Check out my Ebook & other Digital Products

Tuesday, July 17, 2012

Kisah anak kucing, jiran yang tidak berhati perut dan MPSJ



Disatu malam yang indah, sedang aku mengelamun tentang masa depan, tiba-tiba bunyi ngauman anak kucing begitu kuat sekali. Terdetik dalam hati...'alamak anak kucing jatuh longkang lagi ke????'

Esok pagi pabila terjaga, anak kucing masih lagi mengaum begitu kuat sekali. Teringin untuk menjenguk anak kucing itu, tetapi pagi itu hari Ahad  aku terpaksa pergi kerja, oleh kerana terbangun lambat aku dengan lintang pukangnya  bersiap-siap sebab aku ada kelas mengajar pelajar part-time.

Bila petang aku pulang ke rumah, adik aku menceritakan bagaimana dia cuba mengeluarkan anak kucing dari longkang tapi tidak berjaya. Anak kucing ketakutan dan lari kesana kemari. Longkang itu agak dalam, rasanya 6' dalamnya. Lagipun, anak kucing itu berada betul-betul bawah kandang anjing yang dibina secara haram oleh empunya salah sebuah rumah belakang rumahku. Punyalah kotor dan jijik keadaannya.

Malam harinya pula, anak kucing terus menangis dan meraung. Satu kejiranan mendengar tangisan anak kucing. Tapi tiada siapa yang mengambil apa-apa tindakan. Terdetik dalam hati, bukan sahaja mereka ini ada masalah pendengaran, tetapi mereka juga tidak berhati perut tahap pengsan rupanya jiran tetangga aku ni...tak sangka betul...

Memandangkan sudah malam, aku terpaksa menunggu esok untuk mendapatkan bantuan MPSJ.

Esok paginya, hari Isnin aku menelefon MPSJ dan membuat aduan tentang anak kucing jatuh longkang.
Dalam 1 jam 30 minit kemudian, orang-orang MPSJ datang bersama pelajar-pelajar praktikal dari UPM. Pagar untuk masuk lorong belakang telah dikunci dan mereka terpaksa masuk kerumah ku untuk ke longkang belakang. Sebenarnya anak kucing itu terjatuh ke dalam longkang belakang rumah barisan belakang. Tapi orang yang menghuni rumah dibelakang berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku, mungkin penghuninya mengalamai masalah pendengaran kronik.

Akhirnya, anak kucing berjaya dikeluarkan oleh seorang kakitangan MPSJ, Uncle India yang baik hati. Dia menggunakan sejenis alat untuk menangkap binatang. Pelajar-pelajar tadi yang seramai 5 orang bersorak dan mengambil gambar. Aku pun lega phewwwwww.....

Setelah itu anak kucing dikembalikan pada ibu kucing. Aku paling menyampah dengan mak kucing yang mempunyai muka 'poker face' itu. Aku pun menasihati mak kucing tu jaga anak dia baik-baik.

Aku menelefon semula MPSJ dan memberikan pujian diatas respon yang begitu cepat dan tepat.

Apa yang aku pelajari dari semua ini?

1. Tiada siapa yang peduli tentang anak kucing itu. Mungkin, mereka mengharapkan agar anak kucing itu mati begitu sahaja.

2. Walaupun aku tak sukakan kucing, kucing juga makhluk Allah yang ingin menikmati kehidupan.

3. Ia adalah ujian untuk semua orang.

4. Baru aku tahu, jiran-jiran aku tidak berhati perut. Nampak lawa dan kaya, tapi tidak ada perasaan kasih mengasihani ataupun boleh aku katakan 'heartless people'.



by Michael Rose 2012






No comments:

Post a Comment