Antara perbualan lucu yang saya hadapi semasa menjadi Customer Care Consultant :-
Perbualan antara saya Encik Yoyo (bukan nama sebenar) adalah seperti berikut:-
Saya: Selamat datang ke ........., Rosi bercakap, bagaimana boleh saya bantu?
Encik Yoyo: Saya mau nombor mau bukak itu handphone, itu handphone mintak nombor P.U.K, saya sudah masuk nombor sudah 3 kali, sekarang tak boleh pakai handphone.
Saya: Ok, boleh saya tahu handphone encik jenis apa? Baru saya boleh beritahu encik macammana boleh guna semula talian encik.
Encik Yoyo: Itu saya punya handphone nama Godjilla.
Saya: (Godjilla?? Didalam fikiran saya sambil menahan rasa terkejut, keliru dan mula hendak ketawa) Hmmm...boleh beritahu sekali lagi nama handphone encik?
Encik Yoyo: (bunyi seolah-olah tidak faham dan marah) itu handphone saya nama dia Godjilla!
Saya: Tunggu sebentar Encik Yoyo (sambil menekan butang ‘mute’, saya bertanya kepada rakan sekerja jika mereka pernah mendengar telefon jenama Godjilla. Setelah Berjaya menahan gelak yang amat menyiksakan, saya bertanya sekali lagi)
Saya: Encik Yoyo, macammana eja nama handphone itu?
Encik Yoyo: Dia punya eja K.y.o.c.e.r.a , Godjilla lah, itu pun tak tau ?
Saya: Ooooo...jenama itu ke? Baru saya tahu, sekarang Encik Yoyo ambil nombor P.U.K ye, kemudian tekan bintang 2 kali dan tekan butang Ok.
Encik Yoyo: ok saya sudah buat, terima kasih.
Saya: Terima kasih kerana menghubungi kami. (sangkaan saya nama raksasa, rupanya jenama handphone!).
Dapat dilihat, disaat saya dilanda perasaan tidak dapat menahan ketawa dan hampir sahaja mengeluarkan air mata. Saya dapat mengawal perasaan dan intonasi suara saya ketika melayan panggilan Encik Yoyo. Apa yang saya dapati dari perbualan dengan Encik Yoyo ialah bagaimana menganalisa maklumat dalam masa hanya 3 minit, memberikan maklumat yang betul kepadanya dan pada yang sama tidak menguris perasaannya. Disitulah saya belajar teknik komunikasi dan pentingnya amalan membuat keputusan yang betul mengikut keadaan yang sesuai dengannya.
Hakmilik Terpelihara Rosita Arman Michael Anniah 2011
No comments:
Post a Comment