Check out my Ebook & other Digital Products

Sunday, February 12, 2012

Ayuh! Anda boleh berubah..Bahagian 1


 



Anda boleh berubah. Percaya atau tidak? Anda bosan melalui hari-hari yang sama, semalam dan hari ini terasa seperti sama sahaja. Esok pasti sama seperti hari ini juga. Adakah semua ini bermain di fikiran anda? Anda sudah bosan. Ayuh! Anda boleh berubah, kerana anda boleh! Anda harus percaya.

Perubahan seringkali di cap sebagai mengubah apa sahaja dari sudut luaran. Jika tidak menyukai tempat kerja kerana ramai rakan sekerja yang berjiwa kacau, terus sahaja hendak tukar tempat kerja ke tempat baru. Jika pelajaran atau kuliah-kuliah yang di hadiri tidak berapa seronok atau tidak ada ‘geng’ sekepala, perkara yang biasa dilakukan ialah berhenti belajar. Jika ada masalah dalam hubungan kekeluargaan atau bercinta, sentiasa berprasangka yang keluarga tidak menyangi kita, tidak mungkin kita ingin menukar keluarga atau cinta pula?

Acapkali perubahan dipandang dari sudut luaran. Ingat, seseorang itu boleh bertukar tempat kerja, tukar kolej, tukar jurusan, tukar pasangan hidup atau kekasih dan sebagainya. Tetapi, jika kita tidak menukar atau mengubah diri kita untuk menjadi yang lebih baik, percayalah, tidak ada apa yang akan berubah.

Ingat, untuk melakukan perubahan, haruslah dimulakan dari dalam diri kita. Berbual bicaralah dengan diri anda, sentiasa bersoal jawab dengan diri anda kerana anda akan mendapat jawapan yang anda inginkan. Perubahan dalaman merujuk kepada ‘refresh’ kan butang pemikiran anda serta ‘audit’ hati anda, untuk membolehkan anda mulakan perubahan.

Perubahan yang dimaksudkan adalah mengubah keadaan yang anda berada sekarang kepada keadaan yang menjadikan anda seorang insan yang lebih bahagia dan seterusnya membahagiakan orang lain.

Sepertinya juga bahagian-bahagian yang perlu ada untuk membentuk sebuah kereta, atau bahan-bahan yang perlu ada untuk memasak sesebuah resepi hebat, begitu juga terdapat 7 elemen yang harus ada yang bertindak sebagai bahan asas didalam menjanjikan  sebuah perubahan yang berjaya. Ayuh, mari kita lihat apa bahan-bahanya.

bersambung..
Hakmilik Terpelihara Rosita Arman Michael 2012

No comments:

Post a Comment