Check out my Ebook & other Digital Products
Wednesday, January 31, 2018
Bosan mendengar orang kata anda terlalu memilih? Baca ni.
Assalammualaikum kepada anda yang masih single di luar sana,
Anda yang masih single tetapi sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk ditemukan jodoh. Anda yang telah lama menunggu dan berharap. Anda yang telah lama berdoa bertahun-tahun dan masih berdoa.
Sambil anda berusaha bersungguh-sungguh, ada sahaja suara-suara mereka yang berkata ' alah, kamu ni terlalu memilih, sebab itulah belum kahwin lagi'. Sakit hati tak?
Bagaimana anda boleh berhenti untuk sakit hati? Anda tidak boleh menutup mulut orang. Anda hanya boleh mengawal cara anda membalas tuduhan palsu itu.
Bagaimana anda mengawal perasaan anda?
Kalau difikirkan bagaimana mungkin kita tidak memilih teman hidup? Sedangkan kawan baik kita pun kita pilih. Bagaimana kita pilih kawan? Sebaik sahaja berjumpa, terasa seperti sudah lama berkenalan kerana ada banyak persamaan dari segi pemikiran, prinsip dan kepercayaan. Anda dan kawan baik anda terasa selesa bila bersama berbual, bercerita tentang pelbagai perkara, berkongsi suka duka.
Apabila orang kata anda terlalu memilih sehingga belum bertemu jodoh itu bagaimana?
Pertama sekali, jodoh itu boleh ke didapati di shopping mall? Adakah jodoh itu disusun baik-baik di rak kedai 24 jam? Kalau ada, boleh lah anda pilih, betul tak?
Kedua, anda ada 10 pilihan ke untuk menjadikan anda terlalu memilih? Sebenarnya, seorang pilihan pun belum ada, betul tak? Inikan pula hendak memilih. Kalau pun kita memilih seseorang itu, adakah dia memilih kita? Geli hati rasanya.
Ingat, umur bukan faktor dalam penemuan jodoh. Kita tidak akan pernah tahu bila waktu terbaik untuk bertemu jodoh. Ada orang bertemu jodoh diusia 16 tahun. Ada yang diusia 40, 60 dan ada juga diusia 80 tahun! Ada orang menikah muda, tetapi suami atau isteri tidak panjang umurnya. Ada orang menikah tua, tetapi rumahtangga sehingga ke akhir hayat mereka.
Ketiga, memang anda memilih jodoh anda. Tetapi yang bagaimana?
Di dalam Islam, berpacaran ataupun bercinta sebelum menikah itu tidak dibenarkan. Oleh itu bagaimana ada hendak memilih jodoh jika anda tidak boleh bercinta? Senang sahaja. Anda wanita terhormat kerana anda sentiasa menjaga kehormatan diri dan keluarga anda. Anda wanita bekerjaya dan berpendidikan. Anda menyara ibu bapa dan anda baik terhadap mereka. Oleh itu, untuk mendapatkan jodoh, jika ada seseorang yang anda rasakan berpotensi untuk dijadikan suami, kenalilah ahli keluarganya dahulu. Tapi ingat, jangan pula anda tak pasal-pasal pergi kerumah dia dan mula menemuramah ibu bapanya ye! Cukup anda bertanya sidia tentang ibu bapanya, tetapi janganlah terlalu terang-terangan seperti 'ibunmu orangnya macammana?' 'ayahmu gajinya berapa?'
Cuba dapatkan maklumat perlahan-lahan dengan soalan-soalan yang sesuai. Dari perbualan dengan sidia, anda boleh mendapat sedikit gambaran tentang ibu bapanya.
Kalau anda mendapat tuduhan palsu yang anda terlalu memilih, anda jawablah seperti berikut:-
1. Memang saya memilih, sedangkan kawan baik kita pilih, apa lagi orang yang akan menjadi teman hidup saya.
2.Saya bukan terlalu memilih, tapi pilihan pun belum ada. Kalau ada pun, saya berkenan pada dia, dia tak berkenan pada saya. Dia berkenan dengan saya, saya pula tidak berkenan dengan dia.
3. Pemilih utama adalah Allah SWT, oleh itu saya ikut pilihan Allah.
4. Doakanlah saya dapat jodoh cepat ye.
5. Saya memang terlalu memilih, sebab saya mahukan suami yang rajin menolong isteri melakukan kerja rumahtangga. Setakat ini, saya hanya berjumpa lelaki yang lembik kaki tangannya, hanya hidup untuk dirinya.
6. Alhamdulillah saya seorang yang terlalu memilih, kalau tidak saya dah kahwin 15 kali. (ini saja berlawak)
Sehingga disini entri kali ini, diharap anda mendapat sedikit manfaat darinya.
-Suffiya Rose-
All Rights Reserved 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment