Bagi yang belum ada jodoh dan menginginkannya, sandara/i… mulai sekarang harus bersedia dan yakin diri saudara/i itu mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
Harus sedia menerima pilihan terbaik di sisi Allah. Hati dan fikiran yang terbuka atas keyakinan dan penyerahan total pada Allah SWT.
Ketika benar-benar sudah bersedia, sentiasalah menyedari Allah bersama keyakinan bahawa Allah sedang dalam memproses pertemuan dengan jodoh saudara/i dan seterusnya dinikahkan.
Untuk mendapatkan jodoh seperti yang diinginkan, saudara/i harus menjadi seperti apa yang saudara/i inginkan.
Inginkan yang baik, sikap saudara/i juga harusnya baik. Ingin dipercayai, saudara/i juga harus menjadi orang yang dipercayai…. dan seterusnya apa jua yang saudara/i inginkan.
Saudara/i harus bersedia menerima pilihan Allah kerana bersedia ini menjadikan saudara/i orang yang dipercayai Allah. InshaAllah akan disatukan nanti saudara/i dengan jodoh saudara/i.
Bersedialah…. siap!! Saya menunggu jemputan meraikan perkahwinan saudara/i. 100% yakin pada Allah.
Dipetik dari www.fuadlatip.com
Tengahari tadi sewaktu selesai menunaikan solat zuhor berjemaah di masjid kelana jaya, saya ternampak sebuah buku yang dijilid rapi bertajuk 'i love Allah'. Lalu sepantas kilat tangan mencapai dan terus membaca isi kandunganya.
saya memang peminat tegar buku2 motivasi, dan selalu ingin mengambil tahu tentang siapakah pakar2 motivasi terkini dan bagaimana cara memberikan inspirasi dan memotivasikan para pelajar saya. Tetapi nama Fuad Latip belum pernah saya dengar dan berasa kagum setelah mula membaca tulisan beliau tentang bagaimana berkomunikasi secara berterusan dengan Pencipta kita akan membuat kita kekal dalam memotivasikan diri kita.
Kita manusia biasa, apabila di uji barulah mula berdoa dan merintih serta merayu meminta pertolongan dari Allah. Apabila pulang dari seminar2 atau bengkel motivasi barulah ada adrenalin rush untuk berubah, jiwa berkobar2 dan meronta2 mahukan perubahan samada dalam diri sendiri atau pelajaran, hubungan kekeluargaan ataupun pekerjaan. Tetapi yang amat biasa berlaku setelah berubah, ianya hanya sementara. Oleh itu Fuad Latip menegaskan bahawa adalah amat penting untuk terus bermotivasi dalam perubahan ialah 'CONSTANT COMMUNICATION WITH ALLAH'.
Pasti ramai yang tertanya2 bagaimana hendak berkomunikasi dengan Allah dan mengapa?
Bagaimana? Dengan bercerita, berbual2 dengan Pencipta kita. Allah pasti tahu apa yang berada didalam hati kita tapi kita haruslah secara sedar bercerita untuk menunjukkan kesungguhan kita memerlukan Allah disetiap ketika.
Tatkala membaca lebih lanjut tulisan Fuad Latip, saya dengan sepantas kilat memahami dan seakan2 pernah terfikir tentang apa yang di kupas dan dikongsikan didalam tulisan beliau.
Sebagai contoh berkomunikasi dengan Allah, pasti anda tertanya2 takkan kita bercakap sendirian? Jangan risau, cakaplah didalam hati anda. Bukankah selama ini kita sentiasa ber 'mind-chat' dengan diri kita? itu yang di tekankan oleh Fuad Latip. Agak menggelikan hati kerana saya sendiri telah lama mengamalkan kaedah ini dimana saya sentiasa bercerita tentang perasaan dan tentang segalanya pada Allah. Paling saya suka semasa memandu kereta, baring2 di atas katil, juga semasa menonton tv, pelikkan?
Contoh apabila saya bercerita pada Allah, saya selalu kata begini 'Ya Allah, Engkau telah berikan aku segala2nya dan aku sangat bersyukur. Tapi kadang2 aku sedih jugak sebab aku belum lagi berumahtangga, aku sentiasa berusaha Ya Allah dan Kau tahu yang aku sangat bersungguh2 dalam usaha aku. Tapi kan Ya Allah, aku faham akan takdir Kau Ya Allah, sebelum ini aku tau aku jugak belum bersedia, tapi sekarang aku sudah bersiap sedia, oleh itu temukanlah aku dengan jodoh yang beriman yang Kau telah takdirkan untuk aku, aku yakin dengan doa ku Ya Allah'.
Di dalam buku FuadLatip itu juga saya ingin kongsikan satu doa dengan pembaca sekalian. Doa ini adalah untuk orang macam saya yang masih lagi berusaha untuk bertemu jodoh.
DOA UNTUK KEKASIH
Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah Ya Tuhanku
Yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannga jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya
Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah cukup Engkau sahaja yang menjadi pemelihara
ku
Didunia dan diakhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian
Didunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia dapat sama2 membina kesejahteraan
hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan
solehah
Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan didunia dan kebahagiaan
diakhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin…amin…ya rabbal alamin….
