Check out my Ebook & other Digital Products

Monday, November 13, 2017

Anda ada kemusykilan tentang jodoh? Jom tanya saya!


Kenapa saya, Suffiya Rose penulis ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia boleh menjawab persoalan tentang jodoh? Saya berkahwin diusia menghampiri 40 tahun. Saya juga telah melalui pelbagai pengalaman suka duka sehinggakan saya telah membuat keputusan untuk menulis buku tentang jodoh.

Ebook saya berkisar tentang panduan-panduan untuk para pencari jodoh agar mengikutinya atau mengaplikasikannya didalam kehidupan seharian mereka.

Saya amat menggalakkan para pencari jodoh untuk mengguna pakai panduan yang disediakan agar mereka kekal berharap, yakin dan berusaha yang jodoh mereka ada diluar sana. Walau penat, walau bosan, walau menyampah sekalipun, jangan pernah sekali-kali berhenti berdoa kepada Allah SWT tentang jodoh. Benar, jodoh itu sudah ditetapkan Allah, tidak cepat tidak lambat, hanya waktu yang tepat. Tetapi sebagai manusia lemah dan hina, kita tidak dapat lari dari berfikiran negatif mempersoalkan mengapa jodoh tida kunjung tiba.

Saya terpanggil untuk menulis ebook ini kerana saya mahu membantu para pencari belahan jiwa agar berani membuat keputusan untuk berusaha dengan tekad dan penuh harapan.

Ebook ini juga disasarkan kepada mereka yang seringkali gagal dalam berpacaran. Jika difikirkan, bagaimana mungkin pacaran membawa kebahagiaan dan kegembiraaan sedangkan secara terang-terangan ianya haram disisi Islam. Kata Ustaz Pahrol Juoi, mengapa Islam mengharamkan sesuatu itu? Sesuatu yang haram itu secara fitrahnya tidak disukai oleh manusia itu sendiri. Maksudnya, Islam itu fitrah, oleh itu apa sahaja yang merosakkan, membinasakan, menyedihkan dan melemahkan, itu semua haram hukumnya. Sebagai contoh, adakah kita suka jika seorang lelaki bukan muhrim memeluk adik perempuan kita? Adakah kita suka jika kita ditipu? Adakah kita suka jika jiran kita dengan suka hati buang sampah di depan pagar rumah kita? Adakah kita  suka jika pelanggan datang makan direstoran kita dan lari begitu sahaja ? Semua perbuatan itu adalah haram kerana tiada siapa yang suka untuk diperlakukan sedemikian bukan?

FB Page :Suffiya Rose Books and Designs
Begitu juga dengan berpacaran. Bertahun-tahun pacaran, berkahwin seketika sahaja. Mengapa? Anda akan dapat mengetahui antara jawapan mengapa pacaran itu menyedihkan dan haram disisi Islam dengan membaca ebook saya. Saya telah menjelaskan serba sedikit bagaimana Teori Pembentukan Pasukan yang diperkenalkan oleh pengkaji bukan Islam yang amat selari dengan ajaran Islam. Mengapa selari? Kerana Islam itu selari dengan fitrah manusia. Dapatkan ebook saya hari ini dan ia akan membuat anda terfikir, " hmmm.....tak sangka selari sungguh dengan mengapa pacaran itu tidak menjanjikan perkahwinan yang bahagia dan mengapa orang yang tidak berpacaran tidak semestinya tidak boleh menjalani perkahwinan yang panjang dan bahagia".

Pendek kata, alam percintaan atau pacaran itu adalah alam fantasi, manakala alam pernikahan itu alam realiti. Mereka yang sudah berumahtangga akan sedar yang alam perkahwinan merupakan satu kembara yang amat berlainan dan berbeza, penuh cabaran, menuntut kesabaran dan toleransi yang tinggi tetapi pada sama penuh kebahagiaan dan ketenangan.

Ya, saya bukan pakar motivasi tetapi saya boleh kongsikan panduan dengan anda supaya sentiasa postitif, bergembira dan yakin dalam menanti jodoh ditemukan Allah SWT nanti.

Anda boleh ajukan soalan diruang comment dibawah nanti dan saya akan menjawab persoala anda secepat mungkin.

 Oleh itu kepada yang masih single, jangan biarkan sesiapa beri tekanan kepada diri anda tentang persoalan jodoh. Just enjoy the journey. Ingat, penemuan jodoh itu satu pengembaraan, bukan perlumbaan.


-Suffiya Rose-
Copyright 2017


Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia akan membantu anda didalam mengetahui perkara berikut:


#25 idea untuk selalu bahagia dalam menanti jodoh tiba
#6 perkara perlu dilakukan untuk mendapatkan jodoh
#ketahui cara menarik jodoh impian
Dapatkan pada harga promosi RM 15.00. Whatsapp hari ini di talian +60166734867 atau email kepada suffiyarose2017@gmail.com


No comments:

Post a Comment