|
Handmade bracelets by Maysmerized.com |
Didalam entri kali ini, saya ingin bercerita mengenai betapa pentingnya untuk menyayangi diri sendiri dahulu. Kemudian, barulah kita boleh sayang orang lain. Apa maksud sayang diri sendiri dahulu?
Maksudnya ialah:-
1. Dalam mengenali bakal jodoh, anda tidak berkompromi apabila melibatkan isu Pegangan Agama, Prinsip hidup dan nilai-nilai murni yang ibu bapa anda terapkan dalam diri anda.
Sebagai contoh, anda seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang anda tidak akan terpikat dengan lelaki yang merokok, tetapi ketika anda berkenalan dengan calon jodoh anda, anda menerima dia walaupun dia perokok tegar atas alasan takut tidak ada lelaki lain yang akan hadir dalam hidup anda. Nah, disini sudah terdapat satu 'Contradiction' atau suatu yang bertentangan sedang berlaku. Prinsip anda mahukan yang tidak merokok, tetapi anda menerima calon jodoh anda seorang perokok. Satu lagi contoh, jika anda seorang yang pemurah dan mahukan calon anda juga seorang yang pemurah. Tetapi apabila anda berkenalan dengan calon yang dirasakan sesuai, dia seorang yang sangat kedekut. Bila keluar makan, anda sahaja yang belanja atau dia minta anda belikan itu ini. Nah, ini sudah ada suatu elemen bertentangan dengan prinsip anda. Mengapa saya katakan menyayangi diri bermaksud anda tidak berkompromi apabila melibatkan prinsip hidup? Apabila anda berkompromi, anda akan sentiasa berasa susah hati dan gelisah dek kerana sidia calon yang dirasakan sesuai tidak menepati prinsip hidup anda. Ya, anda boleh teruskan perkenalan dan mungkin anda akan menikah dengan sidia, tetapi anda harus ketepikan prinsip hidup anda.
Isu Pegangan Agama pula adalah suatu isu yang sangat sensitif. Di Malaysia, jika yang non-Muslim ingin berkahwin dengan Muslim, mereka harus memeluk Islam dahulu, barulah boleh berkahwin. Jika anda sedang bercinta dengan non-muslim dan sudah memasuki tahun yang ke-5, sidia belum ada tanda-tanda untuk memeluk Islam. Apa yang anda tunggu lagi? Sudah jelas, sidia belum bersedia kerana ingat, pertama Allah lah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang mencariNYA, kedua, jika sidia bersedia dan bersungguh-sungguh, tahun pertama perkenalan lagi sidia sudah memulakan usaha untuk menikah dengan anda. Jika anda masih menunggu, anda tidak menyayangi diri anda. Titik. Jauh sekali menghormati diri anda. Selagi sidia melihat yang anda sanggup tunggu walau tanpa kepastian, selagi itulah dia akan berdolak dalih. Sebenarnya, andalah yang tidak menyayangi dan menghormati diri anda dan keluarga anda sendiri.
Ingatlah, anda berhak untuk dinikahi atau menikahi sidia yang betul-betul menghormati anda dengan mengajak anda berkahwin dan seterusnya ingin meyintai anda dengan penuh tanggungjawab. Benar, sidia mungkin akan memeluk Islam dan anda boleh menikah dengan
sidia. Tetapi anda harus kuat dan sabar 500% dalam mendidiknya tentang
Islam dan menjalani kehidupan berumahtangga dengannya.
Pendek kata, beranikan diri untuk berdiri diatas prinsip diri anda. Prinsip yang mengutamakan Allah SWT, menyayangi dan menghormati diri anda. Barulah sidia yang sebenarnya jodoh anda akan terpikat. Jika dia lari kerana anda mengutamakan prinsip hidup anda, nah... dia memang bukan milik anda. Sidia yang di tetapkan Allah sedang dalam perjalanan menghampiri anda. Jika dialah orangnya, dia pasti tunggu.
2. Sayangi diri anda juga bermaksud menghormati diri anda. Bagaimana?
a. Anda mengutamakan Allah SWT. Utamakan bermaksud, apabila anda keluar dengan calon jodoh anda, anda sentiasa ingat apa yang dilarang dan yang dianjurkan Allah swt. Yang dilarang adalah tidak berdua-duaan sambil merayu cinta dan belaian. Memang anda sedang dalam perkenalan, mungkin anda berfikir bagaimana hendak mendapatkan suami jika itu tak boleh ini tak boleh. Ingat, hati jodoh anda dalam genggaman Allah. Hatinya milik Allah SWT, oleh itu anda tidak perlu 'impress' kan si calon jodoh anda itu. Hanya perlu IMPRESS ALLAH SWT, si dia pasti akan terpikat.
Oleh itu, untuk hatinya terpikat, jadilah Muslimah atau Muslimin yang ikut perintah Allah, barulah sidia akan terpikat kerana dia merasakan anda sangat serius apabila melibatkan penjagaan kehormatan diri anda. Jika sidia ada Allah SWT dalam hatinya, dia tidak akan mungkin mengomel 'Alah itu tak boleh, ini tak boleh'. Jika sidia memang mencari suri hati Muslimah atau sura hati Muslimin yang baik, pasti dia akan kagum dengan prinsip anda yang mementingkan kehormatan.
b. Hormati diri juga dilihat dari cara anda bertutur. Bahasa yang anda gunakan sangat penting. Saya tidak merujuk kepada bahasa Melayu, cina, Inggeris atau Tamil. Tetapi saya merujuk kepada adab dalam berbahasa.
Kata Mario Teguh 'Bahasa adalah penanda kelas'.
Bermaksud, walau anda berkereta mewah, walau memakai tudung berharga RM 200 sehelai, walau bergelang emas berlian batu zamrud, walau bertelekung jenama,tetapi jika anda tidak memiliki bahasa yang baik, anda tidak ber kelas , 'you're just not classy'.
Bahasa anda menunjukkan akhlak anda, menunjukkan samada anda menghormati diri anda dan orang lain atau tidak. Ada wanita atau jejaka yang jelita dan kacak, tetapi apabila berbicara, Masha Allah tidak menghormati kerana kata-kata atau intonasi sombong yang dikeluarkan dari mulut mereka. Ada orang yang tidak begitu jelita dan kacak, tetapi tutur kata mereka MashaAllah cantik dan berbahasa. Jika anda memang seorang yang mementingkan adab yang baik, bagaimana mungkin anda akan terpikat dengan sidia yang tidak baik adabnya? Jika anda terpikat sekalipun, anda mungkin dipilih Allah untuk mendapatkan pahala dalam mengubah sidia menjadi orang yang lebih baik dari segi akhlak dan budi bahasanya, Wallaua'lam.
Sayang dan hormati diri penting kerana ianya akan menumbuhkan rasa kagum dihati jodoh anda yang sebenar. Rasa kagum akan membuatkan sidia yang sebenar ingin menikahi dan dinikahi anda, kerana dia tahu anda akan menyayangi keluarga yang bakal dibina dan saling menghormati antara satu sama lain dalam mengemudi alam perkahwinan nanti.
Mungkin pendapat anda berbeza kerana anda melalui pengalaman yang berbeza. Pendapat anda hak anda. Saya sekadar berkongsi kisah yang boleh di baca untuk dijadikan teladan dan peringatan. Yang baik kita kongsikan, yang buruk dijadikan teladan. Wallua'lam.
Yang ikhlas,
Suffiya Rose
Penulis Ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia.
*****************************************************************
Anda baru putus cinta?
Baru ditinggalkan kekasih?
Bacalah ebook Enjoy! Kembara Bertemu Bahagia by Suffiya Rose untuk mengubat hati anda.
Anda
akan ketahui 25 idea untuk selalu bahagia dalam menanti jodoh tiba, 6
perkara perlu dilakukan untuk mendapatkan jodoh dan terdapat cara untuk
menarik jodoh impian anda.
|
cover ebook enjoy! kembara bertemu bahagia yang baru |