Check out my Ebook & other Digital Products

Showing posts with label kisah cinta. Show all posts
Showing posts with label kisah cinta. Show all posts

Saturday, April 15, 2017

Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia - e-isbn 9789671485002

Nantikan kemunculan buku ini.

e-book ini akan diberikan kepada 5 pembaca bertuah.


Buku ini ditulis sebagai panduan kepada mereka-mereka yang sedang mencari belahan jiwa ataupun jodoh masing-masing.

Pertemuan itu tidak perlu ditunggu, yang harus dibuat adalah mempersiapkan diri dari segi kerohanian, mental, emosi dan fizikal.

Nantikan snippets atau sedutan kata-kata hikmah dan panduan dari buku ini dari satu post ke satu post.

Penulis boleh dihubungi melalui email suffiyarose2017@gmail.com


Suffiya Rose Copyright 2017

Thursday, September 1, 2016

Tentang jodoh itu memang misteri- Jumpa di Mahkamah



Kisah benar...
Satu hari Lolita ke mahkamah untuk mendapatkan perintah wali hakim. Di mahkamah, kes-kes yang berlangsung menggabungkan kes dua mahkamah kerana Hakim mahkamah sebelah cuti.
Setelah menunggu sehingga tengahari, mahkamah umum untuk berehat sehingga pukul 2 petang . Marahnya dan menyampahnya hati si Lolita, Allah sahaja yang tahu.
Si Lolita membawa ibu serta adik bongsunya yang terpaksa mengambil cuti kerja untuk menemaninya. Si adik bongsu muka nya mencuka lah sepanjang pagi hingga ke tengaharinya. Walaupun terpaksa mengambil cuti, si adik bongsu sangat gembira dan sanggup ikut kerana akhirnya kakaknya bertemu jodoh.
Semasa makan tengahari,  Lolita, ibu dan adiknya duduk bersama seorang wanita  yang juga bersama ibunya yang kebetulan kesnya hanya akan di sebut sebelah petang. Sambil makan dan berbual-bual, wanita yang bersama ibunya itu berkenan dengan adik bongsu si Lolita tadi dan meminta kebenaran untuk dikenalkan dengan anak bujangnya.
Setelah hari itu, cerita temu jodoh si adik bongsu Lolita pun bermulalah....
Nah siapa sangka kakak yang hendak mendapatkan wali hakim, akhirnya adik  ditemukan dengan bakal ibu mertuanya...
Moral ceritanya, Hanya Allah yang menemukan, kita hanya bersiap sedia kerana kita tidak akan tahu bila, dimana dan dengam siapa kita ditemukan...
Menakjubkan bukan?
Itulah kuasa Allah. Oleh itu sentiasa siap sedia, jodoh ditemukan bila-bila masa!
Copyright by Michael Rose September 2016

Tuesday, April 9, 2013

Ujian saringan HIV untuk kebenaran berkahwin tidaklah serumit yang disangkakan..



Saya bersama ibu saya ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang prosedur mendapatkan kebenaran berkahwin. Diantara persoalan saya ialah tentang menjalani ujian saringan HIV. Saya sangat menghargai penjelasan seorang pekerja wanita dikaunter yang telah bersungguh-sungguh memberikan jawapan kepada persoalan saya. Tetapi, pekerja wanita itu memberitahu saya lebih baik saya pergi ke klinik kerajaan secepat yang mungkin.Ini kerana mungkin akan memakan masa yang lama untuk mendapatkan giliran diuji darah untuk tujuan mendapatkan kebenaran kahwin. Tiba-tiba saya jadi panik.

Saya dan ibu pun bergegas ke klinik kerajaan yang berhampiran. Setibanya di Klinik kerajaan di Seksyen 7, Shah Alam, saya terus ke tingkat 1 dan mendapatkan borang, kemudian saya menulis nama saya di kaunter di tingkat 1 itu.

Seterusnya, saya ke tingkat bawah dan mendapatkan nombor giliran. Lebih kuraang 15 minit, saya ke kaunter pendaftaran dan membuat bayaran sebanyak RM1 sahaja.

Kemudian, saya ke Kaunter B dan menyerahkan borang saya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya di panggil dan di suruh masuk ke sebuah bilik dan darah saya diambil. Jangan takut, bukannya di suntik, hanya cucukan kecil di jari. Pheww....rupanya sekejap sahaja proses nya.

Dalam masa 30 minit lagi, baru nama saya dipanggil dan salinan borang ujian saringan di kembalikan kepada saya. Agak melucukan kerana saya terpinga-pinga sambil bertanya kepada Jururawat yang memberikan saya borang tersebut ' ini sahaja ke kak? dimana keputusannya?'. Jururawat itu tersenyum sambil berkata 'itu sahaja, kamu boleh lampirkan salinan tersebut semasa membuat permohonan, kamu sudah boleh balik'....dengan masih terpinga-pinga, saya dan ibu berlalu pergi.

Pengalaman menjalani ujian saringan HIV tidaklah menakutkan dan merumitkan. Malah para pekerja di klinik kerajaan di seksyen 7 itu semuanya ramah dan mesra. Membuatkan saya tidak berasa tertekan :-)


Jika anda ingin menjalani ujian saringan HIV, bolehlah ke klinik tersebut.