Besederhana mengadakan majlis perkahwinan dianggap gila
Kerana kahwin sekali seumur hidup katanya
Hendak pelamin beribu-ribu harga
Bukannya orang hendak tengok lama-lama
Besederhana dalam memilih baju pengantin
Nanti di kata tidak mampu atau biasa-biasa sahaja
Kalau boleh baju biar ada berlian menyala-nyala
Yang sebenarnya, baju terlalu glamour,
Nanti tidak sepadan dengan biasanya muka
Besederhana dalam memiliki handphone dianggap gila
Kerana tidak 'vogue' dan ketinggalan zaman pula
'Smartphone' di puja-puja konon 'intelligent' katanya
Tapi sebenarnya empunya handphone yang tak berapa nak 'smart' rupanya..
Besederhana dalam berbelanja membeli secara 'cash' dianggap gila
Lebih baik berhutang sebab senang katanya
Cuba kita fikirkan kalau di kira-kira hutang kita
Tidakkah membayar bunga membazir namanya?
Besederhana didalam membeli beg tangan dianggap gila
Harga ribu-ribu itu biasa dan bukan pembaziran katanya
Pakai beg berjenama memberi kepuasan pada empunya
Padahal, orang bukannya kisah jenama apa dia ada
Besederhana dalam pemakaian tudung dianggap gila
Kerana dikatakan tidak moden dan tidak glamour
Beli tudung harga beratus-ratus macam-macam warna
Yang gelikan hati, muka macam tu juga.....
Sekadar nukilan menghiburkan....
by Michael Rose 2012
No comments:
Post a Comment