Tidak aku sangka, aku jatuh tersungkur dek godaan handphone yang amat cerdik pandai ini. Mula-mula sekadar melirik-lirik apabila melalui kedai2 handphone di pusat membeli belah yang amat berdekatan dengan pejabatku...terdetik didalam hati mengapalah harganya tersangat mahal tapi jika diberi peluang, aku hendak membelinya juga :)
Tetapi apabila aku hendak membayar bil di kedai telekommunikasi di Subang Parade, aku tergoda dengan promosi handphone tersebut, sangat berpatutan dan aku rasa aku mampu untuk memilikinya...the rest is history... aku tersungkur lalu aku pun membelinya...
Tidak aku sangka angan-angan dua minggu lepas menjadi kenyataan. Sekarang apa yang aku harus lakukan? Simpan duitlah....ini kerana hari yang sungguh penting dalam hidup akan tiba....mak kata simpan duittttt!!!
Tapi memang puas hati, ini kerana aku memang mengidamkan hp yang mempunyai ciri2 yang aku mahukan..
sekadar nukilan....
by Michael Rose 2012
No comments:
Post a Comment