Bagaimana mungkin lelaki itu dapat membahagiakanmu jika setiap usaha kau yang harus mulakan dahulu?
#jodohquotes
by Suffiya Rose.
Kepada wanita-wanita di luar sana pasti ada yang mengalami masalah seperti diatas.
Jika anda yang bersungguh-sungguh berusaha melakukan pelbagai perkara untuk membahagiakan lelaki yang anda cintai, tetapi sidia bersahaja tanpa sebarang usaha. Yakinlah, anda akan terpaksa berusaha 500% lebih lagi sekiranya anda mengahwininya. Sidia langsung tidak menghormati anda dan berlagak seolah-olah anda lah yang terhegeh-hegeh mengejar cintanya. Sedangkan sidia, jika anda berani bertanyakan soalan seperti bila hendak masuk meminang atau bila ingin menikahi anda, kemungkinan besar jawapan sidia selamba dan menangguh-nangguh.
Tinggalkan lelaki seperti ini kerana sidia hanya mahu menjadikan anda teman part-time, bukan full-time.
Dalam Islam, Cinta adalah tanggungjawab. Muslimin yang baik pasti akan bertanggungjawab terhadap Muslimah yang dicintai dengan menikahinya secepat mungkin. Kasih sayang dan cinta harus disulami dengan tanggungjawab dari segi menanggung apa sahaja keperluan.
Jika lelaki itu memberikan jawapan seperti " kita bercintalah setahun dua dulu, barulah kita tengok kemana perhubungan ini akan membawa kita". Cepat-cepatlah anda tinggalkan lelaki seperti ini.
Mengapa? Pada akhirnya wanita juga yang akan rugi. Buktinya? Jika si lelaki mempunyai ramai kenalan dan teman wanita, dia dipanggil dengan panggilan yang cantik bunyinya seperti kasanova, romeo atau playboy. Cuba perhatikan apa panggilan yang dilemparkan kepada wanita yang memiliki sifat yang sama? Perkataannya yang digunakan sangat buruk bunyinya. Cuba anda fikirkan apa perkataan-perkataan yang selalu di gunakan oleh masyarakat terhadap wanita yang sering bertukar pasangan atau berpeleseran dengan lelaki? Teruk kan bunyinya?
Oleh itu, jika anda menghormati diri anda, menghormati Islam sebagai pegangan hidup anda, menghormati ibu bapa anda yang telah bersusah payah membesarkan anda dengan sebaiknya, anda ada pelajaran, ada sedikit harta, rupa paras anda kemas dan cantik. Carilah lelaki yang menyayangi anda kerana Allah. Apa maksudnya? Sidia sayang anda kerana Allah dengan ingin menikahi anda tanpa bertangguh-tangguh.
Semoga anda bertemu jodoh anda tidak lama lagi.
By Suffiya Rose
No comments:
Post a Comment