Baru-baru ini saya bukan sahaja ditinggalkan seminggu sebelum majlis pertunangan saya, malah difitnah pula. Alangkah hebat ujian Allah, saya menerima hakikat bahawa tiada jodoh antara saya dan dia. Cuma yang amat menyedihkan adalah cara dia memutuskan pertunangan dan juga tuduhan yang dilemparkan.
Benarlah kata Fuad Latip, Allah memberikan tanda dan jawapan melalui dua cara, KATA HATI KITA dan BAHASA ALAM. Minda saya kata pasti boleh didalam meneruskan perhubungan dengan lelaki yang telah meninggalkan dan memfitnah saya, tetapi kata hati sentiasa berasa sebaliknya. Apabila ada percanggahan antara hati dan minda, jiwa menjadi tidak tenang. Saya amat menyayangi lelaki tersebut tetapi jiwa tidak pernah tenang semasa bersama dia.
Sekarang apa yang saya pelajari dari peristiwa yang saya lalui? saya harus sentiasa BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH, merayu dan merintih, mengadu dan bertanya tentang apa sahaja pada ALLAH. Pasti ada jawapannya, bagaimana? Pabila hati berasa sangat menginginkan atau tidak menginginkan setelah kita bertanya pada Allah.
Kepada sesiapa yang pernah melalui peristiwa kejam yang saya lalui ini, bersabar dan berceritalah dengan Allah, hati pasti menjadi tenang.....
**************************************
Fast forward ke Oktober 2017, pengalaman yang telah saya lalui dengan manusia yang membuat saya patah hati telah menjadikan saya manusia yang lebih baik. Saya telah menerbitkan ebook tentang motivasi jodoh yang bertajuk Enjoy! Kembara Bertemu Jodoh.
Tujuan ebook ini ditulis.
Niat utama saya adalah untuk 'reach-out' kepada
seberapa ramai para pencari belahan jiwa atau pencari jodoh diluar sana
supaya tetap yakin dan berbahagia dalam pencarian.
Pencarian tentang apa?
Tentang Jodoh, ADA atau TIADA?
Bagaimana?
Saya menggalakkan pembaca mengikuti
panduan-panduan yang telah di 'highlight' kan untuk kekal optimis,
positif dan bahagia sementara menanti jodoh tiba.
Siapa
digalakkan untuk membaca?
A. Para pencari belahan jiwa atau jodoh,
yang selalu bertanya soalan-soalan yang mengganggu minda dan jiwa.
Antaranya,
Siapa jodohku?
Memang ada atau tidak ada jodohku ini?
Jika ada, kenapa tidak kunjung tiba?
Bila jodohku sampai?
Haruskah aku mencari atau menanti?
Apakan tujuan untuk mendapatkan jodoh?
B. Para pencari belahan jiwa yang lelah dalam
pencarian, pelbagai usaha dijalankan tetapi masih gagal sehingga ada perasaan
putus asa.
C. Mereka yang masih Single yang memilih untuk
merahsiakan pencarian jodoh kerana tertekan oleh pendapat orang sekeliling.
Apa transformasi atau faedah yang bakal
pembaca dapat setelah membaca buku ini?
A. Memahami dan mendapatkan jawapan kepada
soalan-soalan yang menggangu minda dan jiwa.
B. Tindakan atau strategi yang boleh membantu
mendapatkan atau menemukan jodoh.
C. Para pencari jodoh menjadi semakin tenang,
yakin diri dan tahu apa yang harus dilakukan dan tidak patut dilakukan.
Apa kelainan ebook ini?
i. Style Penulisan dan bahasa
yang digunakan ringkas tetapi padat dan sampai kepada pembaca;
ii. Penulis telah mencuba panduan-panduan
yang diketengahkan dan telah berjaya dalam penemuan jodohnya;
iii. Penyampaiannya santai dan terselit
humor ringan;
iv. Pembaca dapat merasakan yang penulis
memahami situasi mereka kerana penulis sendiri pernah mengalama masalah yang
sama;
v. Terdapat kata-kata hikmah atau quotes tentang
jodoh yang dipenuhi illustrasi lukisan tangan yang menarik.
Tentang Penulis
Seorang Pensyarah yang telah bertemu jodoh sewaktu
umurnya menghampiri 40 tahun. Memahami dilemma dan kesulitan para pencari
belahan jiwa. Penulis ingin berkongsi pengalaman dan tindakan yang patut
dan tidak patut diambil supaya kembara pencarian jodoh sentiasa membahagiakan.
6. Cara Pembelian ebook ini.
1. 'Like' FB page Suffiya Rose Books and Designs dan click sign-up atau email terus kepada penulis di suffiyarose2017@gmail.com, juga boleh terus whatsapp ke 0166734867;
2. Buat pembayaran dan emailkan bukti
pembayaran;
3. Penulis akan emailkan ebook tersebut.
4. Enjoy!
7. Harga ebook
adalah RM 15.00 (Malaysia), $5 (Singapura dan Brunei)
Copyright
Suffiya Rose 2017
All Rights
Reserved.