Anda sudah cuba belajar hand-lettering atau brush-lettering menerusi youtube tetapi anda masih kecewa dengan hasilnya?
Ada yang memanggil handlettering, ada pula brush lettering atau modern calligraphy. Pening?
Sebenarnya, modern calligraphy atau hand-lettering itu masih menggunakan prinsip-prinsip tulisan kaligrafi, yang membezakan cuma ditambah dengan style baru dan diberikan panggilan baru. Style baru iaitu perbezaan saiz kecil besar, lebar atau tinggi hingga ke jenis-jenis tulisan yang kontra antara satu sama lain. Panggilan baru seperti handlettering dan brush lettering hanyalah untuk menjadikan namanya kontemporari sesuai zaman dan generasi kini.
Mengapa harus berguru?
Memang terdapat beratus-ratus video di media sosial yang mengajar tentang cara-cara kaligrafi moden dan hand-lettering, tetapi ramai yang belajar menerusinya masih kecewa. Ini mengikut pengalaman saya sendiri dimana ramai pelajar saya yang tidak puas hati mengapa mereka masih tidak dapat menulis dengan baik walaupun mereka mengikuti banyak video.
Jawapannya mudah, apabila kita belajar yang asas, kita haruslah memulakan dengan sesuatu style penulisan. Jangan mengikuti terlalu banyak style pada satu-satu masa kerana otak kita baru ingin memahami dan pada masa yang sama menjadi keliru dek pelbagai cara yang kita jumpa.
Caranya juga, cari cikgu dan belajar darinya. Ini kerana, jika ada kesilapan, boleh diperbetulkan segera. Juga, anda dapat ketahui lenggokan tulisan dengan lebih teliti dan jelas.
Setelah mengetahui asas, dengan praktis yang berterusan, anda akan memiliki style anda sendiri.
Ingat, sesiapa pun boleh buat hand-lettering asalkan dia ada kesungguhan, minat yang mendalam dan menjalankan praktis yang berterusan.
Jika anda berminat untuk belajar, hubungi saya samada melayari IG, FB atau email.
IG- @suffiyarose_co
FB- SuffiyaRose & Co
email : rosita_armichael@yahoo.com
Rosie Michael
Pelajar saya Ashley mula menulis dengan baik setelah mengikuti kelas saya. Dahulunya, dia cuba belajar melalui media sosial tetapi selalu kecewa kerana tidak dapat menulis seperti yang dimahukan. |
Adik beradik, Aisyah dan Zakiah sedang membina huruf setelah mengetahui dan memahami bahagian-bahagian yang diperlukan untuk membina huruf. |
Kelas hand lettering yang saya jalankan di Singapura bersama pelajar dari Hong Kong, India, Amerika Syarikat Singapura |
Saya sedang memberikan penerangan tentang bagaimana menulis dengan cara yang betul. |