wahai sahabat2ku,
seringkali aku bertanya kenapa kita sentiasa merungut dengan apa sahaja? itu tak kena, ini tak kena, macam2 tak kena...itu tak cukup...ini tak cukup...macam2 tak cukup?
mari kita tengok apa yang kita ada ataupun miliki sebelum kita bercerita lebih lanjut:-
1. duit= ada, walaupun tak banyak, tapi cukup2 untuk bayar hutang;
2. kereta = satu jek, kadang2 ada 2 atau 3
3. handphone= 2-3, bergantung kepada misi penggunaan..heeheh
4. card credit= 2-3, bergantung, kadang2 dapat free jek...
5. kelengkapan rumah= lengkap, kadang2 ada 2-3 televisyen..
6. kasut= minimum 5, kadang2 boleh mencapai 30 pasang..
7. baju= tak terkira, tak ingat bila beli dan bila kali terakhir pakai....huhuhu
8. keluarga= sudah tentu keluarga penyayang
9. pendidikan= bagus2 belaka
10. komputer= laptop ada, desktop ada, i tab pun ada...ada hati nak beli baru pulak tu..
dapat dilihat dengan segala macam yang kita ada dan miliki, pernah tak kita terfikir kenapa kita masih lagi merungut macam2?
jawapan senang jek....kita lupa untuk bersyukur pada Pencipta kita hari-hari....hanya bila ditimpa kesedihan dan kesulitan, baru kita berdoa dan bersyukur padaNya...bukankah itu perangai kita?
macammana nak selesaikan masalah ni = berhenti merungut!
macammana nak mulakan?
1. Mula bersyukur hari hari...sentiasa ingat yang apa kita ada adalah dengan izin ALLAH, berterima kasih padaNya atas segala kenikmatan dan kesenangan yang di limpahiNya...
2. Mula listkan apa yang kita ada...bukan apa yang kita takde...manusia sentiasa melihat kepada apa yang mereka tidak atau belum miliki...sekarang adalah masanya untuk bergumbira dengan apa yang ada..
3. cari kenalan2 baru, bertukar idea dan fikiran...rapatkan ukhwah sesama muslim as we are Brothers and Sisters in Islam and among non-Muslims, we are Brothers and Sisters in Humanity...
4. Be proactive bukan reactive...sebelum teringat nak merungut lagi, cepat2 mulakan langkah untuk bertindak secara positif dan bukannya membalas secara negatif...
sekarang kita dah tau jawapan kenapa manusia suka merungut dan kita dah tau apa nak buat...kesimpulannya yang paling penting...kita harus sentiasa bersyukur pada ALLAH kerana diberi kesempatan bernafas, berdegup jantung, sihat fizikal, mental dan emosi dan yang paling penting kita diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan dengan di sokong oleh kasih sayang ALLAH....
Praise the Lord of the Heavens and Earth...
No comments:
Post a Comment