Check out my Ebook & other Digital Products

Sunday, July 15, 2012

Undertanding Al-Quran - Quranic Law of Attraction Club

Anda selalu menghabiskan masa lapang anda membaca terjemahan Al-Quran dan suka memahami isi kandungannya tapi tidak ada geng?

Anda suka membaca terjemahan Inggeris Al-Quran tetapi tiada teman untuk bersama-sama menghayatinya?

Jom join Quranic Law of Attraction Club!!

Saya juga seperti anda, mahu mendalami dan memahami Al-Quran dan seterusnya mengaplikasikan didalam kehidupan seharian saya, tetapi saya tidak tahu dimana dan dengan siapa harus saya belajar. Oleh itu saya memulakan kelab ini agar kita sama-sama belajar dan lebih memahami dan seterusnya lebih menyayangi Al-Quran.

Saya hanyalah seorang manusia yang berusaha untuk menjadi insan yang terbaik di sisi Allah. Oleh itu amatlah penting kita selalu bermuhasabah diri dari semasa ke semasa. Untuk berbuat demikian, memahami Al-Quran selangkah demi selangkah adalah satu usaha yang saya anggap amat perlu dan penting.


Jika anda berminat, join the following:-

Cari http://www.meetup.com/Quranic-Law-of-Attraction-Club/ atau;
Go to Meetup.com, search Quranic Law of Attraction Club, jadilah ahli tanpa sebarang bayaran. Kemudian anda akan diberitahu bila dan dimana perjumpaan yang akan diadakan.

Apa yang anda perlu bawa dan buat disetiap perjumpaan?

-Hati anda yang sayangkan Al-Quran
-Senaskah Al-Quran terjemahan, digalakkan bahasa Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali. Ataupun terjemahan  bahasa Melayu pun boleh.
-  Berpakaian yang bersesuaian dan untuk muslimah, menutup aurat :)
-Boleh bawa seorang kawan
- Have fun!



No comments:

Post a Comment