Check out my Ebook & other Digital Products

Thursday, September 13, 2012

Adakah wanita itu dipilih atau memilih?


Saya tertarik dengan show motivasi oleh Mario teguh, yang telah merevolusikan konsep motivasi. Terdapat seorang penonton di studio yang menanyakan soalan berikut..

‘Adakah wanita itu dipilih atau memilih’?
Apa yang sangat mengagumkan saya adalah jawapan Mario Teguh. Kedengarannya sangat ringkas dan logika, tetapi memberikan makna yang sangat dalam sehinggakan berjaya membetulkan pemikiran stereotype mana-mana lelaki.

Seperti yang kita selalu dengar dan perhatikan, lelaki akan berkata mereka yang akan memilih wanita dan bukan sebaliknya. Yang membuatkan saya sependapat dengan Mario Teguh ialah apabila dia mengatakan bahawa ‘ Bukan wanita yang anda pilih, tapi pantaskanlah diri anda untuk di pilih wanita-wanita terbaik’. Apa maksudnya?

Sangat mudah. Jadikanlah diri anda seperti wanita yang anda ingini. Jika anda mengimpikan wanita-wanita yang baik dan hebat, anda siapkan diri anda menjadi baik dan hebat. Mana munkin diri anda seorang lelaki yang tidak berusaha untuk memajukan diri dari perlbagai sudut mendapat wanita yang terbaik dari segi amalan Agamanya, pendidikannya, penampilannya, tutur katanya, kesantunannya, kelembutannya, kariernya, tanggungjawabnya dan ketabahannya dan seterusnya?

Pendek kata, analogi yang paling mudah ialah, masakan bila kita membelah epal, separuh lagi kelihatan seperti nenas? Pasti epal di gandingkan dengan epal. Jika anda tidak bersetuju, saya tidak memaksa anda bersetuju kerana misi saya menulis ialah untuk membawa para pembaca dan diri saya untuk membuka minda dan bermuhasabah diri. Pesanan ini juga adalah untuk diri saya sendiri.

Jika mana-mana lelaki mengatakan mereka mudah untuk memilih maka mereka tidak perlu bersusah payah membangunkan diri mereka, itu amat menggelikan hati. Ini kerana wanita-wanita terbaik mahukan anak-anak yang mempunyai bapa-bapa yang mampu dari segi mengadakan keperluan-keperluan asas dan kehendak. Maka untuk mampu, para bapa haruslah terdiri daripada jenis manusia yang terbaik dari segi amalan agamanya, mencari rezekinya dan kesantunan dan keperibadiannya.

Wallahualam.


Written by Michael Rose 2012


No comments:

Post a Comment