Check out my Ebook & other Digital Products

Wednesday, October 25, 2017

Apa maksudnya bila wanita yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang keji untuk wanita yang keji?


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)....".
An-Nur, Ayat 26, The Noble Quran.

Ayat diatas menjelaskan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.
Lelaki dan wanita yang baik tidak bermaksud mereka yang tidak pernah berbuat dosa, tetapi, wanita dan lelaki yang baik adalah mereka yang sentiasa berusaha menjadi baik.

Kita manusia tidak terlepas dari melakukan dosa. Paling penting ialah kita mestilah selalu siasat diri. Jika kita terlajak dari landasan Allah, kita bertaubat. Jika kita semakin lalai dari menjalankan ibadah, kita kembali semula kepada Allah dengan taubat. Orang yang baik sentiasa berusaha siasat diri dan betulkan diri. Sebagai contoh, ada masanya kita susah sangat hendak menunaikan solat subuh. terlajak tidurlah, terlupa alarm clock lah, sudah bangun tapi tidur semula dan sebagainya.

Lelaki yang keji untuk wanita keji. Apa maksudnya?
Mungkin anda berfikir terdapat juga lelaki yang jahat, tetapi berkahwin dengan wanita yang baik. Ada juga wanita yang keji dan jahat tetapi berkahwin dengan lelaki yang baik. Mungkin itu caranya Allah hendak memberikan syurga kepada lelaki dan wanita yang baik yang berjodoh dengan yang keji. Waahu'alam. Seperti kisah Siti Asiah yang bersuamikan Firaun yang kejam dan mengaku dirinya sebagai Tuhan. Asiah yang kekal beriman kepada Allah walau diseksa sehingga mati. Tetapi, Asiah lah antara penghulu wanita di dalam syurga yang mewakili wanita-wanita yang teraniaya bersuamikan lelaki yang durjana.

Yang keji berjodoh dengan yang keji kerana masih mengamalkan cara hidup yang keji, tidak bertaubat dan tidak mahu mendekatkan diri dengan Penciptanya. Bangga dengan kemungkaran dan kemaksiatan, bangga dengan harta benda yang masih dinikmati walaupun membenci Tuhan. Inilah keji yang dapat saya fikirkan. Mungkin definasi anda tentang keji berlain dari saya, itu hak anda.

Paling penting, jika anda menginginkan seorang suami yang beramal soleh, beriman kepada Allah dengan cara yang Allah suruh, berbuat baik dengan ibu bapa, keluarga dan manusia yang lainnya, anda haruslah menjadi seperti siapa yang anda mahukan. Be the person you want to be with.

Anda mahukan isteri yang solehah dan berakhlak baik, anda haruslah mulakan dulu menjadi lelaki soleh. Jaga mata, jaga maruah, jaga solat dan jaga akhlak, barulah wanita idaman anda akan ditemui. Jika anda masih bergelumang dengan maksiat tetapi mengimpikan wanita solehah, sepertinya orang yang bekerja di tempat pembuangan sampah dan mahu beribadat di masjid, tetapi enggan mandi membersihkan diri dan mengambil wudhu. Cuba fikirkan. Oleh itu mandilah dulu dengan bertaubat berniat tidak ulangi kesilapan, slowly but surely menjadi muslim yang lebih baik. Barulah wanita idaman anda akan mula bergerak kearah anda.

Wallahu'alam.


Penemuan Jodoh itu satu pengembaraan, bukan perlumbaan.
-Suffiya Rose-
Copyright 2017
*********************





No comments:

Post a Comment