Check out my Ebook & other Digital Products

Friday, August 11, 2017

Baru Putus Cinta? 7 sebab mengapa anda harus bersyukur Alhamdulillah!!



Anda baru putus cinta, anda berada di tahap paling sedih dalam hidup anda. Tidak lalu makan, tidak lalu berkawan, tidak mahu bekerja, tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Anda kaku, tidak bermaya, anda benci kepada dunia dan sesiapa yang bahagia. Anda benci sidia dan anda benci diri anda. Ini adalah antara apa yang anda rasakan bukan? Saya sarankan berilah peluang kedua kepada diri anda. Bersyukurlah dan katakan Alhamdulillah.


Pasti anda tertanya-tanya kenapa perlu ALHAMDULILLAH syukur apabila putus cinta?

Jawapannya anda sudah ketahui tetapi anda buat-buat tidak tahu atau anda menafikan sepenuhnya.


Pertama,
Jika anda berniat dan mengimpikan mendapat jodoh yang soleh atau solehah, percintaan anda yang lepas adalah punca terhalangnya impian anda. Bagaimana mungkin anda boleh mendapatkan seorang yang meletakkan Allah didalam setiap tindak tanduknya sedangkan anda gila bercinta tanpa ingatkan Allah? Bersyukurlah anda sudah berhenti melakukan maksiat. Bagaimana anda boleh bertemu dengan sidia impian hati anda jika cara anda mendapatkannya hanya mengundang kemarahan Allah swt?



Kedua,
Anda sudah menjangkakan sidia akan meninggalkan anda. Jangan tipu diri sendiri. Tanda-tanda sudah kelihatan tetapi anda masih menafikan. Tanpa sebarang pesan, sidia terus pergi begitu sahaja tanpa rasa kasihan kepada anda. Anda menafikan cara sidia melayan anda, anda menafikan cara dia bercakap dengan anda, anda menafikan cara dia tidak melakukan sebarang usaha atau, jika ada nampak sangat separuh hati. Bersyukurlah anda tidak diherdik atau dimalukan dikhalayak ramai lagi. Bersyukurlah anda tidak dikasari lagi, bersyukurlah anda tidak perlu berusaha setiap masa untuk membuat sidia bahagia.


Ketiga,
Anda menggilai sidia sehingga anda buta mata dan hati. Ketahuilah bahawa, walaupun mata anda buta kerana terlalu mencintai, hati anda sentiasa nampak. Hati anda nampak akan bendera-bendera merah yang kelihatan pada dirinya. Tabiatnya, rutin hariannya dan prinsip hidupnya sangat berbeza dengan anda.


Keempat,
Teman rapat dan ahli keluarga sudah memberi amaran. Amaran tentang bagaimana sidia tidak secocok dengan anda, tidak sekufu atau tidak sepadan. Tidak secocok dan sepadan kerana anda seorang yang kemas, tetapi sidia seorang yang selekeh. Anda seorang yang mementingkan kebersihan, tetapi sidia mereput dalam kemalasan. Anda seorang yang bertungkus lumus untuk memenuhi kewajipan solat 5 waktu, walau berat anda tetap berusaha untuk menjadi Muslim yang mengamalkan Islam sebaiknya. Tetapi sidia selalu memperlekehkan dan memilih-milih untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Tidak sekufu pula selalunya dari sudut status. Anda datangnya dari golongan pertengahan yang kerjanya seperti hamba, kais pagi makan pagi, kais petang kadang-kadang tidak makan. Sidia pula, dari golongan bangsawan, petik sahaja jari, segalanya boleh didapati. Bersyukurlah anda tidak perlu lagi sentiasa menjelaskan mengapa sidia begitu begini kepada teman rapat dan keluarga. Anda tidak perlu lagi menerangkan mengapa sidia sombong sana sini.


Kelima,
Bersyukurlah kerana anda memang tidak berkenan dengan ibu bapanya dan ahli keluarganya. Ada sahaja yang tidak kena dengan diri anda, penampilan anda, pertuturan anda, kereta yang anda bawa, pelajaran anda yang tidak begitu 'up to their standard' dan sebagainya. Anda tahu ibu sidia tidak berkenan dengan anda juga. Selalunya perasaan tidak berkenan atau berkenan itu berlaku dua hala. Jika anda merasakannya, ibu bapa dan keluarga sidia juga sama.


