Check out my Ebook & other Digital Products

Tuesday, April 9, 2013

Ujian saringan HIV untuk kebenaran berkahwin tidaklah serumit yang disangkakan..



Saya bersama ibu saya ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang prosedur mendapatkan kebenaran berkahwin. Diantara persoalan saya ialah tentang menjalani ujian saringan HIV. Saya sangat menghargai penjelasan seorang pekerja wanita dikaunter yang telah bersungguh-sungguh memberikan jawapan kepada persoalan saya. Tetapi, pekerja wanita itu memberitahu saya lebih baik saya pergi ke klinik kerajaan secepat yang mungkin.Ini kerana mungkin akan memakan masa yang lama untuk mendapatkan giliran diuji darah untuk tujuan mendapatkan kebenaran kahwin. Tiba-tiba saya jadi panik.

Saya dan ibu pun bergegas ke klinik kerajaan yang berhampiran. Setibanya di Klinik kerajaan di Seksyen 7, Shah Alam, saya terus ke tingkat 1 dan mendapatkan borang, kemudian saya menulis nama saya di kaunter di tingkat 1 itu.

Seterusnya, saya ke tingkat bawah dan mendapatkan nombor giliran. Lebih kuraang 15 minit, saya ke kaunter pendaftaran dan membuat bayaran sebanyak RM1 sahaja.

Kemudian, saya ke Kaunter B dan menyerahkan borang saya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya di panggil dan di suruh masuk ke sebuah bilik dan darah saya diambil. Jangan takut, bukannya di suntik, hanya cucukan kecil di jari. Pheww....rupanya sekejap sahaja proses nya.

Dalam masa 30 minit lagi, baru nama saya dipanggil dan salinan borang ujian saringan di kembalikan kepada saya. Agak melucukan kerana saya terpinga-pinga sambil bertanya kepada Jururawat yang memberikan saya borang tersebut ' ini sahaja ke kak? dimana keputusannya?'. Jururawat itu tersenyum sambil berkata 'itu sahaja, kamu boleh lampirkan salinan tersebut semasa membuat permohonan, kamu sudah boleh balik'....dengan masih terpinga-pinga, saya dan ibu berlalu pergi.

Pengalaman menjalani ujian saringan HIV tidaklah menakutkan dan merumitkan. Malah para pekerja di klinik kerajaan di seksyen 7 itu semuanya ramah dan mesra. Membuatkan saya tidak berasa tertekan :-)


Jika anda ingin menjalani ujian saringan HIV, bolehlah ke klinik tersebut.