Pensyarah: kenapa kamu lambat?
Comel: sebab bas tu lambat sampai..
Pensyarah : Kenapa kamu naik bas lambat?
Comel: sebab saya bangun lambat
Pensyarah: kenapa kamu bangun lambat?
sambil memikirkan jawapan seterusnya, Comel membuat cubaan terakhir untuk melepaskan diri dengan memberikan satu alasan lagi...
Comel: sebab semalam mak saya suruh saya menggiling cili sampai pukul 2 pagi sebab nak buat jualan pagi ini......
Pensyarah: bukan ke kamu pernah kata yang mak kamu seorang pengubah muzik?
comel.....kantoi........
Apa yang cuba saya sampaikan disini, melalui pengalaman saya sebagai seorang pensyarah, saya pernah mendengar pelbagai alasan dari pelajar-pelajar didalam percubaan menyelamatkan diri. Kadangkala mengingatkan saya tentang diri saya juga. Tidak dinafikan saya juga pernah lambat, tapi saya berterus terang dengan mengatakan saya terlupa tentang kelas tersebut. Memang agak pedih untuk di dengari oleh seorang penyarah, tetapi di benak fikiran saya adalah lebih selamat untuk mengatakan yang sebenarnya dari membuat cerita baru.
Percayalah, mengaku tentang kesalahan dan bercerita benar adalah lebih mudah dari menipu. Ini adalah apabila kita menipu, kita akan mencari cerita yang sesuai dengan penipuan kita dan pendengar dapat menangkap yang kita menipu disaat terdapat babak-babak yang tidak logik dalam penceritaan kita.
Lagi pula, tenaga yang diperlukan untuk menipu jauh lebih banyak dari menceritakan yang sebenarnya.
Apa pula hubungan antara menipu dengan hendak seribu dalih, tak hendak seribu daya?
Jawapannya,
Sedar tak sedar , dari sehari ke sehari kita semua sentiasa memberikan seribu satu alasan kepada sesiapa sahaja. Ini adalah kerana kita tidak hendak melakukannya atau tidak menyukainya, tetapi kita akan menutup ketidaksudiaan kita dengan alasan-alasan yang bukan sahaja tidak munasabah malah mudahsarawak ( orang sabah dan sarawak jangan marah aaa....hanya digunakan sebagai penyedap kata...),
bukti yang kita tidak sudi untuk membuat sesuatu atau tak suka akan sesuatu atau seseorang adalah seperti berikut:-
- kita terpaksa berhempas pulas mencari idea tentang alasan yang munasabah dan kelihatan logik;
- kita terpaksa mengambil masa untuk mencari alasan, tidak boleh memberikan alasan dengan segera;
-kita terpaksa tersenyum yang kelihatan seperti senyum kambing atau senyuman tahap 'dua', (cuba senyum sambil mengebut perkataan dua)
- kita berasa bersalah selepas memberikan alasan yang kelihatan mantap tadi;
- kita masih memikirkan alasan-alasan yang seterusnya walaupun baru sahaja memberikan alasan.
Berbeza pula dengan hendak seribu daya...
Apabila kita mengkehendaki sesuatu, kita akan cari perlbagai cara dan kaedah untuk memungkinkan kita mendapatkannya, buktinya adalah seperti berikut:-
- kita akan berhempas pulas mencari alasan yang meyakinkan;
- kita tidak sama sekali berasa bersalah dengan alasan yang diberikan; malah berbangga pula..
- kita akan menceritakan pula alasan-alasan hebat yang kita berikan kerana kita menginginkan sesuatu.
akan bersambung.....
rosita arman michael
No comments:
Post a Comment