Keenam,
Ibu bapa anda juga tidak berkenan dengan sidia. Mereka merasakan sidia sedang mengambil kesempatan atau apa sahaja sebab yang menyebabkan hati mereka tidak tenang. Benar, ada juga perhubungan yang berlangsung sampai ke anak cucu walaupun terdapat tentangan dari ibu bapa, tetapi mereka sentiasa tanpa henti berusaha untuk mengambil hati dengan melakukan pelbagai perkara untuk ibu bapa mereka. Memanglah bagus, tetapi memenatkan.


Ketujuh,
Nah! Anda boleh memperbetulkan usaha selari dengan niat anda. Jika anda mahu bertemu jodoh secepat mungkin, anda boleh mula memperbaiki diri dari pelbagai sudut, mental, emotional, spiritual dan fizikal.


****************************************************


Bagaimana mungkin anda dapat memulakan langkah dan menjadi seorang yang baru jika masih memegang erat kisah semalam? Si dia yang semalam milik orang lain. Bukan milik mu. Lepaskan kisah semalam yang menyakitkan. Bagaimana hendak melepaskan?

Minta ampun dari Allah..

Maafkan diri anda..

Maafkan dan lepaskan sidia yang lalu..

Bersyukur sidia bukan milikmu,

Berusaha bahagiakan diri..

Sibukkan dengan kerja amal sana sini..

Sibukkan dengan mencari ilmu,

Bahagiakan diri dengan sayangi ayah dan ibu..

Lepaskan dan maafkan,

Supaya minda dan hati kau tenang..

Baru Kau dapat menjemput jodoh yang sepadan,

Datangnya si dia tanpa kau jangka,

Datang bersama kasih sayang dan harapan..

(Petikan dari ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia (mukasurat 62) by Suffiya Rose.)



Oleh itu, bersyukurlah dan ucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih menyayangi anda dengan membawa anda keluar dari perhubungan yang menyedihkan dan memilukan. 
Anda masih berpeluang untuk bertemu seorang yang hebat yang Allah sudah tetapkan untuk anda.
InshaAllah.

-Suffiya Rose-


*************************************************

Anda sedang menantikan untuk bertemu jodoh? Sesekali berasa lelah dan hampir putus asa? Jom dapatkan ebook ini dengan segera!

Ianya akan membatu anda untuk senantiasa berbahagia sementara bertemu jodoh! Anda akan ketahui panduan-panduan yang akan membuat anda selalu berhati senang dan tenang. Penulisannya ringkas, padat, ada unsur humor, 'Quranic Law of Attraction' dan paling penting ianya sampai ke hati anda!
Selepas membaca, anda akan bertanya "Mengapa buku  motivasi jodoh sebegini tidak berada dipasaran dari dulu lagi?"
Dapatkan ebook ini sekarang dan anda akan ketahui bahawa 'Bertemu Jodoh itu satu Pengembaraan, bukan Perlumbaan!"
-Suffiya Rose-

 
Anda boleh mendapatkan ebook ini pada harga RM 15 dengan membelinya dari blog ini. Di ruang sebelah kanan atas profil penulis, anda boleh terus click and membelinya atau anda boleh whatsapp terus kepada penulis di 016-6734867 atau email kepada suffiyarose2017@gmail.com.





















Saturday, August 5, 2017

Adakah lelaki itu jodohmu? Lihat tindakan dan usahanya.-Suffiya Rose-



Bagaimana mungkin lelaki itu dapat membahagiakanmu jika setiap usaha kau yang harus mulakan dahulu?

#jodohquotes

by Suffiya Rose.



Kepada wanita-wanita di luar sana pasti ada yang mengalami masalah seperti diatas.

Jika anda yang bersungguh-sungguh berusaha melakukan pelbagai perkara untuk membahagiakan lelaki yang anda cintai, tetapi sidia bersahaja tanpa sebarang usaha. Yakinlah, anda akan terpaksa berusaha 500% lebih lagi sekiranya anda mengahwininya. Sidia langsung tidak menghormati anda dan berlagak seolah-olah anda lah yang terhegeh-hegeh mengejar cintanya. Sedangkan sidia, jika anda berani bertanyakan soalan seperti bila hendak masuk meminang atau bila ingin menikahi anda, kemungkinan besar jawapan sidia selamba dan menangguh-nangguh.

