Hai semua....menu kali ini amat saya gemari. Selalunya jika kita lihat bahan-bahan nasi briyani seolah-oleh tidak memberi kita peluang untuk mencuba. Ini kerana bahan-bahannya, masyaAllah punyalah banyak!
Jika anda memang sudah lama mencari resipi nasi briyani yang ringkas, silalah mencuba briyani versi Rosita!
Menu ini adalah untuk 3-4 orang.
Bahan-Bahan untuk ditumis
1-2 sudu besar minyak masak
1-2 sudu besar minyak sapi
2-3 helai daun pandan
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Halia sebesar saiz 1/2 ibu jari
Daun ketumbar (sedikit sahaja)
1/2 biji Carrot (di sagat sederhana)
1/3 biji lada banggala (di potong dadu kecil-kecil)
Beras 4 cawan,
nisbah air adalah 2 cawan beras : 2 3/4 cawan air
jadi, 5.5 cawan air, tapi ingat tinggalkan 0.5 untuk susu pekat yang digaulkan dengan air
Jika menggunakan beras basmathi, di tambah dalam 0.5 cawan lagi.
Cara Memasak
Semasa menumis, masukkan carrot yang paling akhir sekali.
Apabila bahan tumisan sudah kering sedikit dan bertukar warna keemasan, masukkan air dan susu.
Apabila air sudah menggelegak dengan api sederhana, masukkan beras yang sudah dibasuh.
Gaul rata dan tunggu sehingga air kering, kecilkan api dan tutup periul dengan rapat....
selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment