Kita semua tahu semakin ramai yang membungkus kulit atau urat daripada menutup aurat.
Secara universalnya, Agama Islam mengiktiraf pemakaian sopan dan santun yang telah diamalkan sejak zaman dulu kala. Ini kerana dalam mana-mana tamadun bangsa didunia ini, wanita yang dihormati di sisi masyarakat pasti menutup sebahagian besar tubuh mereka sehinggakan menutup kepala dengan kain.
Tujuan utama wanita Islam diwajibkan menutup aurat adalah untuk memartaatkan taraf wanita itu. Dengan menutup aurat mengikut standard yang ditetapkan Agama akan menyelamatkan wanita dari pandangan mata-mata yang rakus dan ganas. Memanglah walaupun menutup aurat, wanita tetap dapat menarik pandangan lelaki lebih-lebih lagi jika wanita itu jelita. Yang paling penting disini ialah dengan menutup aurat dengan cara yang betul, wanita itu memancarkan mesej bahawa dia mengambil serius akan dirinya dengan dibuktikan akan penampilannya.
Jadi bagaimana dikatakan membungkus aurat?
- Bertudung tapi leher dicerut ketat
- Bertudung tapi tampak seperti memakai helmet, ini kerana leher boleh dilihat dengan jelas
- Bertudung tetapi baju hampir sleeveless, seluruh lengan dapat dilihat, agaknya kalau bahagian bawah lengan boleh ditunjuk, pasti ditunjukkan juga :)
- Bertudung tapi segala gunung ganang yang ada pada badan kelihatan dengan jelas. Ini bukti pembungkusan di lakukan dengan baik sekali.
- Bertudung tapi bertoncet. Maknanya, ada gunung di atas kepala dan di bungkus dengan kain macam bebola yang amat besar.
Menutup aurat pula seperti berikut :-
- Memakai baju yang tak ketat, iaitu baju yang agak longgar tapi jangan pula terlampau longgar sehingga kelihatan seperti kain langsir yang boleh ditarik-tarik;
- Memakai baju yang tidak jarang, bermaksud fabrik mestilah tidak telus cahaya. Tapi jangan pula terlampau tebal, nanti nampak macam pakai guni.
- Memakai tudung kepala yang labuh sehingga menutup melepasi dada. Tapi ada pulak yang pakai sehingga melepasi perut, sangat panjang sehingga tampak seperti langsir juga.
- Memakai tudung dari fabrik yang tidak melekat ke badan. Fabrik tudung ekspress masa kini kebanyakkannya menggunakan fabrik yang melekat ke badan.
Oleh itu, anda boleh pilih yang mana satu samada nak menutup aurat atau membungkus aurat.
Yang saya pasti pilihan anda akan berdasarkan NIAT MENUTUP AURAT itu sendiri.
Jika kerana ALLAH, anda pasti akan menutup aurat.
Jika kerana hendak menunjukkan fesyen dan yang lain-lain, pasti membungkus aurat.
p/s: saya bukannya membuat kesimpulan didalam entri saya ini, sekadar berkongsi cerita.
Hakmilik Terpelihara Rosita Arman Michael 2012
No comments:
Post a Comment