Tinggalkan lelaki seperti ini kerana sidia hanya mahu menjadikan anda teman part-time, bukan full-time.

Dalam Islam, Cinta adalah tanggungjawab. Muslimin yang baik pasti akan bertanggungjawab terhadap Muslimah yang dicintai dengan menikahinya secepat mungkin. Kasih sayang dan cinta harus disulami dengan tanggungjawab dari segi menanggung apa sahaja keperluan.

Jika lelaki itu memberikan jawapan seperti " kita bercintalah setahun dua dulu, barulah kita tengok kemana perhubungan ini akan membawa kita". Cepat-cepatlah anda tinggalkan lelaki seperti ini.

Mengapa? Pada akhirnya wanita juga yang akan rugi. Buktinya? Jika si lelaki mempunyai ramai kenalan dan teman wanita, dia dipanggil dengan panggilan yang cantik bunyinya seperti kasanova, romeo atau playboy. Cuba perhatikan apa panggilan yang dilemparkan kepada wanita yang memiliki sifat yang sama? Perkataannya yang digunakan sangat buruk bunyinya. Cuba anda fikirkan apa perkataan-perkataan yang selalu di gunakan oleh masyarakat terhadap wanita yang sering bertukar pasangan atau berpeleseran dengan lelaki? Teruk kan bunyinya?

Oleh itu, jika anda menghormati diri anda, menghormati Islam sebagai pegangan hidup anda, menghormati ibu bapa anda yang telah bersusah payah membesarkan anda dengan sebaiknya, anda ada pelajaran, ada sedikit harta, rupa paras anda kemas dan cantik. Carilah lelaki yang menyayangi anda kerana Allah. Apa maksudnya? Sidia sayang anda kerana Allah dengan ingin menikahi anda tanpa bertangguh-tangguh.

Semoga anda bertemu jodoh anda tidak lama lagi.



By Suffiya Rose
















Tuesday, August 1, 2017

Simple tapi Sampai! Dapatkan ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia by Suffiya Rose

Assalammualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian,

Jika anda tercari-cari ebook tentang jodoh yang simple tetapi sampai ke hati, anda digalakkan untuk membeli ebook ini. Maklumbalas antara para pembaca adalah seperti berikut:


1. " Penulisan yang paling jujur tentang jodoh yang pernah saya baca. Ebook ini menjawab pelbagai persoalan yang bermain diminda dan hati saya. Ringkas tetapi padat dan sampai ke hati pembaca. Terdapat juga quotes yang berilustrasi menarik dan original."
-Zayda.N, Registered Nurse, Malaysia-


2. "It's light, humour injected, faith evoking and debonair. I like it that the Author actually engaging with the reader eventhough the reader is monologue-ing the structured points."
-Diana Osman, Physiotherapist, Singapura-

Note: Quote tidak terdapat didalam ebook
3."Buku ini sesuai untuk semua lapisan umur, tidak kira yang telah atau belum bertemu jodoh. Penyampaiannya menarik dan mampu mencuit hati pembaca dengan cara yang tersendiri. Apa yang penulis hadapi, sebenarnya semua orang yang mencari jodoh juga hadapi. Langkah-langkah yang terdapat di Chapter 4 memang betul-betul boleh di gunapakai. Kenapa waktu saya bujang dulu, tidak ada buku seperti ini?"
-Baiti Hassan, Johor Bharu, Malaysia-

4. Sangat bermanfaat dan tip-tip nya amat membantu. Walaupun saya sudah berumahtangga, setelah membacanya, saya termotivasi untuk memperbaiki hubungan yang lebih baik dengan teman hidup saya. Daya penulisan Penulis hebat kerana saya merasakan sepertinya Penulis sedang bercakap dihadapan saya. Isi kandungan dan lukisan yang terdapat di ebook ini boleh saya katakan tahap A.                                 -Nizam Ali, Subang, Career Coach-
    
5. It was written with sincerity. It took me down the memory lane in muhasabah myself. The book opens the space in me to evaluate the relationship and happiness I'm holding- do we really surrender ourselves to the Almighty for our happiness gained or do we really appreciate the happiness granted by Allah. Though the title seems focusing on those who is seeking for jodoh but frankly the whole journey caters deeper steps in self sustainability. Well don! - Masturah Amin, Shah Alam, Lawyer-




"Bertemu jodoh itu suatu pengembaraan, bukan perlumbaan"
-Suffiya Rose-