Berpuasa dibulan Ramadhan adalah salah satu kewajipan kita sebagai Umat Islam. Yang menyembah Allah yang Satu, beriman denganNya dan hari akhirat.
Berpuasa juga merupakan salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan. Juga, berpuasa membuatkan kita bersyukur dan mendapat pengajaran yang tidak terhingga.
Apakah pengajaran yang dipelajari dari amalan berpuasa dibulan Ramadhan?
1. Merasai erti lapar dan dahaga;
2. Merasai apa yang dirasai oleh mereka-mereka yang miskin dan tidak mampu untuk mendapatkan makanan;
3. Merasai kesihatan badan yang semakin meningkat disebabkan aktiviti nyah-toksik dalam badan kita. Sama seperti tangki air disetiap rumah, untuk membersihkannya haruslah di keringkan tangki terlebih dahulu.
4. Tingkat rasa syukur dengan nikmat dan pemberian Allah Subhanawataala kepada kita.
Tapi apakah realiti yang hanya berlaku di bulan Puasa ?
1. Berbuka dengan makanan buffet; antaranya segala yang tergolek-golek, ayam mahupun kambing. Bila berbuka dengan buffet yang sedemikian rupa, memang akan membuat orang tergolek-golek kekenyangan.
2. Berbuka sampai Isyak.
Lepas azan berkumandang, aktiviti makan diteruskan sampai ke Isyak dan disambung ke sahur. Hebat bukan? Ramai orang yang solat diwarung-warung dan restoran dalam keadaan menjamu makanan.
3. Masjid dan surau menjadi tempat paling 'happening'. Ramai yang mengejar pahala dan kehebatan disetiap solat Terawih berjemaah. Memang bagus jika kita ramai-ramai menghidupkan masjid dan surau, tapi dalam 365 hari setahun, cuma sebulan sahaja yang diperuntukkan untuk ke masjid?
4. Bazir suka hati di bazar-bazar.
Bazar Ramadhan memang dinanti-nantikan setiap tahun. Kepelbagaian makanan yang enak dan menarik dapat dibeli di bazar. Tapi yang peliknya, kita berbelanja 'like nobody's business'. Hari biasa belanja makan tengahari dan sarapan antara RM10-20, tapi dibazar kita berbelanja antara RM 20-40, pelik tak? Lepas tu tidak larat hendak menghabiskannya sebab terlalu kenyang. Akhir sekali, kucing-kucinglah yang dapat rezeki tu...(itupun kalau ada kucing dirumah..)
5. Tambah baju walaupun baju yang sedia ada jarang dipakai.
Dalam almari ada banyak baju yang jarang dipakai. Kita ni adalah makhluk yang bersifat 'habitual'. Iaitu kita akan hanya memakai baju yang kita paling selesa dan suka. Balik-balik akan pakai baju yang sama. Asal raya beli baju baru untuk dipakai sekejap sahaja. Betultak? Memanglah untuk menggerakkan ekonomi, kita harus membeli baju dan barang-barang lain. Tapi ramai yang membeli baju kerana tabiat juga (habitual buying), bukan kerana diperlukan sangat.
6. Sahur sepanjang malam vs Solat Malam
Kita sanggup bersahur ramai-ramai sepanjang malam, tapi Solat malam? Tidur lagi sedap kan?
Saya pun sentiasa mengingatkan diri saya, maklumlah saya hanya manusia biasa yang bersifat pelupa.
Nukilan ini sekadar mengingatkan kita tentang betapa budaya atau amalan-amalan yang terbiasa dibuat dibulan Ramadhan walaupun salah disisi agama, tetap diterima dan dipandang remeh oleh ramai Umat Islam dimasa kini. Marilah kita betulkan pemikiran kita dan mulakan langkah untuk menuju hidup yang lebih diredhai dan diberkati Allah Subhanawataala...
by Michael Rose 2012
No comments:
Post a Comment