Check out my Ebook & other Digital Products

Friday, October 13, 2017

Mahu kelihatan jelita dan menawan untuk calon jodoh anda?


Assalammualaikum para pembaca sekalian,

Sudah beberapa minggu saya tidak menulis entri baru. Hari ini baru berkesempatan untuk menulis, Alhamdulillah.

Seringkali, media dan perniagaan-perniagaan besar menggembar gemburkan yang kecantikan itu harus kulit yang mulus, kulit putih gebu, mata besar, baju mahal berkelip-kelip, kosmetik yang beratus-ratus harganya, krim macam-macam kegunaan dan sebagainya. Memang ramai yang suka bersolek termasuk saya. Cuma saya suka oles sedikit lipstick supaya tidak kelihatan sugul atau tidak bermaya. Hakikatnya, lebih ramai lagi yang tidak bersolek kerana tidak sempat, terlalu sibuk, suami tidak kisah, lipstick tidak ada stok dan sebagainya.

Memang ramai yang minat kosmetik dan krim yang boleh memutihkan, tetapi lebih ramai lagi yang tidak bersolek dan menggunakan pelbagai krim. Buktinya, cuba anda perhatikan wanita-wanita disekeliling anda. Bagaimana pakaian dan rupa paras mereka? Yang pasti, saya juga memerhatikan wanita-wanita diluar sana yang bersolek sekadar mengenakan lipstick dan pakaian kemas sederhana.

Kupasan ringkas saya ini membawa kepada persoalan adakah bersolek, memiliki kulit yang putih gebu serta mengenakan pakaian dan aksesori yang mahal menjadikan wanita itu jelita dan menawan?

 Ya, bersolek dan mengenakan pakaian cantik ada impak terhadap ketrampilan. Yang penting tidak nampak lesu dan tidak bermaya serta tidak selekeh. Tetapi, ianya tidak menjanjikan seseorang itu kelihatan jelita dan menawan. Oleh itu apa yang membuatkan kita menawan, jelita dan memikat?

Sudah tentu pendapat kita semua berbeza kerana pendapat diasaskan dari pengalamana hidup kita dan pemerhatian terhadap orang sekeliling.

Pada pendapat saya, yang menjadikan seseorang itu menawan dan jelita adalah AKHLAKNYA.
Definasi akhlak pada saya adalah cara seseorang itu bercakap dan melayan orang lain. 

Ada orang yang tidak cantik rupanya, tetapi akhlaknya yang menghormati dan peramah membuatkan dia kelihatan menarik. Ada orang yang sangat cantik tetapi tidak menarik kerana cara dia bercakap dan melayan orang lain dengan cara tidak menyenangkan dan tidak menghormati. 

Seseorang itu boleh menjadi jelita dan menawan jika memiliki Agama, Adab dan Amanah.
Agama adalah apabila dia segala tindakannya berpaksikan Allah The Almighty dan Sunnah Rasullullah. Menyebabkan dia amat menghormati orang lain dan ini menjadikan dia memiliki Adab yang baik. Apabila dia diberikan sesuatu tugasan, dia akan menjalankannya dengan amanah. 

Wanita atau lelaki yang memiliki 3A iaitu Agama, Adab dan Amanah akan menjadi orang yang sangat menarik. Mereka menarik orang yang seperti mereka. Bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. Orang yang menghormati akan tertarik dengan oran yang menghormati. Orang yang tidak menghormati sesiapa akan menarik orang yang sepertinya.

Begitu juga dari sudut Pencarian atau Penemuan JODOH. Untuk menarik perhatian jodoh yang menghormati dan beradab, kita haruslah menjadi orang yang menghormati dan beradab. Titik.


Nah, tidak perlu berbelanja beribu-ribu ringgit untuk kelihatian menawan. Cukup sekadar oles kan diri anda dengan sifat menghormati dan beradab, jodoh pasti terpikat.

Kepada anda yang masih single, 
kemaskan akhlak dan ketrampilan, 
Jodoh sebenar pasti tertawan
-Suffiya Rose-





 

Suffiya Rose Copyright 2017
Author Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia
email suffiyarose2017@gmail.com
___________________________________________________
 Untuk membeli ebook enjoy! Kembara Bertemu Bahagia, dapatkan pada harga promosi RM15.00. Ebook dalam format PDF dan email kepada suffiyarose2017@gmail.com
Untuk dapatkan Chapter 1 secara percuma, lawati FB page Suffiya Rose Books and Designs.


















No comments:

Post a Comment