Check out my Ebook & other Digital Products

Tuesday, April 12, 2011

biar rendah hati, bukan rendah diri...

dialog yang biasa kita dengar..

'alah, siapalah saya ni'
'alah, tak perlu bersusah payah sangat, saya tetap macam ni'
'alah, saya ni tak berapa kisah sangat tentang apa yang saya inginkan, apa yang ada ni pun cukuplah'
'saya tahu siapa diri saya, tidak berpelajaran, tidak kacak, tidak kaya'


Saya pernah berkenalan dengan beberapa teman-teman yang mana apabila menceritakan diri mereka, mereka akan memulakan dengan 'saya tau siapa diri saya, tidak berpelajaran, tidak kacak/cantik, tidak kaya'....saya memang pantang mendengar semua itu!!! Saya mencuba sedaya upaya untuk tidak menilai seseorang, tidak menghakimi seseorang kerana itu memang bukan sifat saya, tetapi apabila orang kelihatan agak pandai tetapi melontarkan kata-kata sebegitu, terus membuatkan saya naik angin!!
mengapa ada segala-galanya tetapi berasa rendah diri?

di ketika mendengar ungkapan sebegitu..saya amat kecewa kerana mereka tidak memahami apa perbezaan antara rendah diri dengan rendah hati...

Sekiranya tidak berpelajaran, mulakan langkah cari dan tambah pengetahuan, mulakan langkah dengan menimba ilmu dan daftarkan diri di pusat pengajian tinggi...

Sekiranya tidak cantik atau kacak, mulakan dengan grooming diri sendiri, kemaskan ketrampilan, kenakan pakaian yang sesuai dengan diri agar kelihatan kemas, smart dan meyakinkan, memang benar rupa paras tidak dapat ditukar, tetapi boleh di rapikan dan di kemaskan.

Sekiranya belum kaya, dan ingin menjadi kaya, mula mengorak langkah agar dapat mencapai impian untuk menjadi kaya...jangan asyik menyebut tetapi tidak ada apa-apa tindakan...

Nah, berpelajaran, kelihatan cantik dan kemas serta kaya haruslah di kejar...ianya tidak akan datang bergolek. Perkara-perkara seperti diatas akan membantu didalam membina keyakinan diri.

Mengapa kita tidak boleh berasa rendah diri?

Ini kerana, ALLAH menjadikan setiap manusia itu istimewa. ALLAH memberikan tubuh badan dan minda yang sihat dan sama kehebatannya antara seseorang individu dengan individu yang lain. Dengan berasa rendah diri, kita sebenarnya menafikan kehebatan ALLAH serta tidak bersyukur dengan kurniaanNya. Sedangkan orang kurang upaya mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk maju, inikan pula manusia yang sempurna rupa parasnya.

Juga, rasa rendah diri menyekat seseorang dari menerokai perkara-perkara baru yang mungkin memberikan kehebatan dan kebaikan kepada dirinya. Seseorang itu tidak percaya yang dia boleh melakukan sesuatu diluar batasan selesanya atau 'comfort zone' nya.

Juga, rasa rendah diri menyebabkan seseorang itu sentiasa buruk sangka terhadap orang lain. Ini kerana untuk merendahkan diri, mereka harus melihat dan mencemburui kehebatan orang lain, dan meyakinkan diri mereka yang mereka tidak akan dapat mencapai kejayaan seperti orang lain, sedangkan tiada siapa yang hebat melainkan ALLAH.



Bila pula seseorang itu dikatakan Meninggi Diri?Seseorang itu boleh dilihat meninggi diri bila dia membandingkan dirinya dengan orang lain. Bandingan dari segi apa yang dia miliki yang orang lain tidak ada. Bukan hanya dengan perkataan, tetapi seseorang itu kelihatan meninggi diri dengan pergerakan badan, pandangan mata dan cara berkomunikasi dengan orang lain. Selalunya, memang agak mudah untuk mengenal pasti seseorang yang meninggi diri, (bukan kerana orang itu tinggi lampai), tetapi melalui 'body language' mereka, cara berjalan, cara memandang orang lain, cara memberikan pandangan, cara bercakap...itu semua boleh secara jelas memberikan gambaran yang seseorang itu meninggi diri.


Oleh yang demikian, apakah perbezaan antara rendah diri dan rendah hati?

Rendah hati itu ialah apabila seseorang itu
 melihat dunia dengan kesabaran
melihat dunia dengan hati terbuka
bercakap dengan nada hormat dan beri pandangan secara berhemat
Kenal kekuatan diri serta tidak membandingkan diri dengan orang lain
bersyukur dengan apa yang ada
berkobar-kobar dan bersemangat dalam mengejar cita-cita
memahami bahawa segalanya adalah pinjaman
membuat yang terbaik dengan apa yang dimiliki
membantu dengan sepenuh hati
sentiasa memperbaiki dan bermuhasabah diri
tidak melenting apabila ditegur
dan yang paling penting, sentiasa sedar yang diri dipantau dan diuji
oleh Pencipta Langit dan bumi....

manakala rendah diri adalah apabila sentiasa
bangga dengan kekurangan dan kelemahan diri
bangga dengan ketiadaan pencapaian dan kejayaan
menyalahkan segala-galanya kecuali dirinya
mencemburui kejayaan orang lain tetapi tidak mahu bertindak
tidak tahu apa yang diingini dan apa yang dia hendak


sudahlah dan bangkitlah!
mula mengorak langkah
jangan rendah diri
harus rendah hati
berubahlah kita bersama
kerana anda semua istimewa!



Hakmilik Terpelihara Rosita Arman Michael  2011

2 comments: