Thursday, March 3, 2011

Anak kucing jatuh kedalam longkang lagi!

Telingaku bagai dicucuk-cucuk
dengan pekikan anak kucing sepanjang malam
mata tidak dapat kupejam
ibu kucing, pemalas, pentingkan diri sentidri,
tidak memberi anakanya makan, itu yang aku fikirkan...

tiba-tiba detik hatiku berkata
tatkala pekikan tidak berkurangan
mungkin perkara itu berlaku lagi...

pagi menjelma, pekikan tidak kedengaran lagi
pulang dari kerja, kedengaran sayup-sayup suara anak kucing
seperti tidak bermaya...
aku bertekad ke belakang rumah
dan hatiku berdetik lagi..
mungkin perkara itu berulang kembali..

ku jenguk ke tempat yang sama
nah! anak kucing jatuh kedalam longkang lagi!!
longkang yang dalam dan dipenuhi air busuk datang dari rumah barisan belakang
ku lihat anak kucing dipenuhi nyamuk dan kotoran
sedihnya, pantas aku mengambil penyodok
dan mengangkat anak kucing perlahan-lahan

anak kucing itu selamat sekarang
ibu kucing seperti biasa dengan muka selambanya
hanya melihat dari jauh, huh!

rosita michael

No comments:

Post a Comment