada di dalamnya.....

Saya rajin juga mengambil tahu tentang bagaimana hati dan minda memberi kesan kepada apa yang kita alami.  Rupanya penulis kepada Law of Attraction dan The Secrets sebenarnya menceritakan semula tentang kekuasan DOA dan TAWAKKAL.


Dia memberitahu bahawa kita hanya perlu memfokus kepada apa yang kita mahukan, dalam erti kata lain ia mengajak kita untuk berdoa untuk apa sahaja hajat kita.

Didalam buku-buku tersebut, ia menceritakan bagaimana apa yang kita fokuskan akan datang kepada kita perlahan-lahan. Walaubagaimanapun, penulis-penulis itu mengatakan yang mendengar dan memakbulkan adalah alam semesta, bukan Pemilik alam semesta tersebut. Mereka tersebut tidak menyedari bahawa yang memakbulkan adalah Tuhan sekelian alam, Allah subhanawataala.

Pernahkah anda berdoa untuk sesuatu yang ada sangat inginkan, tetapi anda berhenti untuk berdoa lagi untuk sesuatu itu kerana anda menunggu terlalu lama sehinggakan anda terlupa tentang doa tersebut? Tiba-tiba, tanpa dijangka, doa anda dimakbulkan Allah?

Saya juga baru sahaja memahami, bahawasanya semasa kita mula berdoa, diibaratkan kita sudah memetik suisnya, sebaik sahaja ia dipetik, apa yang didoakan akan datang, cuma masa, bila, bagaimana hanya diketahui oleh Allah. Saya juga memahami bahawa 'timing' atau masa yang doa kita dikabulkan oleh Allah adalah masa yang TERBAIK. Yang pasti, selama ini saya pasti diri anda dan saya juga telah mendapat apa yang dihajati selama ini.

Pernahkah anda berfikir yang apa kita doakan selama ini, bukan sahaja Allah makbulkan, tetapi Allah memberi yang lebih hebat dan yang lebih sesuai dengan keadaan kita, masa kita dan sifat-sifat kita?
Saya sentiasa mengagumi Allah kerana selama ini DIA memberikan yang lebih baik dari apa yang saya doakan.

Didalam buku-buku tersebut itu juga memberitahu bahawa kita haruslah bersabar dan memberi masa untuk sesuatu yang kita minta itu mekar atau matang. Bukankah ini bermaksud  kita harus bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada walaupun doa belum dimakbulkan?

Percayalah yang anda akan mendapat apa yang anda hajati. Itulah yang cuba disampaikan oleh buku The Secrets dan Law of Attraction. Rahsianya adalah keyakinan mutlak dan pengharapan yang tidak pernah putus terhadap kekuasan Tuhan sekelian alam...Allah subhanahuwataala... 

Itu sahaja ulasan buat masa ini, nantikan ulasan-ulasan baru....terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca ulasan ini...




Dari pengemis ilmu, Rosita Michael

















2 comments:

  1. assalam..
    subconscious mind topik yg menarik..
    malangnya mereka menafikan Tuhan sebagai Pemberi.. mereka menukar kpd universe.. mereka sbnrnya tahu Tuhan yg bagi (berkuasa atas tiap sesuatu), tp mereka seolah² takut andai sesetengah pihak tak suka dgn konsep keTuhanan, takut seolah² nnt buku mereka susah nak jual kalo membabitkan ketuhanan.. it's all about the money..(my opinion)

    btol spt yg cik ros kata, asasnya sama mcm ajaran Islam sendiri:
    mohon (doa) → focus (khusyuk dlm doa / solat) → yakin / percaya (iman) → sabar & terima → bersyukur..

    sbnrnya bnyk lagi cabang ilmu dari subconscious mind ni, saya pon masih mencari² info tentangnya.. teruskan sharing ;)

    wassalam..

    p/s: syukur adalah kunci utk dpt nikmatNYA, ramai org mampu bersyukur masa senang, bahgia, ketawa.. tapi tak mampu bersyukur masa susah, sakit, menangis (termasuk saya huhu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, thanks for your comment..memang betul ckp awak mereka semua mementingkan duit sahaja tanpa menyedari yang duit itu datangnya dari Pencipta Langit dan bumi. Penafian mereka terhadap Allah Subhanawataala sebenarnya merupakan ketakutan mereka terhadap kebenaran. Mereka hanya melakukan 're-branding' of law of attraction. Sedangkan konsep ini telah diwarwarkan oleh Rsullullah s.a.w seribu lebih tahun lalu.

      memang betul, awak kata syukur adalah kunci untuk dapat nikmat dariNya, dan memang betul kita akan mula goyah apabila diuji dan mudah tersasar dalam kekecewaan yang terlampau...reaksi menangis dan kecewa itu adalah reaksi biasa makhluk bernama manusia tul tak? Cuma kita kena sentiasa mengingatkan diri kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan yang kita tidak ada atau belum ada...

      have a nice day to u.....wassalam..

      Delete