Check out my Ebook & other Digital Products

Thursday, November 16, 2017

Tunggu punya tunggu, lelaki itu kahwin lain? Sayangilah diri sendiri dahulu.

Tunggu punya tunggu, si dia tidak berikan jawapan.
..tahu-tahu dia kahwin wanita lain..

Saya terpanggil menulis entri tentang masih ada wanita yang masih single diluar sana yang sanggup menyeksa diri. Mengapa?

Mereka sanggup menyeksa diri dengan menunggu dan terus menunggu tanpa sebarang jawapan dari si lelaki. Di bawa berbual setiap hari sudah, dirayu sayang setiap hari sudah, dibawa berjalan setiap minggu sudah, di bawa bermain tennis dan badminton sampai bengkak tangan dan kaki pun sudah. Di bawa makan di kedai mamak sudah, dibawa ke majlis perkahwinan orang lain pun sudah. Tetapi bila ditanya bila nak menikah?

Si lelaki menjawab, 'KITA LIHATLAH DAHULU, KITA TENGOK KEMANA PERHUBUNGAN INI AKAN MEMBAWA KITA'. Jawapan standard atau tipikal lelaki yang ingin mempunyai teman part-time yang tidak perlu diberikan wang belanja bulanan, yang tidak perlu bertanggungjawab 24 jam sehari, yang tidak perlu bertanggungjawab untuk mempercepatkan pernikahan kerana wanita yang berpaut kepada mereka sanggup menunggu sampai bila-bila..

Mari kita lihat pula, di waktu menunggu setahun, dua tahun, tiga tahun atau 10 tahun, tiba-tiba silelaki menikah dengan orang lain, apa terjadi kepada wanita yang menunggu? Terjun pokok petai lah jawabnya. Menangis sehingga bengkak mata hampir buta. Mengapa wanita sanggup menunggu tanpa jawapan pasti tentang masa depan bersama? Jawapannya memang banyak, tetapi yang saya boleh fikirkan adalah kerana wanita itu takut kehilangan lelaki yang dikenalinya selama 5 tahun itu dan dia takut jika dia tidak dinikahi.

Oleh itu, kenapa pula wanita itu takut kehilangan dan sanggup diperlakukan seperti dia diperbuat dari kayu atau besi?

Jawapannya, si wanita itu tidak menyayangi dirinya dahulu. Ia tidak bermaksud yang wanita itu mementingkan dirinya sendiri. Tetapi ianya bermaksud, apabila wanita menyayangi dirinya dahulu, dia tidak akan menunggu begitu lama. Dia tidak akan sentiasa menenangkan dirinya dengan berkata 'TIDAK APA, AKU HARUS BERI DIA RUANG, BIARLAH, NANTI DIA PASTI AKAN MENGAJAK AKU MENIKAH. AKU TIDAK MAHU MENEKAN DIA KERANA APA AKAN TERJADI KEPADAKU JIKA AKU TERLALU MEMAKSA?

Apabila lelaki itu merasakan yang dia dipaksa, sebenarnya dari awal lagi dia tidak mahu menjadikan wanita itu isterinya. Hanya teman dikala sunyi dan menjaga imej yang menunjukkan dia tidak pernah sendiri.

Bagaimana mungkin apabila seorang lelaki bertekad untuk menikahi seorang wanita merasakan usahanya itu suatu paksaan?

Bak kata pepatah melayu yang amat saya kagumi,
Hendak seribu daya...
Tak hendak seribu dalih..

Oleh itu, wahai wanita diluar sana, sayangilah diri anda dahulu...
Jika si dia masih tiada jawapan setelah setahun berkenalan, bergeraklah bersendirian kerana bersamanya dosa berlipat ganda, dosa mata, dosa telinga, dosa sentuhan. Apabila anda berpacaran setiap pergerakan, setiap pertuturan, setiap sentuhan menjurus kepada dosa. Hebatnya Islam, apabila menikah, setiap perkataan, setiap pandangan dan sentuhan di beri ganjaran pahala dan ketenangan didalam jiwa. Anda pilih, untuk tenang dalam kemaksiatan atau tenang dalam pernikahan. Saya bukan Ustazah tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi pesanan baik sesama kita. Saya ingin berkongsi maklumat kepada wanita diluar sana yang alam percintaan adalah satu fantasi, alam pernikahan adalah alam realiti...

Sayangilah diri anda dengan jangan ditunggu lelaki yang tidak mahu..
Dapat diketahui dari kata-kata dan tingkah laku..
Usahanya tidak kelihatan tapi masih minta ditunggu...
Bergeraklah dan berusaha lebih hebat lagi mempersiapkan diri untuk jodoh yang sebenarnya...
Janganlah mengkhianati jodoh anda yang telah disediakan Allah..
Berusaha dari segi hebatkan hubungan dengan Allah The Almighty, 
hebatkan hubungan dengan ibu bapa dan diri sendiri...


Oleh itu, anda yang masih single dan masih menantikan untuk ditemukan dengan jodoh anda, ingatlah satu perkara, bagaimana mungkin anda akan bertemu yang soleh jika cara anda mendapatkan jodoh mengundang kemarahan Allah? Jadilah wanita yang baik, saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk menjadi baik. Orang yang baik tidak bermaksud tidak melakukan dosa, tetapi lebih kepada sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Untuk siapa? Untuk Allah.

Hati lelaki 100% dipegang oleh Allah. Oleh itu, mintalah kepada Allah agar hati lelaki yang mencintaiNYA terpaut kepada anda dan mengajak anda menikah tidak lama lagi.Aminnnn Ya Rabbal Alamin


Hamba Allah,
-Suffiya Rose-
Penulis Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Jodoh,
Panduan para pencari belahan jiwa...



Buku ini sesuai untuk mereka yang masih single. Berminat untuk mendapatkannya? Email suffiyarose2017@gmail









No comments:

Post a Comment