Check out my Ebook & other Digital Products

Friday, April 8, 2011

Mengapa aku?

Apabila kita diuji ALLAH, kita tidak akan terlepas dari bertanyakan soalan mengapa aku?

Sebentar tadi aku menonton rancangan yang memaparkan bagaimana para doktor bersatu hati didalam membantu seorang bayi. Bayi perempuan berumur 8 bulan yang sangat comel, pipinya yang gebu, matanya yang bulat dan senyumannya yang ramah. Tetapi bayi tersebut dilahirkan dengan fizikal yang sungguh istimewa, tidak berdagu, tidak bertangan dan hanya memiliki satu kaki serta tidak mempunyai ruang pernafasan yang sempurna. Gelak tawanya, tangisannya kala air mata mengalir kerana kesakitan yang dialami, tidak mengeluarkan bunyi, aku berfikir betapa  kuatnya bayi itu, di uji oleh Penciptanya di umur yang sangat muda. Aku hampir mengalirkan air mata kerana aku teringatkan anak saudaraku yang comel gebu dan sempurna, tidak dapat kubayangkan jika dia diuji seperti bayi perempuan tadi.

Cerita aku bukan hanya tentang bayi tersebut, tetapi tentang betapa ALLAH menguji sesiapa sahaja yang di inginkanNya. Ibu bapa bayi tersebut yang tabah dan yang pasti tiada siapa yang dapat membayangkan perasaan mereka, aku kagum tahap kesabaran mereka, betapa ALLAH tahu yang mereka boleh melaluinya dan menghadapinya. Ianya membuatkan aku terfikir betapa sesekali aku mengeluh diuji ALLAH, berasa sedih dan bertanya mengapa aku diuji sebegini, tetapi selepas melihat betapa kuat dan tabah serta bersyukurnya ibu bapa yang mempunyai anak yang cacat, aku berasa malu sendiri.

Aku juga berasa malu tatkala mendengar rungutan-rungutan orang lain tentang betapa susahnya hidup mereka, sedangkan mereka memiliki segala-galanya. Yang paling aku kagum ialah ada orang yang merungut tentang perkara yang kecil serta memalukan seperti mengapa kuku mereka tak cantik dan mengapa sofa mereka tidak sehebat sofa jiran sebelah dan sebagainya....

Tetapi, aku yakin tetap ada orang-orang yang setiap hari bersyukur dengan apa yang mereka ada, dengan apa yang mereka miliki dan orang-orang yang tersayang. Aku juga kenal ramai orang yang tetap kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap ahli keluarga yang cacat atau sakit atau tidak sempurna. Lagipun, tiada siapa yang sempurna didunia ini bukan? Hanya ALLAH, pencipta langit dan bumi.
Memang kita tahu kesempurnaan bukan milik kita, tapi kita ditemukan ALLAH dengan orang-orang yang sempurna untuk kita. Seperti juga aku, (I'm not looking for someone who is perfect, but someone who is perfect for me)...aku tidak mencari bakal suami yang sempurna, tapi aku mencari seorang bakal suami yang sempurna untuk aku...

Berbalik semula kepada cerita para doktor yang menolong bayi perempuan tersebut, betapa ALLAH membukakan hati mereka untuk membantu. Juga betapa ALLAH memberikan mereka ilmu dan pengetahuan tentang bagaimana untuk membetulkan kaki ,tangan dan dagu bayi tersebut.

Pengajarannya, nikmat hidup tidak dapat dirasai tanpa hadirnya ujian, kerana hanya apabila diuji, kita akan faham erti kesabaran, kegembiraan dan kasih sayang. Pada aku, orang yang diuji seperti bayi perempuan dan ibu bapanya itu adalah orang yang berjaya menikmati kehidupan. Aku memahami bagaimana rasanya diuji dengan menjaga ahli keluarga yang sakit. Dengan ujian sebegini, aku lebih sayangkan ALLAH, hati sentiasa redha sambil berjihad kejalan yang benar...

melihat bayi perempuan itu menangis tanpa bunyi membuat aku insaf, malu dan mahu berubah menjadi lebih baik, tidak mahu lagi merungut....
ini kerana, keluarga dan ujian
membentuk diri kita,
membuatkan kita faham
walau apapun yang terjadi
kasih tidak akan menjadi pudar,
malah lebih mekar...
apabila diuji....


Hakmilik Terpelihara Rosita Arman Michael 2011

1 comment:

  1. sungguh besar dugaan bayi 2 n family dia kan....
    kalo sye la... xtau la mcm mane...
    :(

    ReplyDelete