hidangan ini sangat cepat dan mudah. boleh disiapkan dalam 20 minit...
Mungkin dari rupanya tidaklah secantik chicken wings dikedai atau dipasar malam, tetapi kehalalan dan kebersihan terjamin kalau buat sendiri. Hidangan ini saya khaskan untuk 3-4 orang.
Bahan-bahan A
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
1 biji bawang merah
(kesemuanya diatas disagat atau ditumbuk)
Sedikit daun ketumbar
Perahan lemon
Madu 2-3 sudu (ikut suka tahap kemanisan yang diinginkan)
Gula merah (1-2 sudu, juga ikut suka tahap kemanisan yang diinginkan)
Kicap 2 sudu
Sedikit garam
Bahan B
Kepak ayam.
(tip- nak cepat masak kelar-kelarkan kepak)
Cara memasak
-Perapkan bahan-bahan A dan bahan B dan biarkan selama 30 minit. Lebih lama perapan, lebih sedap rasanya, tetapi jikan anda tidak mahu menunggu, tidak perlu diperap.
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak atau mentega.
2. Masukkan ayam dengan kuah perapan sekali.
3. Tutupkan kuali dan dimasak dengan api sederhana.
Masak sehingga kuah kering dan periksa ayam setiap 10 minit. Bukan apa, takut nanti ayam hangus.
Selamat mencuba!!
by Michael Rose 2012
No comments:
Post a Comment